![]() |
| Cherry Blossom in the morning @2025 |
Isnin, 8 September 2025.
Semalam wak ada beli pisau pengupas buah epal hijau.
Agak canggih sebab 5 dalam 1.
Ahad, 7 September 2025.
Hari ini kerja potong rumput separuh hari.
Wak, cikkak Ite dengan mgr Rin sahaja.
![]() |
| Good morning Lumut Kiri @2025 |
Sabtu, 6 September 2025.
Semalam cuti umum tapi tetap datang kerja potong rumput.
Hari ini pun sama.
Harus siapkan tugasan potong rumput.
Rabu, 3 September 2025.
Kelmarin kan wak dah beli madu tualang dari bro MIN. Amin Dakurau
Tak sangka pulak cikkak Ite pun memang penjual madu juga.
Cikkak Ite jual 3 madu, yakni madu tualang (hitam), kelulut (perang), dan royal jelly (Putih).
Pelik juga sebab setahu wak madu tualang warna perang.
Dan madu kelulut berwarna hitam.
Isnin, 1 September 2025.
Pagi2 sudah berlarian ke kaki Bukit 300.
Boleh pula tertinggal botol air mineral dari hotel.
Botol air mineral dalam cikputih pun tinggal sedikit.
Ahad, 31 Ogos 2025.
Pagi² Sebelum subuh sepi-e sudah berlarian ke Ipoh.
Sejam 13 minit baru tiba di parkir berdekatan Pejabat Pos Besar.
Jalan kaki ke Masjid Jamek berdekatan.
Solat subuh.
Sabtu, 30 Ogos 2025.
Pagi sudah berlarian ke pulau Pangkor.
Tidaklah jauh dari hotel inap.
Beli tiket PP (Pulang Pergi) atas talian rm22.
Jumaat, 29 Ogos 2025.
Pagi tadi singgah di farmasi di bawah hotel.
Beli ubat selesema yg mengantuk - rm1.
Wak terlupa.
Ada jamuan sarapan pagi di kantor potong rumput ini.
Tapi wak bukan penggemar spaghetti.
Mee goreng yg dihidang pun tawar.