Jul 17, 2022

YOU CAN SEE SINGAPORE MARINA BAY SANDS FROM HERE

Sunset view from Batu Selicin, Batam @2022

  Sabtu, 16 Julai 2022.

6.30am.
Pagi2 tadi selepas Subuh pemandu Grab sudah tiba.
Untuk hantar ke lapangan terbang Subang.

Pemandu separuh masa Grab berborak2.
Kerja di kedai Siti Khadijah.
Punya 3 anak dan isteri bekerja sebagai cikgu sekolah.

Semalam kami setuju dengan harga rm50.
Walaupun wak periksa pada apps sepatutnya rm64.
Tadi setiba di lapangan terbang, wak beri tips lebih.
Seronok dia.

10.20am.
Pesawat berlepas ke Batam dengan nyaman.
Terlelap juga wak dalam kabin tadi.
Selamat mendarat di bandara Hang Nadim airport jam 10.40am waktu tempatan.

Semasa berbaris menghadap dua barisan kaunter imigresen.
Sangatlah lambat.
Tiba giliran wak adalah insiden yg tak diingin juga.
Pegawai kastam itu tanya macam2 juga.
Tapi dia taklah bertanya pasal visa.
Nasib baik wak tunjukkan visa permit kerja yg wak sudah cetak tadi malam.

Usai urusan imigresen dan kastam.
Wak baru perasan tiada wang Indonn pula.
Tercari2 kaunter pengurup wang tapi tiada juga.
Sampai tanya pada abam TNI itu pun tidak dapat membantu.

Dipendek cerita.
Awek kaunter tempat bertanya.
Awek suruh wak ambil teksi ke Botania.

Naik teksi dengan bapak yg tua sudah.
Dari bandara ke Botania.
Dapat juga tukar wang rupiah, RM1 = 3,325 rupiah.
Wak tukar rm300 sahaja dulu.

Bila wak tanya mahu beli simcard.
Mamat jual pulsa itu minta nombor IMEI.
Rupa2nya wak kena bayar bea dan cukai pada kerajaan dahulu.
Dan kemudian baru boleh daftar nombor henfon yg  baharu.
Yo wes lah.

Dari bandara ke hotel (via Botania tadi), tambang taksi = 180,000 rupiah (RM53).

12.20pm.
Tiba di hotel di Batu Selicin.
Pendaftaran juga berjalan lancar.

4.41pm.
Wak sudah berjalan2 diluar hotel.
Untuk meninjau sekitaran.
Dan mencari mall diseberang jalan.
Tapi kepayahan melintas jalan yg sibuk pula.
Yo wes lah.

6.00pm.
Bertemu dengan pekerja konsortium di lobi hotel.
Kami akan ke galangan (limbungan kapal) esok pagi bersama2.

8.00pm.
Temujanji dengan  rakan sekerja semasa di Doha dulu.
Mas FIR yg sedang mencari kerjaan baharu.
Mas FIR bawa wak makan dulu di terowongan Aceh.
Wak pesan indomie goreng dengan teh O panas kurang manis.

Wak pun tidak sangka boleh datang ke pulau Batam ini.
Dalam masa 3 bulan  sahaja boleh bertemu dengan  mas FIR.

Kemudian mas FIR bawa wak ke tempat Welcome To Batam.
Banyaknya gerai dan orang ramai.
Tapi lampu monumen Welcome To Batam tidak hidup pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.






 



Jul 15, 2022

PULAU BATAM JAUH KE TENGAH

Dari Masai ke Batam via Jakarta @2022

 

Assalamualaikum kawan2 blogger wak semua2 lah.

Mungkin semasa kawan2 baca blog merapu wak yg ini.
Wak sudah pun belayar ke kepulauan Riau.
Semoga dipermudahkan urusan dan perjalanan.
Aminn ya robbal alamein.

Jumpa anda di sana. Di sana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 14, 2022

OFFER LUGGAGE: SAME PRICE BUT DIFFERENT SIZES

Jean Francois luggage - at first I chose and bought the blue one, but later I decided to choose the maroon color @2022


 Khamis, 14 Julai 2022.

Lagi dua hari wak akan terbang ke Indonn.
Pencarian beg periksa-masuk pun bermula.
Beg besar yg wak guna semasa kerja di Qatar harus diganti.
Wak mahu pakai yg saiz kecil.

Petang tadi wak sudah berlarian ke Alamanda Mall.
Pergi ke kedai Travel For All.
Tapi tiada jenama Urbanlite Trapeze.

Kemudian wak berlarian ke IOI City Mall pula.
Masuk kedai Universal Travel.
Jenama Urbanlite tiada stok, kata awek kecil molek.

Tapi disitu ada jual jenama Jean Francois yg murahan.
Yg menariknya ada tawaran harga clearance stock -  RM129.
Peliknya juga, harga sama untuk berlainan saiz 24in dan 28in.
Wah, buat wak keliru.
Sebab wak mahukan beg yg saiz kecil sahaja.
Untuk lawatan kerja seminggu.

Agak lama wak memikirkan mahu beli yg mana satu.
Wak ambil yg 28in.
Tapi bila wak sudah sampai diparkir kereta.
Wak ubah fikiran mahu yg saiz kecil pula.
Nasib baik boleh ditukar.

Untuk rekod dan rujukan.
Wak singgah di DIY, Watson's dan Lotus's.
Wak beli barang2 perjalanan nanti:

  • Power extension
  • Masks
  • Wet towels
  • Mini tissues
  • Battery operated tooth brush with AA batteries
  • Ubat gigi Colgate
  • Disposable shavers
  • Cool mints & Strepsils
  • Hans Elastic
  • Deodorants
  • Jajans - biskut, cokelats
Cerita lalat lain.
Kelmarin isteri wak (yg itu) sudah guling2 kepanikan.
Sebab kunci steering cikmaiBee tidak boleh dibuka.
Dan cikmaiBee parkir didepan pagar rumah pula.
Ada lagi 2 kereta yg tidak diguna.
Cikpuan Jnulekasnova didalam pagar terhalang.
Kereta proton saga milik anak lanang tidak boleh dimulakan enjin juga.
Jadi, petang semalam wak sudah panggil (whatsapp) taukeh kedai kunci berdekatan.
"120 hinggit je wak," kata taukeh itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.






MADAM KWAN'S CHAR KUEY TEOW

Blue hour this morning  @2022

 Rabu, 13 Julai 2022.

Kursus latihan global hari kedua dan terakhir.

Tengahari pelatih belanja makan lagi. 

Movie lalat.
Maria Full of Grace 2004 (Spanish) - 2nd time.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jul 12, 2022

SERVICE EXCEEDED BY 128 DAYS

Trees at KLCC @2022


 Selasa, 12 Julai 2022.

Hari ini bermula kursus latihan perisian Global pula.
Tidak lama, cuma 2 hari sehingga esok sahaja.

Tengahari, jurulatih bawa makan di restoran Melur and Tyme tahap kayangan itu.
Wak pesan char kuey teow sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Trees at KLCC @2022

KLCC this morning @2022

Grilled Salmon at Melur and Tyme, KLCC @2022

Cikputih service exceeded by 128 days @2022


Jul 11, 2022

WAXING MOON BEFORE SUNSET

Waxing Moon last night  @2022 Sungai Besar

 

 Isnin, 11 Julai 2022.

Hari ini masih cuti umum ganti raya haji.
Petang wak sudah berlarian ke tefian fantai.

YOU CANNOT ESCAPE FROM REALITY

Having a boh tea plantation Cameron Highlands @2022


 Ahad, 10 Julai 2022.

Dari bukit yg tinggi, wak pun berlarian ke tefian fantai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Feeding the Stray Dog @2022

Boh Tea Plantation Sungai Palas @2022

Jul 9, 2022

DETOUR TO HIGHER LANDS

 

 Sabtu, 9 Julai 2022.

Esok sudah hariraya qurban.
Tiba2 wak terasa mahu berlarian ke bukit yg  lebih tinggi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









Jul 8, 2022

CHILIS KLCC SEBELUM MAT KILAU MENGAMUK

Chilis KLCC @2022

 Jumaat, 8 Julai 2022.

Tengahari wak solat jumaat di masjid berdekatan.

Baru wak berlarian ke KLCC.
Ada janji dengan anak lanang yg baru dapat gaji pertamanya.
1. Makan rib eye steak.
2. Tenok Mat Kilau.

Movie Mat Kilau yg penuh aksi silat dan emosi.

Movie lalat.
Malcolm X 1992.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 7, 2022

MISSED THE EXITS - TWICE!

Alienware at Plaza Lowyatt @2022


 Khamis, 7 Julai 2022.

Semalam sudah selesai kursus latihan asas perisian.
Pagi ini wak kena datang pejabat di Kota Damansara.

Boleh pula terlepas susur keluar dari Lebuhraya Penchala.
Dua kali. Aiyahh.

Tengahari sudah berlarian ke Plaza Lowyatt.
Dengan mgr EIN.
Tunggang kereta berlainan.
Untuk membeli belah tingkap (window shopping) laptop.

Movie lalat.
Gubra 2006.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 




 

Jul 6, 2022

TRAINING DAY 5

 

Rabu, 6 Julai 2022.

Tengahari wak sudah berlarian ke Jalan Imbi.
Pergi dan balik ke pusat latihan menggunakan Grab.

Petang, mgr EIN ajak kawan2 makan di Two Sons KLCC.

Hari terakhir kursus latihan modul yg ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.