Having a boh tea plantation Cameron Highlands @2022 |
Ahad, 10 Julai 2022.
Dari bukit yg tinggi, wak pun berlarian ke tefian fantai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Feeding the Stray Dog @2022 |
Boh Tea Plantation Sungai Palas @2022 |
Sabtu, 9 Julai 2022.
Esok sudah hariraya qurban.
Tiba2 wak terasa mahu berlarian ke bukit yg lebih tinggi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Chilis KLCC @2022 |
Jumaat, 8 Julai 2022.
Tengahari wak solat jumaat di masjid berdekatan.
Baru wak berlarian ke KLCC.
Ada janji dengan anak lanang yg baru dapat gaji pertamanya.
1. Makan rib eye steak.
2. Tenok Mat Kilau.
Movie Mat Kilau yg penuh aksi silat dan emosi.
Movie lalat.
Malcolm X 1992.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Alienware at Plaza Lowyatt @2022 |
Khamis, 7 Julai 2022.
Semalam sudah selesai kursus latihan asas perisian.
Pagi ini wak kena datang pejabat di Kota Damansara.
Boleh pula terlepas susur keluar dari Lebuhraya Penchala.
Dua kali. Aiyahh.
Tengahari sudah berlarian ke Plaza Lowyatt.
Dengan mgr EIN.
Tunggang kereta berlainan.
Untuk membeli belah tingkap (window shopping) laptop.
Movie lalat.
Gubra 2006.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Rabu, 6 Julai 2022.
Tengahari wak sudah berlarian ke Jalan Imbi.
Pergi dan balik ke pusat latihan menggunakan Grab.
Petang, mgr EIN ajak kawan2 makan di Two Sons KLCC.
Hari terakhir kursus latihan modul yg ini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
KLCC View from Tower 3 @2022 |
Selasa, 5 Julai 2022.
Siapa kata wak tidak perlukan latihan industri lagi?
Setiap hari setiap saat teknologi baharu potong rumput pun semakin bertambah dan bergerak laju.
Haruslah belajar hingga akhir hayat.
Aminn ya robbal alamein.
Tiada yg menarik hari ini.
Cuma wak terpanggil mahu berlarian ke Jalan Imbi.
Pagi2 tadi wak periksa tambang Grab - rm15.
Aduhai, tambang rm15 terasa amat mahal diwaktu pagi.
Tapi tengahari sudah jadi rm5.30 sahaja.
Wak bayar sahaja rm6.
"Terimakasih wak lat, " kata pemandu Grab berbangsa India itu.
Tambang perjalanan pulang ke pusat latihan agak mahal sedikit - rm6.30.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sunrise view from Surau at Tower 3 @2022 |
Isnin, 4 Julai 2022.
Kursus latihan perisian masih berjalan seperti dirancang.
Tapi silibus dipercepatkan atas arahan pihak pengurusan.
Pagi tadi wak sudah tiba awal.
Lepak lebih sejam di surau tingkat 7.
Ooh.
Sebelum itu wak singgah di restoran Mekdi Bukit Bintang.
Tiba2 ada 2 budak remaja perempuan menghampiri wak.
"Wak, nak mintak 2 hinggit," kata awek gadis manis itu.
"Nak beli nasi lemak," jawabnya bila wak bertanya.
Pada mulanya wak abaikan sahaja.
Tapi bila fikirkan kembali - apalah sangat duit dua hinggit kann.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
West Rider Safety Shoes (RM199) @2022 |
Sabtu, 2 Julai 2022.
Pagi wak sudah berlarian ke pekan koboi.
Pekena feveret lontong masai itu.
Tengahari wak tidak kemana.
Tapi sibuk juga fikirkan mahu tonton wayang Mat Kilau yg tengah viral.
Tapi tiada peneman pula.
Lagipun pawagam yg berdekatan semuanya full house.
Petang wak pun berlarian ke Jalan Tebrau.
Dengan bini wak (yg itu) pekena nasi ayam penyet.
Malam singgah di pekan koboi lagi.
Mencari kasut keselamatan (safety boot).
Selepas itu cuba mencari kedai pengurup wang (money changer).
"Tapi duit arab ni kami tak terima, " kata awek kaunter itu.
" Kami terima duit Sing dan Indon sahaja," kata awek itu lagi.
Yo wes lah.
Silap wak kelmarin sebelum balik dari Doha.
Wak sudah terkeluarkan duit riyal Qatar yg agak banyak.
Wak ingatkan mahu kembali ke offshore.
Mungkin wak akan tukar di KL sahaja.
Ooh, sebelum itu.
Wak sudah berjaya pasang lampu pagar yg lama terbengkalai.
Pasang sendiri dengan barang2 dipesan dari shopee.
Tidaklah sesukar mana.
Movie lalat.
Sepet 2005. (Note from the movie: all Malays are stupid? censored)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sabtu, 4 Januari 2025. Hari Sabtu berselang pun dikerah membanting tulang. Begitu juga hari Ahad. Tapi mengikut jadual yg ditetapkan. Blog...