![]() |
| A pair of wasp moth mating, Jalan Armada @2025 |
Rabu, 8 Oktober 2025.
Pagi tadi pergi potong rumput dengan bro Wan.
Singgah makan nasi goreng di Teluk Muroh seperti biasa.
Selasa, 7 Oktober 2025.
Hari ini dua kali naik ke kapal perang.
Petang sudah berlarian ke pantai Pasir Panjang Laut.
Mengejar matahari terbenam.
Ambil 2 3 gambiran sudah.
Ahad, 5 Oktober 2025.
Pagi2 jam 9am sudah berlarian ke Air terjun Tekala, Semenyih.
Kali terakhir ke sini semasa covid, 2020.
Ambil 2 3 gambiran sudah.
Jumaat, 3 Oktober 2025.
Tengahari berlarian ke tengahari pekan Sitiawan sekejap.
Solat jumaat di masjid sultan Idris syah II Teluk Muroh.
Usai solat, mahu baring.
Dan lelapkan mata, tiba2 tok siak tegur.
Selasa, 2 Oktober 2026.
Petang sudah singgah di warung Laksa Iso.
Sepelaung sahaja dari pintu Gerbang Harimau 1.
Rabu, 1 Oktober 2025.
Pagi sudah berhenti di stesen PETRONAS.
Sebab semalam sudah kemaskinikan apps Setel.
Untuk beli minyak harga subsidi RON 95.
Selasa, 30 September 2025.
Petang sudah berlarian ke Teluk Senangin.
Tidaklah jauh sangat dari kantor potong rumput ini.
Cuma 37 minit sahaja.
Kali terakhir ke Teluk Senangin - 2018.