![]() |
| Sunset on the Plus Highway @2022 |
Ahad, 3 Julai 2022.
Petang wak sudah berlarian ke KL.
Hantar anak lanang ke rumah sewanya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| West Rider Safety Shoes (RM199) @2022 |
Sabtu, 2 Julai 2022.
Pagi wak sudah berlarian ke pekan koboi.
Pekena feveret lontong masai itu.
Tengahari wak tidak kemana.
Tapi sibuk juga fikirkan mahu tonton wayang Mat Kilau yg tengah viral.
Tapi tiada peneman pula.
Lagipun pawagam yg berdekatan semuanya full house.
Petang wak pun berlarian ke Jalan Tebrau.
Dengan bini wak (yg itu) pekena nasi ayam penyet.
Malam singgah di pekan koboi lagi.
Mencari kasut keselamatan (safety boot).
Selepas itu cuba mencari kedai pengurup wang (money changer).
"Tapi duit arab ni kami tak terima, " kata awek kaunter itu.
" Kami terima duit Sing dan Indon sahaja," kata awek itu lagi.
Yo wes lah.
Silap wak kelmarin sebelum balik dari Doha.
Wak sudah terkeluarkan duit riyal Qatar yg agak banyak.
Wak ingatkan mahu kembali ke offshore.
Mungkin wak akan tukar di KL sahaja.
Ooh, sebelum itu.
Wak sudah berjaya pasang lampu pagar yg lama terbengkalai.
Pasang sendiri dengan barang2 dipesan dari shopee.
Tidaklah sesukar mana.
Movie lalat.
Sepet 2005. (Note from the movie: all Malays are stupid? censored)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| A Beetle VW at Tropicana Garden @2022 |
Rabu, 29 Jun 2022.
Hari wak pandu cikputih terus ke pejabat potong rumput ini.
Tol = rm5.30
Minyak tuang = rm60
Parking = rm
Perjalanan mengambil masa selama 1jam 17 minit.
Seperti semalam-malamnya.
Mgr EIN suruh wak datang pukul 10.30am.
Bila wak sampai 10.17am, dia kata mesyuarat tingkap disebelah petang pula.
Jadi, wak pun berlarian ke pusat beli-belah sebelah pejabat.
Beli-belah tingkap (baca, window shopping) hingga tengahari.
Banyak sungguh kedai makanan aka restoran.
Medan selera (baca, food court) pun ada ditingkat atas.
Wak tak makan sebab wak puasa hari ini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| MRT Kajang @2022 |
Selasa, 28 Jun 2022.
Hari kedua bertugas memotong rumput di Kota Damansara.
Tapi mgr EIN suruh wak masuk kerja disebelah petang untuk mesyuarat sahaja.
Parkir di stesen MRT pun sudah penuh. Kajang - Surian
Terpaksa parkir cikputih diluar sana.
Parkir gratis percuma bersebelahan masjid India.
Tambang MRT masih gratis percuma.
Mgr EIN kata mesyuarat jam 2.30pm.
Tapi kemudian Mgr EIN gesa dipercepatkan mesyuarat jam 2.00pm.
Bila wak sampai jam 2.05pm pun Mgr EIN masih tidak kelihatan.
Menunggu itu suatu kebosanan kann. Khannns.
Jam 3.17pm baru mesyuarat bermula.
Layannns.
Movie lalat.
Bury My Heart at Wounded Knee 2007.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| On the way to Kota Damansara @2022 |
Isnin, 27 Jun 2022.
Pagi2 wak sudah berlarian naik MRT.
Dari Kajang ke Surian.
Tambang MRT masih gratis percuma.
Tapi bila sampai di pejabat.
Masih tiada lagi kemudahan meja dan komputer.
Pejabat yg kecil dan padat.
Pejabat yg baru berpindah dari Bukit Jelutong.
Ini adalah pejabat sementara.
![]() |
| Masjid all-Hussain Kuala Perlis @2022 |
Ahad, 26 Jun 2022.
Pagi semalam dari KL wak sudah berlarian ke Ujung Bukit. Perlis.
Petang sempat singgah ke pantai. Kuala Perlis.
Makan seafood yg murahan.
Lesson learned : jangan booking Familia Hotel sbb bilik kecil. Nak solat pun xde rang.
Pagi tadi sudah sarapan di Warung Tepi Sawah.
Jam 10.00am sudah berlarian ke puncak Gunung Jerai.
Selepas itu ke Tanjung Dawai menghadap pantai Merdeka.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Masjid al-Husna Sunway Lagoon @2022 |
Jumaat, 24 Jun 2022.
Tengahari tadi wak sudah berlarian ke masjid Sunway Lagoon.
Untuk solat Jumaat minggu ini.
Olehkerana wak datang awal, sempat menghadiri majlis ilmu juga.
Qariah membaca surah al-Khafi (Penghuni Gua).
Ustaz berceramah tentang pentingnya merapatkan saf.
Khutbah jumaat berintisari "bila Izrail datang memanggil."
Selepas itu terus berlarian ke Chilis Subang.
Pekena steak classic masakan medium rare gituu.
Kali terakhir wak makan steak di Chilis Doha sempena harijadi wak yg ke ehem.
Ooh.
Sebenarnya masjid al-Husna ada juga kenangan.
Sebab masjid satu2nya yg ada tulisan surah Yasin, al-Waqiah dan al-Mulk di dinding.
Wak pernah berazam pada 2018 dalam masjid ini.
Untuk dapat hafaz surah2 popular ini.
Dan alhamdulillah sekarang sudah berjaya.
Walaupun masih tergagap2.
Movie lalat.
Bad Lieutenant 1992.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Chilis Empire Subang Jaya @2022 |