McD at Bukit Bintang @2023 |
Sabtu, 12 Ogos 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke Mcd Bukit Bintang.
Mgr AYU sudah kerahkan untuk kerja potong rumput.
"Hantar 2 report itu harini," kerahnya.
Kemudian berpindah randah ke Pudu raya.
Keadaan bekas terminal bas ibukota kini sepi.
Makan di lantai 4 di stesen pudu raya yg lama.
Wak makan nasi goreng kampung dengan telur dadar.
Dan sambung perhabiskan report2 di situ.
Sore (petang) tadi wak teringin mahu memanjat menara KH Jalan Sultan Ismail itu.
Tujuan mahu nongkrong (lepak2) diatas helipad sewaktu matahari terbenam.
Tapi bila sudah tiba ditingkat 34 (dibawah helipad).
Ramai pula penyambut tetamu berpakaian uniform seperti pilot kapal.
"Wak kalau nak naik atas kena bayar sehatus hinggit," kata mamat disitu.
"Dan wak mahu order wine?" pelawanya sambil tunjuk menu jenis2 wain.
Membuatkan wak terduduk sebentar dan berfikir.
Kali terakhir wak datang ke sini - link (2016).
Tiada bayaran masuk, cuma terpaksa beli air minuman sahaja.
Yo wes lah - tak jadi.
Turun ke bawah dan pesan Grabcar.
Untuk ke Bazar Street Food Sri Rampai pula.
Wak makan mee rebus sahaja.
Ooh.
Semasa ke Taman Sri Rampai tadi.
Wak pesan Grabcar.
Pakcik supir pemandu separuh masa dari Shah Alam katanya.
Dia tak suka masuk ke kawasan KL disebabkan kesesakan jalanraya yg luarbiasa.
Tapi hari ini dikecualikan.
Kerana hari ini kan KL jadi sepi.
Kerana ramai pulang ke kampung untuk mengundi.
Agak banyak yg kami borakkan.
Kerja utama bawa lori barang2 pejabat pos ke JB dan Butterworth.
Sabtu dan Ahad dia bawa Grab.
"Isteri kedua sy suka ke bazar street food," katanya tiba2.
"Ye wak, sy ada 2 isteri dan 1 skandal," katanya lagi tanpa segan silu.
"Sy nak tinggalkan skandal sy tu, tapi sbb lawa sangat sampai sekarang dah lebih 10 tahun masih bersama. Sayang pula nk tinggalkan sebab cantik wak... " 😅
Kamus lalat.
Boker maksudnya buang air besar (BAB), berak.
Pipis maksudnya buang air kecil (BAK), kencing
Ngebut maksudnya laju, terburu2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Opposite view of McD Bukit Bintang @2023 |
Zaitoun's Spaghetti Ice Cream viral at Lot 10 Bukit Bintang @2023 |
Suddenly got this mini yaasin at Lot 10 Bukit Bintang @2023 |
Pavilion at Bukit Bintang @2023 |
KL view from 34th floor of Menara KH @2023 |
The handsome grab/ lorry driver said he has 2 wives and 1 scandal @2023 |