May 13, 2022

STOP OVER GUNUNG LEDANG AND GUNUNG PULAI

Masjid Jamek Tangkak @2022

Jumaat, 13 Mei 2022.

Pagi tadi wak sudah berlarian ke selatan.
Singgah di bandar Tangkak.
Sempat bersolat jemuah di masjid jamek Tangkak.
Ada solat sunat menghindari wabak covid sebelum masuk waktu zohor.

Usai solat jemuah.
Wak ingat mahu lepak2 dan tidur sebentar dalam masjid.
Tapi tok siak sudah mulai tutup segala pintu masjid.
"Tadi kan sudah bagitau," lantang suara tok siak itu.

Wak cubalah terlelap dalam cikputih.
Tapi dapat tidur sebentar sahaja.
Alat penghawa dingin seperti tidak berfungsi pula.
Habis basah badan wak atas dan bawah.

Seterusnya wak singgah di rumah adinda pula.
Berdekatan Gunung Pulai.
Sebab mahu berikan baju2 lama anak lanang bocah cilik.
Sambil tengok kebun wak yg sudah dibersihkan.
Menyesal pula tidak ambil gambar kebun tadi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

ABC break at Kampung Sepakat Jaya @2022

May 12, 2022

STUCK IN BUKIT BELACAN TURBULENT

Samsung A03 is a free new cheap handphone from Celcom @2022

 Khamis, 12 Mei 2022.

Pagi tidak keluar mana2.

Tengahari baru keluar berlarian ke KLCC.
Sebab ada temujanji dengan syarikat lama.
Mahu guna khidmat wak untuk sokong tugasan di Jakarta dan Batam.
Janji berjumpa jam 12 noon sebab beliau ada mesyuarat.
Tunggu punya tunggu sampai wak turun dan tidur dalam cikputih.
Jam 3pm baru berjumpa.

FREE HANDPHONE

Sementara tunggu untuk mesyuarat tadi.
Sempat lagi wak singgah di kedai Celcom.
Sebab mahu ambil tawaran henfon percuma Samsung.
Tapi kena ikat kontrak selama 2 tahun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Suria KLCC @2022
Mee Kolok Dayang Sarawak at Diplomatik @2022

May 11, 2022

HIS FIRST JOB

EQ office Jalan Tun Ismail @2022

Rabu, 11 Mei 2022.

Kelmarin, anak lanang sudah suruh wak periksakan rumah sewa di Pudu.
Sebenarnya, bilik sewa pun harga kayangan.
"Dekat dengan LRT, ada wifi bla bla bla, " katanya dalam whatsapp.

Tengahari tadi sudah pergi tengok rumah apartment di Chan Sow Lin.
Mula2 wak berkenan dengan satu bilik.
Harga tolak tepi dahulu.
Tapi, bila ejen periksa dengan pihak pengurusan.
"Sudah dibooklah wak, " kata ejen itu.
"Ada satu bilik lain di apartment lain," kata ejen lagi sambil bawa wak kesana.

HIS FIRST JOB
Kisahnya anak lanang baru dapat tawaran kerja.
Sebenarnya latihan amali (intern) di Petronas.
Kerja di syarikat yg pernah menaja wak belajar dulu2.
Kekesalan juga kerana tidak terima kerja dulu masa mula2 habis belajar.
Ketika itu wak sudah mendapat kerja lain dan baru berkahwin.
Diharapkan anak lanang betah bekerja di syarikat ini sampai pencen.
Amin ya robbal alamein.

VERY LONG SHOPPING MALL
Semalam petang wak sudah berlarian ke Pavilion Bukit Jalil.
Pusat beli belah yg panjang.
Tapi masih belum meriah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Pavilion Bukit Jalil @2022
Chan Sow Lin LRT station @2022
Merdeka view from Chan Sow Lin @2022

May 10, 2022

TANAM PINANG RAPAT RAPAT

On AKLEH highway this morning @2022

 Selasa, 10 Mei 2022.

Pagi2 tadi sudah masuk gaji dalam akaun harimau.
Ini pun sudah lambat dari sepatutnya.

Pagi tadi sudah berlarian ke Jalan Sultan Ismail.
Kedai sarapan belum dibuka.
Jadi sarapan berdekatan rumah sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi lemak Bukit Indah Ampang @2022
Tanam pinang rapat-rapat @2022
Kacang hijau kuih kasturi @2022

May 9, 2022

CIKMAK BELUM DIBUKA

Menara Merdeka 118 @2022

 

Isnin, 9 Mei 2022.

Berlarian ke KKM AU2 dan Hospital Ampang.

Terus ke The Port berdekatan One Utama.
Kepingin mahu makan nasi lemak OG Street Kitchen.
Walaupun kedai sudah dibuka dengan tanda "Closed". Mamat warung kata belum dibuka lagi hari ini.
Hari ini mereka cuma masak sambal sahaja untuk esok hari.
Waktu urusan ialah dari jam 4 petang.

MERDEKA 188

Balik tadi singgah di stadium merdeka.
Ambil gambar menara bakal tertinggi tanahair sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Merdeka 118 sales office at MBSB Jalan Tun Ismail @2022

May 8, 2022

MIDWAY

Kampung  Datuk Keramat  @2022

 Ahad, 8 Mei 2022.

Pagi2 sudah ke bandar koboi.
Tapi warung lontong masih belum dibuka lagi.
Padahal raya sudah seminggu kann. 
Singgah di kedai mamak sudah.

Pagi esok cadang mahu hantar anak wedok kembali ke kolej.
Untuk mengelak kesesakan di lebuhraya.
Perjalanan mengambil masa 3jam setengah juga.

Movie lalat.
Midway 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 7, 2022

CAN I DRIVE 12 HOURS IN A DAY

 

Gloomy blue hour @2022

Jumaat, 6 Mei 2022.

Antara cabaran memandu jarak jauh.
1. Kehabisan minyak.
2. Penuh pundi kencing.
3. Microsleep.

Sabtu, 7 Mei 2022.
Raya ke 7 tanpa foto.
Balik kampung dan ziarah kubur ayahnda dan bonda.
Hujan turun renyai2.
Singgah dirumah adinda.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



May 6, 2022

TOUCH N GO RELATIONSHIP

Sunrise @2022

 Jumaat, 6 Mei 2022.

Pagi2 selepas subuh berlarian ke tefian fantai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 5, 2022

AQI, YAASIR, & ANAS

aQi, yaasir, & aNas @2022

 Khamis, 5 Mei 2022.

Semalam petang, adinda wak dari kampung sampai.
Bersama2 4 orang anak2nya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This is why I'm fat @2022

May 4, 2022

WAXING CRESCENT MOON

Waxing Crescent Moon on 3rd Syawal @2022

 Rabu, 4 Mei 2022.

Pagi ini wak kena tukar kipas ekzos dapur yg sudah lama dan rosak.
Tahap cabaran - kacang.

Juga, semalam sudah tukar lampu siling yg sudah terbakar.

Hari ini hari raya ke tiga.
Ada tetamu, adinda wedok dari kampung mahu datang.
Mula2 mahu pesan ayam KFC sahaja.
Tapi restoran KFC berdekatan sudah habis bekalan ayam.
Jadi kena pesan di restoran yg agak jauh, di bandar di kawasan orang2 tionghua.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 3, 2022

THE GRASS IS ALWAYS GREENER ON THE OTHER SIDE

A midnight call from USA @2022

 Selasa, 3 Mei 2022.

Sebenarnya minggu lepas wak terima emel.
Dari pemburu kepala (head hunters) dari Amerika.
Agak pelik - 2 ejen (India) dari syarikat yg sama.
Untuk jawatan kerja yg berbeza.
Di lokasi yg berbeza.
Satu di Houston, Texas.
Satu lagi di Phoenix, Arizona - dekat dengan sekolah wak dulu2.

Walaupun seperti scammer.
Tapi wak sudah pun balas emel masing2.

Tengah malam tadi, ejen no 2 sudah panggil.
Nombor tertera datang dari New Mexico.
Tanya beberapa soalan.
Dan wak beritahu wak tiada visa US lagi.

Movie lalat.
The Sum of All Fears 2002.
I Am Mother 2019.
Beckett 2021.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

RECONNECT TO HAJI FRIEND

  Sabtu, 30 November 2024. Semalam cuba hubungi Haji Bernard dalam fesbuknya. Rakan seangkatan mengerjakan haji tahun 2013 . Tapi dia sarank...