![]() |
| Hutan Lipur Sungai Congkak @2022 |
Selasa, 7 Jun 2022.
Tengahari tadi wak berlarian ke Hulu Langat.
Hutan Lipur #1 - Sungai Congkak
Kereta boleh masuk - ok (RM15) tapi parkir luar pagar.
Tandas - ok (ada awek orang asli jaga)
Surau - ok
Gazebo - ok
![]() |
| Pedestrian Overpass on Pasir Gudang Highway @2022 |
Ahad, 5 Jun 2022.
Pagi2 sudah berlarian ke pekan koboi itu.
Pesan mihun ikan goreng sudah.
Kemudian berlarian ke landasan keretapi.
Ambil 2 3 gambiran sudah.
WHEN MOM IS NOT HOME
Isteri sudah seminggu balik kampung di rumah panjang.
Sempena hari perayaan gawai.
Gambar di Tesco tahun 2015.
Tadi sudah temankan anak wedok ke Lotus's.
Banyak juga barangan dapur dan peribadi dibelinya.
Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kann. Khanns.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Free rice supply from the government @2022 |
![]() |
| When your mom is not home @2022 |
![]() |
| Kaunter Pelbagai (Old Tesco Seri Alam) @2022 |
Sabtu, 5 Jun 2022.
Kelmarin wak baru perasan.
Lesen memandu sudah tamat tempoh.
Nasib baik jugalah tiada kejadian buruk yg berlaku ketika memandu.
Jadi, hari ini wak perbaharui lesen memandu.
Di pejabat pos Lotus's berdekatan.
5 tahun sebanyak RM152.50 sahaja.
Yakni, rm30 setahun.
Terkini.
Rupanya kerajaan berikan moratorium untuk perbaharui lesen memandu.
Sehingga hujung bulan ini.
Yo wes lah.
Movie lalat.
The Wrong Man (1956)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Please proceed to booth no. 14 @2022 |
Jumaat, 3 Jun 2022.
Pagi2 sudah berlarian ke Kampung Datuk Keramat.
Ambil anak wedok di rumah sewanya.
Dan terus pulang ke gagang.
Kejadian tidak diingini berlaku juga.
Bila tiba di plaza tol Skudai.
Terhalang kerana kurang baki dalam kad Touch N Go.
Petang berlarian ke restoran sushi di Permas Jaya.
Meraikan harijadi anak wedok.
Restoran sushi yg kekandanya bekerja sekarang.
Masa pembayaran keluar, kekanda berikan diskaun 30 peratus.
Movie lalat.
RRR (Telugu, 2022)
Oscar Nominated Short Films Animation (2022)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Monorail Suspension Bridge sunset @2022 |
Jumaat, 3 Jun 2022.
Petang semalam wak sudah berlarian lagi ke Putrajaya.
Kali terakhir ke jambatan gantung ini tahun lepas.
Beberapa hari sebelum berlepas ke Doha - PAUTAN.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| GSC Cinema at Alamanda @2022 |
Khamis, 2 Jun 2022.
Malam tadi wak sudah berlarian ke Alamanda.
Mahu tonton wayang Tom Cruise.
Sudah lama bebienor tak masuk panggung wayang.
Orang pun tidak ramai.
Bolehlah pilih kerusi dikedudukan yg wak mahu.
Pilih ditepian kaki lima.
Mudah kalau mahu ke bilik air.
Kenangan Top Gun 1986.
Kebetulan wak sedang belajar di amerika.
Wak masih muda belia.
Banyak sangat kebodohan dan kesilapan masa silam.
Jangan dikenang - luka lama berdara kembali.
Luka yg baharu nak letak dimana uoools.
Top Gun Maverick 2022 - selepas 36 tahun.
Movie ditonton dengan puas hati.
Tengah2 movie, sempat juga bersolat maghrib di surau.
Itu yg paling utama sekarang.
Nota lalat.
Tiket wayang untuk dewasa ialah rm12 sahaja.
Berbanding kalau tenok movie di Doha yg mahal 4 kali ganda.
Walaupun harga minyak ron95 kurang lebih sama harganya disana.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Jagung Bakar rm2.70 @2022 |
Rabu, 1 Jun 2022.
Hari Gawai.
Pagi2 wak sudah berlarian mencari nasi lemak Mak Long.
Orang panggil nasi lemak beratur.
Di medan selera Itik Salai Mashtar.
Enak juga.
Kemudian berlarian ke bandar koboi Dengkil.
Ooh.
Semalam petang wak ternampak makcik jual jagung bakar.
Wak beli jagung rebus sapu marjerin.
Sedap juga.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| A clear blue sky in Bandar Baru Ampang @2022 |
Selasa, 31 Mei 2022.
Cuaca agak nyaman dan cerah pagi ini.
Harap panas hingga ke petang.
Movie lalat.
Father Stu (2022)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Nasi Kandar Pelita @2022 |
Isnin, 30 Mei 2022.
Lagi 2 hari kontrak bekerja wak di Doha akan tamat.
Harap² disambung sampai hujung bulan Juni, janji Mgr pak DDI.
Malam tadi wak ada temuduga.
Di restoran nasi kandar Pelita sebelah KLCC sahaja.
Sudah beberapa kali temuduga dibatalkan.
Jadi, bila sebut ada pertemuan di KLCC wak jadi fobia pula.
"Parkir free wak," kata ejen itu dengan yakin tahap kayangan.
ANTARA ANYER DAN JAKARTA
Kami bincang pasal gaji.
Pasal hardware dan software dan lesen.
Juga pasal lokasi pejabat.
"Wak mukin kena station kat Indon pasni," ejen itu menerangkan.
"Balik Masai tiap 3 purnama," terangnya lagi.
Aduhai.
"Tapi kalo wak nak balik tiap2 pekan pon boleh naik sampan," guraunya juga.
"Company tak bayar, tapii," gelaknya.
Movie lalat.
In The Name of the Father (1993)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Queuing Up Under the sun's heat @2022 |
Ahad, 29 Mei 2022.
Tengahari tadi wak sudah berlarian lagi ladang nanas ke Sungai Merab.
Kelmarin wak sampai tapi tidak menjamu selera.
Hari ini, wak pesan lempeng kelapa, telur setengah masak.
Dan teh o panas satu.
Tiada gambiran makanan ya kali ini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Saudagar Nanas Punya Kebun @2022 |
![]() |
| Closed on Friday @2022 |