Isnin, 6 Oktober 2025.
Hari ini ada rakan sekerja baru, bro Wan.
Naik kapal jam 4pm.
Ahad, 5 Oktober 2025.
Pagi2 jam 9am sudah berlarian ke Air terjun Tekala, Semenyih.
Kali terakhir ke sini semasa covid, 2020.
Ambil 2 3 gambiran sudah.
Jumaat, 3 Oktober 2025.
Tengahari berlarian ke tengahari pekan Sitiawan sekejap.
Solat jumaat di masjid sultan Idris syah II Teluk Muroh.
Usai solat, mahu baring.
Dan lelapkan mata, tiba2 tok siak tegur.
Selasa, 2 Oktober 2026.
Petang sudah singgah di warung Laksa Iso.
Sepelaung sahaja dari pintu Gerbang Harimau 1.
Rabu, 1 Oktober 2025.
Pagi sudah berhenti di stesen PETRONAS.
Sebab semalam sudah kemaskinikan apps Setel.
Untuk beli minyak harga subsidi RON 95.
Selasa, 30 September 2025.
Petang sudah berlarian ke Teluk Senangin.
Tidaklah jauh sangat dari kantor potong rumput ini.
Cuma 37 minit sahaja.
Kali terakhir ke Teluk Senangin - 2018.
![]() |
| Sunset at Kampung Pasir Panjang Laut Sitiawan @2025 |
Ahad, 28 September 2025.
Part II.
Petang sudah berlarian ke pantai Pasir Panjang Laut. Sitiawan.
Punyalah ramai orang parkir disitu.