Jul 20, 2022

THE RAINS HINDER THE PROJECT

It's going to be rains @2022 Batu Selicin, Batam

 

Rabu, 20 Julai 2022.

Hari keempat diatas kapal.
Pagi ini tiba2 hujan mulai jam 7.15am.

Dan wak terlupa bawa helm (helmet) dan kaca mata keselamatan pula.
Nasib baik ada yg terpakai di dalam bilik stor.

Walaupun hujan gerimis, tapi tim potong rumput ini tidak boleh bekerja.
Alat perkakas amat sensitif pada air hujan.
Tunggu punya tunggu, sampailah pukul 11am baru bermula.

Harap2 boleh diselesaikan kerja untuk hari ini.
Sebab esok sudah hari terakhir disini.

Malam tadi wak pergi Grand Batam Mall.
Beli buah2an potong sudah.
Nangka, mangga dan barli.

Dan sempat tukar duit Qatar riyal terakhir disini. RM500 riyal = 1.75juta rupiah.

Hafazan lalat.
Surah al-jin ayat 1 – 9.

Blog bukanlah hakmilik kekal.








 

BATAM DAY 4

Cereal breakfast in  the morning @2022


Selasa, 19 Julai 2022.

Pagi bersarapan di hotel.
Hantar baju dan pakaian kotor ke laundry.
Harga sekilo ialah 7000 rupiah (RM2.10) sekilo.
Kongsi sekali dengan pak GAS.
Total berat ialah 2.6 kilo (18 ribu rupiah sahaja).

Hari ketiga di atas kapal.

Semalam wak bawa laptop.
Ada masalah mahu sambung power plug.
Sebab diatas kapal, kepala soketnya lain.
Disini guna soket 100V sahaja.
Tapi bila ditanya, adalah soket 220V di satu bilik kepunyaan kapten.
Bilik yg bersih dan kemas.
Dan yg paling penting, tiada bau asap rokok!

Petang tadi wak balik awallah juga.
Tapi hampir ditinggalkan wak sorang2 diatas kapal.

Malam.
Ada ejen datang ambil uang perlindungan keamanan sebanyak 2 juta setengah .
Dan dia berikan sekeping kertas sahaja.
Juga, wak ada pesan ayam goreng KFC di Grand Batam Mall seberang jalan sahaja.
Tak sampai 15 minit sudah sampai.
Tapi satu ayamnya macam rosak, mungkin sudah digoreng beberapa kali.

Blog bukanlah hakmilik kekal.






 

 

Jul 18, 2022

BATAM DAY 3

A Grabfood  rider @2022

 Isnin, 18 Julai 2022.

Pagi tugasan potong rumput atas kapal sampai ke petang.

Dalam perjalanan ke galangan pagi tadi.
Kami berbual2 pasal perbedaan bahasa.
Perkataan sama tapi berlainan maksud.
Terutama bahasa kotor dan lucah tapi tidak begitu disini.
Tidak perlulah wak cerita secara terperinci.

Dan tadi di pejabat juga  ada salah faham.
Tapi mamat Safety itu sombong banget.
Nggak mahu bicara bahasa sama wak.

Begitu juga kami berborak pasal Najib, Najib, Najib.
Mereka pun pelik kenapa orang yg sudah dijatuhi hukuman penjara.
Tapi masih bebas berkeliaran kesana kesini kesana.

Seperti semalam, tengahari ini juga wak pesan makanan yg sama.
Dan dapat tidur sejenak di surau.

Siang tadi kerani pejabat sudah cuba hubungi wak.
Tapi wak kan atas kapal dan tiada talian internet.
Cik MIE kata dia mahu beri duit untuk dibayar pada ejen.
Dan ejen sudah dapatkan surat perlindungan keamanan atas kapal.
Supaya tiada gangguan walaupun visa sudah lama diterima.
2 juta setengah bukan jumlah yg sedikit ya.
Apa nak heran - nikan Indonn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.