Jan 1, 2023

CARWASH RM15

Jalan Sekolah Masai @2022

Sabtu, 31 Disember 2022.

Tengahari tadi sudah berlarian mencuci cikputih.
Harga rm15 terasa mahal juga.
Biasa harga cuci kereta sedan ialah rm12.

Malam pula berlarian ke stesen minyak Petron berdekatan.
Diarahkan membeli roti putih gardenia yg panjang - RM4.90.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 30, 2022

SOLAT JUMAAT TERAKHIR BERJEMAAH 2022

Mesjid Jamek Bandar Seri Alam Masai @2022


 Jumaat, 30 Disember 2022.

Pagi sudah berlarian ke warung di bandar koboi.
Wak makan mihun ikan goreng.

Petang pula berlarian mencari mee bandung.

Movie lalat.
Avatar The Way of Water 2022 HDTS Cam (3j 14m).

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Mihun Ikan Goreng (Masai) & Mee bandung Taman Scientex @2022

Dec 29, 2022

SENAI AIRPORT AT NIGHT

Bundaran Senai Airport @2022
Night photography without tripod.

Khamis, 29 Disember 2022.

Wak agak sibuk dengan urusan kerja potong rumput.

Tapi malam sudah berlarian ke bandara Senai airport.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 28, 2022

PARKING ON LEVEL UG

MKN Embassy Techzone @2022


 Rabu, 28 Disember 2022.

Tiada yg menarik hari ini.
Mesyuarat tingkap sepanjang hari dengan tim potong rumput di Jakarta.

Hafazan lalat.
Surah al-Baqarah ayat 284-286.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 27, 2022

没有运气 - MÉIYǑU YÙNQÌ

Chinese Temple Seri Kembangan @2022

Selasa, 27 Disember 2022.

No luck - 没有运气 - MÉIYǑU YÙNQÌ 

Tidak bernasib baik.
Tidak beruntung.
Namun hidup harus diteruskan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 26, 2022

UNISEL BATANG BERJUNTAI

Pekan Batang Berjuntai (Bestari Jaya) @2022

 Isnin, 26 Disember 2022.

Petang sudah berlarian ke Batang Berjuntai.
Sekarang dikenali Bestari Jaya.
Disebabkan ramai orangramai termasuk anak2 dara yg malu menyebutnya.

Ooh.
Sekarang ini kalau memandu.
Wak akan hidupkan dua2 Google maps dan Waze.
Wak suka Google maps kerana boleh sentiasa di depan skrin untuk buka apps lain.
Waze juga ada kelebihan untuk meninjau perangkap laju.
Tapi tadi harapkan pagar, pagar pun tak boleh diharap.
Konon untuk mengelak kemacetan.
Keluar simpang kemudian potong di simpang hadapan yg lagi macet.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid Universiti Selangor Bestari Jaya @2022
Tasik Universiti Selangor Bestari Jaya @2022

Dec 25, 2022

SEPETANG DI TELUK ANSON

On the way to Ipoh @2022
Kampung Sepintas Hutan Melintang

 Ahad, 25 Disember 2022.
Hari Natal atau Krismas.

Tengahari sudah berlarian ke Ipoh.
Singgah di medan selera Mee Keroncong.
Wak pesan laksa sarawak kuah berlimpah.

Selepas itu berlarian ke Gunung Lang.
Tapi penuhlah pula dengan orang ramai.

Kemudian ke laluan belakang kedai Mural Lane.

Tiada menariklah sangat di Ipoh.

Kemudian berlarian ke Teluk Anson atau Teluk Intan.
Link kali terakhir ke sini - September 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Kellie's Castle @2022
Kellie's Castle @2022
Laksa Sarawak Kuah Berlimpah @2022
Ipoh Mural Lane @2022
Ipoh Mural Lane @2022
Ipoh Mural Lane @2022
Ipoh Mural Lane @2022
Ipoh Cocubine Lane @2022
Ipoh Cocubine Lane @2022
Kacang Rebus Menara Condong @2022
Menara Condong Teluk Anson @2022
Menara Condong Teluk Anson @2022

Dec 24, 2022

KAMPUNG SUNGAI SUNSET

@2022 Sunset at Kampung Sungai Haji Dorani

 Sabtu, 24 Disember 2022.

Petang berlarian ke tefian fantai sahaja.
Tapi matahari tenggelam pun tidaklah kelihatan juga.

Hafazan lalat.
Surah al-Baqarah ayat 1-5.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 23, 2022

PUNCA PENDAPATAN MAJLIS TEMPATAN DARI SAMAN PARKIR

He wanted to have KFC instead @2022

 Jumaat, 23 Disember 2022.

Pagi tadi berlarian ke kantor di Cyberjaya.
Sarapan campuran mee goreng, mee hoon dan char kuey teow.

Tengahari sudah berlarian ke restoran Zam Ikan Bakar berdekatan.

Dan kemudian berlarian ke Seks 18 untuk bersolat jum'at berjemaah.

Nasib malang bila dipatok saman parkir (rm10).
Walaupun cuma lepak seketika.
Parkir di kedai mamak berdekatan.
Bayar saman segera guna jompay (Maybank2u).
Tidak perlu guna apps FlexiParking walaupun sudah dimuat-turun.

Ooh cerita lalat lain.
Petang sudah berada di bandar baru ampang.
Beri sedikit sedekah pada mamat selekeh (diatas).

"Nah mat amek nih,"
"Nak KFC wak,"
"Tak sempat mat,"

Sebab itu selalu nampak dia lepak depan pintu KFC.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?
فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ (Surah ar-Rahman ayat 13)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 22, 2022

STRUGGLING WITH TIME MANAGEMENT

Before entering the infamouse KL traffic jam @2022

Khamis, 22 Disember 2022.

Tengahari sudah berlarian ke Plaza Lowyat.
Kemacetan di Jalan Sultan Ismail sangatlah luarbiasa.

Tapi lagi yg membuat penasaran.
Bila ada orang berjanji tapi dicapati.
Ini bukanlah pertama kali ya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 21, 2022

MASAI SUNRISE & INDIAN SCAMMER

Warung Zarahman Masai @2022

Rabu, 21 Disember 2022.

Pagi2 sudah berlarian mencari mee hoon (mihun) ikan goreng.
Alone matcham biasa.

Petang, semasa dalam perjalanan di lebuhraya itu.
Ada panggilan dari pemotong kepala (baca, head hunter).
Suara cewek dari India (+91 40 4901 0106).
Mula2 beritahu tentang permohonan kerja atas talian yg wak pohon.
Ingatkan sudah dapat tawaran kerja di Dubai (UAE) atau Qatar.
Rupa2nya disuruh bayar USD350 (RM1,553) dahulu sebagai uang upah pencarian kepala.
Wak suruh achi hantar emel untuk wak fikir2kan dahulu.
Dan hati2 dijalan raya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mee hoon Ikan Goreng, Wash & Shine, 2 softboil eggs @2022
Near Kampung Sejagong @2022
Near Southville @2022

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.