Getting a roadtax copy today @2022 Please ignore the plat number. |
Selasa, 20 Disember 2022.
Petang sudah berlarian ke UTC Pasir Gudang.
Tujuan untuk mendapatkan salinan cukai jalan.
Cukai Jalan cikputih yg hilang dihembus angin di Silk highway kelmarin.
Kaunter JPJ akan ditutup pada jam 9.00 malam tajam.
Kalau ikutkan prosedur kena bawa salinan geran kereta.
Kelam kabut juga mencarinya.
Nasib baik terjumpa terselit di dalam dashboard (papan pemuka).
Rupa2nya amat mudah.
Cuma bawa mykad.
Cucuk di mesin kiosk dalam UTC.
Langsung bayar guna kad debit bank di kiosk itu.
Tidak perlukan geran kereta.
Tidak perlu ke kaunter.
Cuma kena patok rm50 sebagai denda.
Tidak sampai 13 minit urusan selesai.
Khalas.
Kalau minta perkhidmatan ejen juga akan dipatok rm30 sebagai upah.
Nota lalat.
Ooh. Masa keluar dari Kompleks Bandaraya itu.
Pintu keluar tidak dapat mengimbas kad touchngo pula.
"No information," katanya.
Aiyah.
Terpaksa berlarian ke booth penjaga yg satu lagi pula.
Nasib baik cuma 50sen.
Nota lain lalat. Things To Be Done Today.
1. Isi minyak cikmaibee. Done.
2. Keluarkan washing machine ke tempat pembuangan sampah. Done.
3. Perbetulkan jaluran wayar kabel washing machine yg baharu. Done.
4. Beli ubat racun lalang. Done.
5. Cuci kereta anak lanang yg sudan berlumut dan berkarat. Done
Blog bukanlah hakmilik kekal.