Nasi lemak Pontianak @2023 |
Khamis malam Jumaat, 16 Februari 2023.
Entri nasi lemak tapi tiada kaitan dengan gambar diatas.
Semalam wak borak2 kosong di kantor dgn bro RAZaman
Sekarang kami sudah dapat merasakan nasi lemak Malaysia.
Rasa asli nasi lemak yg sama seperti di tanahair.
Dgn aroma dan rasa santan, kacang, ikan bilis goreng dan timun potongnya.
Dan sambalnya yg ga pelit.
Biasa kami akan pesan Grabfood sahaja.
Nasi lemak 25 dari Gandaria itu.
Dan setiap hari Minggu (Ahad).
Boleh sahaja ke stasiun MRT Setiabudi ada gerai nasi lemak Malaysia 🇲🇾.
Teringat wak masa mula2 dulu sampai di Jakarta.
Terpaksa berlarian ke restoran Malaysia Paparich di Lippo Mall Kemang.
Gara2 mahu menjamah nasi lemak.
Ooh.
Tadi jam 10 pagi.
Wak dgn mgr AYU berlarian ke Indomaret.
Dia nak beli jajan katanya.
Lagipun sakit tekak dan kahak wak masih belum pudar.
Wak beli sirup obat batuk Jahe Madu sahaja.
Rasa halia pahitnya mcm nk mamfus.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Vicks' Formula Jahe Madu @2023 |