Dec 30, 2024

SIRI BERCERITA TENTANG BISNES AMWAY DAN EJEN HARTANAH

 


Isnin, 30 Disember 2024.

Jam 11 sudah berlarian ke Ponderosa.
Kenal dengan produk2 Amway.
Dan juga mendengar demo salah satu produk.

Kemudian berlarian ke Aeon mall Kulai.
Meninjau pejabat perumahan Lagenda Kulai yg terletak bersebelahan sahaja.

Kemudian ada pengenalan dengan rakan ejen hartanah.
Bukan senang nak senang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Dec 29, 2024

RESTORAN REMAJA BANDAR BARU UDA 2024

 


Ahad, 29 Disember 2024.

Pagi sudah berlarian ke warung Zarahman.
Pekena lontong Masai.

Kemudian berlarian ke Lotus's.

Tengahari sudah berlarian ke Trove Hotel.
Sebelum itu singgah di Permas Jaya.

Di Trove Hotel hadiri seminar pelaburan hartanah lelong.
Dianjurkan percuma oleh syarikat BP yg wak sudah sertai di Taman Equine minggu lepas.
Tapi anjuran percuma ada makna.

Kemudian berlarian ke Bandar Baru Uda.
Lepak makan nasi goreng kampung di restoran Remaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Dec 28, 2024

THIS TIME JOINING A LEGEND DEVELOPER

 


Sabtu, 28 Disember 2024.

Tengahari sudah berlarian ke Taman Adda Heights.
Hadiri taklimat untuk menjadi ejen hartanah. Lagenda 
Tapi kali ini ejen langsung dibawah pemaju hartanah.

Komisen tetap mengikut jadual yg dipaparkan.
Bukan komisen mengikut peratus dari harga rumah.

Layannz.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

She's looking at me @2024


Dec 27, 2024

POWERBANK THAT MAY HELP YOU IN THE DIRE SITUATION

 


Jumaat, 27 Disember 2024.

Masa kemas2 tadi.
Terjumpa pula powerbank lama dalam kotak kertas.
Padahal wak perlukan sangat powerbank.
Sebab powerbank yg biasa wak pakai tertinggal di taman kemas pula.
Masalah bila keluar dari rumah tanpa alat pengecaj.
Sekarang henfon dahagakan tenaga sangat.

Tengahari jam 10.30am sudah berlarian ke lobi Suruhanjaya Tenaga. Putrajaya
Kemudian makan nasi dagang di restoran Makang. Cyberjaya

Jam 12.30 sudah berlarian ke selatan tanahair.
Singgah di warung Nasi Lemak Wak Kentut Kulai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Dec 26, 2024

TRAINING DAY FOR A PROPERTY AGENT

 


Khamis, 26 Disember 2024.

1. LELONG

Pagi2 sudah berlarian ke pejabat daerah Hulu Langat.
Belajar cara2 membida rumah yg dilelong.

  • Sediakan bank cheque 10%
  • 9am - Penyerahan bank cheque
  • 9.30am - tutup penyerahan bank cheque
  • 10am - pemberitahuan acara pembidaan yg dibuat secara tertutup
  • 10.30am - berjaya dengan pembidaan kerana cuma satu sahaja pembida. Tahniah.
2. SITE VISIT 

Berlarian ke tapak binaan lot kilang di A-Park. Bandar Baru Bangi
Tidaklah jauh dari pejabat tanah tadi.

Kemudian berlarian ke kota Kemuning.
Lepak di pusat beli belah Quayside Mall.

3. VIDEO EDITING

Jam 2 petang berlarian ke Taman Rimbayu, Kota Kemuning.
Hadiri kelas membuat suntingan video.
Guna projek A-Park.

Selepas kelas video.
Balik rumah untuk berehat.

4. M-SINAR PRESENTATION

Malam selepas maghrib.
Berlarian ke kantor Taman Equine.
Ada kelas belajar kemaskini halaman hartanah di Facebook.

5. NGETEH TERAKHIR DI KEDAI MAMAK

Habis kelas jam 10.30pm.
Lepak di kedai mamak al-Basri.
Wak, abang NAJ, bro FAI and bro FIR.
Kita borak2 pasal organiser yg cakap Melayu pelat.
Kemudian bro FIR buat satu kumpulan dalam whatsapp, yakni BP Melayu 2024.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 25, 2024

PENGALAMAN NAIK BAS SANI EKSPRES DI MALAM HARI NATAL

 


Rabu, 25 Disember 2024.
Hari Krismas (Natal).

Malam tadi sudah naik bas Sani Ekspres di Kampung Sireh.
Terminal bas sementara yg sudah lebih 10 tahun disitu.
Sementara lah sangat.

Risau juga sebab tidak bawa bank kuasa (powerbank).
Dengan tenaga bateri henfon yg lemah.
Harap2 sempat tiba di TBS.

Sebelum naik adalah seorang mek klate sapa.
"Wak nak pegi Shah Alam ke?"
"Eh tak lah, nak turun TBS"
Kami naik bas yg sama.
Cuma dia di tingkat atas.
Wak ditingkat bawah yg sempit (seat 2+2).

Silap wak tidak periksa tempat pencucuk USB untuk henfon.
Sekali pandang memang tidak kelihatan.

Bas bertolak tepat jam 9.40pm.
Singgah di Ketereh, Kuala Krai (10.40pm), dan Gua Musang (12.48am).

Selepas itu terlena.
Jam 4.30am tersangkut di Lebuhraya Karak selepas terowong Genting Sempah.

Jam 6.30am tiba di Shell Greenwood.
Solat subuh.
Panik juga sebab bateri henfon sudah nyawa2 ikan (7%).
Disini baru perasan ada penyambung USB dibawah tempat duduk.

Jam 7.20am tiba di TBS.
Nyawa bateri sudah naik 23%.
Naik LRT ke Kampung Baru.
Boleh pula tercicir bantal leher (neck pillow) itu.
Huhu.


Movie lalat.
Million Dollar Arm 2014.
Traffic 2000.
Reversi 2024 (Melayu) IOI City Mall

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Dec 24, 2024

MENYANTUNI JEMPUTAN ANAK RAKAN YG BARU BERTUNANG

 



Selasa, 24 Disember 2024.

Tengahari ada jemputan.
Majlis ringkas anak rakan lama yg bertunang.

Kemudian berlarian melimpasi lapangan terbang.
Yg sedang dinaiktaraf.

Kemudian singgah di G-Orange mall.
Pusat beli belah barang2 elektrik.

Malam sudah berlarian ke terminal bas sementara Kampung Sireh.
Naik bas ekspres Sani.
Untuk pulang ke bandaraya.

Movie lalat.
Jerry Maguire 1996.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 23, 2024

MELAWATI PANTAI MELAWI, MUZIUM PERANG DAN ISTANA JAHAR

Seperti Perigi Mencari Timba,
Rumah Tiang 12 @2024


Isnin, 23/12/24.

Pagi2 sudah berlarian ke tengahh bandaraya. 

1. Singgah dan lawat rumah traditional 12 tiang. 

 2. Ziarah muzium Perang, yakni War Museum. rm2

3. Ziarah Istana Jahar. rm2

Tengahari berlarian ke Mydin di Tunjong.
Makan nasi kandar. rm9

Petang berlarian pula ke Kampung Aril.
Untuk OOTD di dalam kuil siam Wat Aril. 

Kemudian berlarian ke Pantai Melawi.
Pantai yg tak terurus dengan ombak rindu yg mengganas.

Pulang terus singgah di restoran Colek Bini Salor.
Makan Nasi putih, tomyam campur dan telur dadar. rm19

Blog bukanlah hakmilik kekal. 







Dec 22, 2024

MASIH TAKLEH LAWAN NASI DAGANG ATAS TOL

Sungai Kelantan overlooking Tumpat @2024


Ahad, 22 Disember 2024.

Semalam ada rancangan mahu pergi ke Kuala Terengganu.
Bukan mahu nonton wayang.
Tapi teringin mahu makan nasi dagang sahaja. 

Dec 20, 2024

DRIVING ALL THE WAY TO THE EAST COAST 2024

 

Greens at Masjid Al-Jauhar Kuala Krai @2024

Jumaat, 20 Disember 2024.

Kali terakhir ke negeri cik siti wan kembang - Ogos 2024.

Pagi2 sudah tempah tiket bas untuk pulang dari Newcastle. kota bharu
Pilih bas Sani Ekspres sudah. rm45

Sebenarnya wak nak balik naik keretapi.
Dari Wakaf Baru ke KL Sentral via Gemas.
Tapi tiket tempat tidur sleeper kehabisan pula.
Lagipun jarak masa yg lebih lama.
11 jam (keretapi) berbanding 8 jam (bas).

Tapi tiada perancangan pula mahu naik belon.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

RUMAH BARU BERBALOI DI BERNAM JAYA SELANGOR 2025

  RUMAH BAHARU 1 TINGKAT, Bernam Jaya, Full Loan RM250K PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI BERNAM JAYA, SELANGOR. TERES 1 TINGKAT (Jenis A ) Kelua...