Dec 20, 2022

COPY OF THE LOST ROADTAX

Getting a roadtax copy today @2022 
Please ignore the plat number.

Selasa, 20 Disember 2022.

Petang sudah berlarian ke UTC Pasir Gudang.
Tujuan untuk mendapatkan salinan cukai jalan.
Cukai Jalan cikputih yg hilang dihembus angin di Silk highway kelmarin.

Kaunter JPJ akan ditutup pada jam 9.00 malam tajam.

Kalau ikutkan prosedur kena bawa salinan geran kereta.
Kelam kabut juga mencarinya.
Nasib baik terjumpa terselit di dalam dashboard (papan pemuka).

Rupa2nya amat mudah.
Cuma bawa mykad.
Cucuk di mesin kiosk dalam UTC.
Langsung bayar guna kad debit bank di kiosk itu.
Tidak perlukan geran kereta.
Tidak perlu ke kaunter.
Cuma kena patok rm50 sebagai denda.

Tidak sampai 13 minit urusan selesai.
Khalas.

Kalau minta perkhidmatan ejen juga akan dipatok rm30 sebagai upah.

Nota lalat.
Ooh. Masa keluar dari Kompleks Bandaraya itu.
Pintu keluar tidak dapat mengimbas kad touchngo pula.
"No information," katanya.
Aiyah.
Terpaksa berlarian ke booth penjaga yg satu lagi pula.
Nasib baik cuma 50sen.

Nota lain lalat. Things To Be Done Today.
1. Isi minyak cikmaibee. Done.
2. Keluarkan washing machine ke tempat pembuangan sampah. Done.
3. Perbetulkan jaluran wayar kabel washing machine yg baharu. Done.
4. Beli ubat racun lalang. Done.
5. Cuci kereta anak lanang yg sudan berlumut dan berkarat. Done

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 19, 2022

WORLD CUP FINAL PALING GILA

1.08am near to Pasir Gudang exit @2022

 Isnin, 19 Disember 2022.

Malam sudah berlarian pulang ke selatan tanahair.
Selepas ambil anak lanang dan anak wedong dari KL Convention Center.

Sempat tonton siaran langsung di facebook.
Argentina (3) vs Perancis (3).
Argentina menang tendangan penalti 4-2.

Sampai di rumah hinggap pun sudah jam 1.30 pagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 18, 2022

PENGALAMAN BEKAM UNTUK PERTAMA KALI

Spa Bekam ar-Rayyan @2022 Cheras

 

Ahad, 18 Disember 2022.

Wak sudah lama dengar manfaat bekam dari rakan2.
Katanya bekam membuat badan segar dan bisa mencegah berbagai penyakit.
Jangankan tertarik, melihat badan ditusuk-tusuk jarum hingga berdarah saja wak sudah ngeri membayangkannya.

Bulan lepas kan wak sudah terkena asam urat yakni gout.
Walaupun sudah pulih, yakni buku lali tidak sakit lagi.
Tapi rasanya ianya akan datang kembali. Huhu.

Semalam sudah buat temujanji dengan klinik bekam Ar-Rayyan itu.

Jam 10 pagi sudah tiba di klinik lantai satu.
Urusan pendaftaran yg mudah.
Berikan mykad dan tunggu sebentar.
Pilihan seluruh badan 22 cup (cawan) dipatuk rm150.
Kalau badan sahaja cuma 15 cup rm100 sahaja.
Kemudian diperiksa tekanan darah guna alat pengepam tangan itu.
Bacaan tekanan darah ialah normal.

Selepas itu, dibawa ke kamar bekam yg kecil tanpa nombor.
Disuruh tanggal baju dan seluar.
Pakai kain pelikat yg disediakan.
Berbaring tengkurap diranjang itu.

Banyak yg diborakkan dengan bro NDI.
Kaedahnya guna jarum, bukan pisau.
Risiko memang ada.

Mula2 disapu dibelakang badan tempat dicucuk jarum.
Sapu dengan minyak gamat katanya.
Kemudian ditekap dengan cawan bekam dahulu beberapa minit.
Terasa ketat kulit badan.

5 minit kemudian, baru proses mencucuk jarum.
Satu tempat cawan dicucuk jarum yg sama - guna pen jarum.
Adalah beberapa cucukan jarum didalam kawasan cawan bekam itu.
Kemudian ditekap cawan bekam lagi.

Bagaimana rasa bila dicucuk jarum bekam?
Rasa seperti naik motor dalam hujan lebat.
Begitulah perasaan bila ditusuk2 air hujan yg tajam. 

Tunggu 5 minit.

Proses diulang 2 kali.
Kesemua proses mengambil masa kurang lebih 45 minit.
Jam 11.05 sudah keluar dari klinik.

Pasca nota bekam lalat.
Selepas dibekam, hanya terasa sengal2 di lengan.
Tiada perubahan rasa yg ketara sangat.
Mungkin wak akan datang kembali berbekam.
Atau mungkin tidak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



MASJID PUTRA SUNSET

Masjid Putra @2022

 Ahad, 18 Disember 2022.

Petang berlarian ke masjid Putra tangkap matahari terbenam.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid Putra @2022
Swimming pool @2022 Uniten
v
Sunset view from Masjid Putra @2022
Mee Bandung @2022 Itik salai

Dec 17, 2022

BELAKANG RUMAH ADA KLCC

Morning before sunrise @2022

 Sabtu, 17 Disember 2022.

Pagi sudah berlarian ke Kampung Baru.
Hantar anak2 wedok bersarapan.
Sebelum ke KL Convention Center.

Tengahari berlarian ke Sunway Pyramid shopping mall.
Tapi kepayahan mencapai parkir yg amat dahsyat.
Maka wak pun keluar langsung ke kebun Farm Fresh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 16, 2022

KL CONVENTION CENTER

Somewhere in Jasin heading north @2022

 Jumaat, 16 Disember 2022.

Tengahari sudah berlarian ke KL Convention Center.
Hantar kekanda aTi untuk pameran dan jualannya di hujung minggu ini.

Adinda berdua sudah menunggu disana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Entering the traffic jam at Jalan Sultan Ismail @2022
KL Convention Center @2022
On Jalan Tun Razak tunnel @2022


Dec 15, 2022

KAIS PAGI MAKAN PAGI

Lotus's Masai @2022

 15 Disember 2022.

Tengahari sudah berbelanja di Lotus's.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi putih, paprik campur, telur dadar @2022


Dec 14, 2022

CABARAN GUNA WIFI STARBUCKS MASAI

Free wifi today @2022

 Rabu, 14 Disember 2022.

Tengahari ada mesyuarat tingkap.
Mgr EIN mahu buat di Starbucks berdekatan rumah hinggap wak ini.

Walaupun ada servis wifi internet.
Tapi caranya agak rumit dan menjengkelkan.

Boleh ke mereka cetak atas kertas cenonet.
Dengan dakwat pencetak yg kabur?
Seperti tidak ikhlas rasanya.

Dan yg lagi parah bila mulakan sambungan internet.
Memang perlahanlah sangat.
Mesyuarat tingkap atas talian pun terasa jetlagnya.

Usai mesyuarat di Starbucks.
Pergi makan siang di restoran mee rebus Haji Wahid Taman Rinting pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Starbucks near Lotus's Masai @2022
Nasi Goreng Ayam N&Z Restaurant Taman Rinting @2022

Dec 13, 2022

AFTER 2 MONTHS

Resetting this PC 45% @2022

Selasa, 13 Disember 2022.

Pagi sudah berlarian ke Masai. 

Malam sudah memformat semula laptop anak lanang yg wak pakai sekian lama. 
Laptop Dell pertama yg wak belikan pada tahun 2017. Link.
Sebenarnya sudah dua bulan wak tak guna laptop ini.
Sebab syarikat kantor ada sediakan laptop Dell itu.

Laptop lama wak yg isteri wak pakai sudah buat hal pula.
Tiba² mati sendiri.
Laptop lama yg wak beli pada tahun 2013.
Sudah hampir 10 tahun usia ya. Link.

Esok ada rencana mahu ke seberang Tambak. 

Ooh. Wak sudah agih²kan baju t-shirt Jakarta dan Bromo saiz L pada kaum kerabat.
Nota lalat. Lain kali kena beli baju saiz XXL dan berlengan panjang. 

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Dec 12, 2022

MEE KOLOK DI MUSIM HUJAN

Jalan Diplomatik @2022

 Isnin, 12 Disember 2022.

Hari ini cuti umum untuk negeri Selangor.

Petang wak sudah berlarian mencari mee kolok.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 11, 2022

JALANG-JALANG CARI MAKANG

Nasi Dagang Atas Tol cabang no 3 @2022
Kuala Terengganu

 Ahad, 11 Disember 2022.

Tiada yg menarik di ibukota ini.
Hujan pun turun sepanjang hari.

Ooh. Nasi dagang atas tol hari kedua berturut2. 😅 😅 

Singgah di masjid Kristal.
Dan juga membeli keropok lekor Losong.

Singgah juga di warung Aziz Satar Kemamang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 Kuala Terengganu @2022
Pasar Payang Kuala Terengganu @2022
Masjid Kristal Kuala Terengganu @2022

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.