Rabu, 25 Disember 2024.
Hari Krismas (Natal).
Malam tadi sudah naik bas Sani Ekspres di Kampung Sireh.
Terminal bas sementara yg sudah lebih 10 tahun disitu.
Sementara lah sangat.
Risau juga sebab tidak bawa bank kuasa (powerbank).
Dengan tenaga bateri henfon yg lemah.
Harap2 sempat tiba di TBS.
Sebelum naik adalah seorang mek klate sapa.
"Wak nak pegi Shah Alam ke?"
"Eh tak lah, nak turun TBS"
Kami naik bas yg sama.
Cuma dia di tingkat atas.
Wak ditingkat bawah yg sempit (seat 2+2).
Silap wak tidak periksa tempat pencucuk USB untuk henfon.
Sekali pandang memang tidak kelihatan.
Bas bertolak tepat jam 9.40pm.
Singgah di Ketereh, Kuala Krai (10.40pm), dan Gua Musang (12.48am).
Selepas itu terlena.
Jam 4.30am tersangkut di Lebuhraya Karak selepas terowong Genting Sempah.
Jam 6.30am tiba di Shell Greenwood.
Solat subuh.
Panik juga sebab bateri henfon sudah nyawa2 ikan (7%).
Disini baru perasan ada penyambung USB dibawah tempat duduk.
Jam 7.20am tiba di TBS.
Nyawa bateri sudah naik 23%.
Naik LRT ke Kampung Baru.
Boleh pula tercicir bantal leher (neck pillow) itu.
Huhu.
Movie lalat.
Million Dollar Arm 2014.
Traffic 2000.
Reversi 2024 (Melayu) IOI City Mall
Blog bukanlah hakmilik kekal.