May 6, 2022

TOUCH N GO RELATIONSHIP

Sunrise @2022

 Jumaat, 6 Mei 2022.

Pagi2 selepas subuh berlarian ke tefian fantai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 5, 2022

AQI, YAASIR, & ANAS

aQi, yaasir, & aNas @2022

 Khamis, 5 Mei 2022.

Semalam petang, adinda wak dari kampung sampai.
Bersama2 4 orang anak2nya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This is why I'm fat @2022

May 4, 2022

WAXING CRESCENT MOON

Waxing Crescent Moon on 3rd Syawal @2022

 Rabu, 4 Mei 2022.

Pagi ini wak kena tukar kipas ekzos dapur yg sudah lama dan rosak.
Tahap cabaran - kacang.

Juga, semalam sudah tukar lampu siling yg sudah terbakar.

Hari ini hari raya ke tiga.
Ada tetamu, adinda wedok dari kampung mahu datang.
Mula2 mahu pesan ayam KFC sahaja.
Tapi restoran KFC berdekatan sudah habis bekalan ayam.
Jadi kena pesan di restoran yg agak jauh, di bandar di kawasan orang2 tionghua.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 3, 2022

THE GRASS IS ALWAYS GREENER ON THE OTHER SIDE

A midnight call from USA @2022

 Selasa, 3 Mei 2022.

Sebenarnya minggu lepas wak terima emel.
Dari pemburu kepala (head hunters) dari Amerika.
Agak pelik - 2 ejen (India) dari syarikat yg sama.
Untuk jawatan kerja yg berbeza.
Di lokasi yg berbeza.
Satu di Houston, Texas.
Satu lagi di Phoenix, Arizona - dekat dengan sekolah wak dulu2.

Walaupun seperti scammer.
Tapi wak sudah pun balas emel masing2.

Tengah malam tadi, ejen no 2 sudah panggil.
Nombor tertera datang dari New Mexico.
Tanya beberapa soalan.
Dan wak beritahu wak tiada visa US lagi.

Movie lalat.
The Sum of All Fears 2002.
I Am Mother 2019.
Beckett 2021.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 2, 2022

EXCEPT SINGAPORE

A minbar is a pulpit in a mosque where the imam stands to deliver sermons. @2022

 Isnin, 2 Mei 2022.
Masih entri 10 hari terkebelakang ya.

Selamat hariraya maaf zahir batin.

Sepatutnya hariraya bermula Selasa (lusa).
Tapi malam tadi sudah huru hara satu negara.
Bila penyimpan mohor besar diraja umum raya hari ini (Isnin). 

Pagi tadi bersolat sunat aidilfitri di mesjid besar BSA.
Dengan anak2 lanang yg itu.

Movie lalat.
In the Line of Fire 1993. Clint Eastwood
The Informer 2019. Joel Kinnaman
Argo 2012. Ben Affleck

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

May 1, 2022

5 DA BLOODS

Nasi putih, paprik campur, telur dadar @2022

 Ahad, 1 Mei 2022.

Kesan cucukan dos penggalak semalam makin terasa.
Terasa mahu demam.
Bahu disebelah kiri pun terasa bengkaknya.

Movie lalat.
Hail, Driver 2020.
5 Da Bloods 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 30, 2022

WELCOME HOME

Welcome home @2022

 Sabtu, 30 April 2022.

Pagi tadi jam 10.30am sudah ke poliklinik penawar.
Untuk dicucuk boaster.
2 dos Sinovac + AZ (Astra Zeneca) = 94 peratus keberkesanan vaksin.
Gratis.

Selepas itu ke Mydin membeli barangan dapur.

Sambung tidur.

Petang pula ke Permas Jaya membeli apam balik dan sebongkah berlian.
Dan pulang singgah di param (pasar ramadan) berdekatan.
Beli juadah berbuka puasa.

Movie lalat. 
The Lost Daughter 2021.
Croupier 1998.
Donnie Brasco 1997.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 29, 2022

AND BACK AGAIN TO MASAI

On Jalan Tun Razak @2022

 Jumaat, 29 April 2022.

Wak ambil anak wedok di rumah sewa di Gurney Height.
Dan terus balik ke gagang.

Movie lalat.
1. Black and Blue 2019.
2. Silverton Siege 2022
3. The Liberator 2020

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 28, 2022

BEAUTIFUL GODDAMN DAY

Telur kampung at Speemart 99 @2022
Khamis,28 April 2022.

Pergi kedai senang dan mudah 7-11.
Telur tiada.

Pergi kedai Laju 99.
Hanya telur kampung sepeket.
Tidak jadi beli.
Pergi ke kedai runcit biasa.
Kedai runcit yg satu sudah ditutup.

Pergi kedai runcit satu lagi.
Baru berjumpa telur biasa-biasa murahan.

Ooh.
Seharian melayan movie Netflix.
Banyak movie yg tidak habis ditonton kerana kebosanan.
Cerita yg tidak penuhi citarasa wak.

Movie lalat. 
Sand Castle 2017. "After asking MacGregor if it is a beautiful day for the infantry and receiving an enthusiastic affirmation, he boards the plane. "

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 27, 2022

THE FIRST IN LINE, BUT

Kat negeri Arab pun takde jual fresh kurma @2022 Lotus's IOI City Mall

 Rabu, 27 April 2022.

Kelmarin ada orang beritahu.
Duit raya baharu akan diedarkan di BSN itu.
Kaunter dibuka pada hari ini (Rabu).

8.10am sudah tercegat di pintu bank. Pintu masih tutup. Masuk ke mesin ATM. Keluarkan duit tapi kad ditendang.

8.20am lepak2 diluar laman bank. Layan makcik cleaner Indonn membebel pasal kerja dan kerenah mandor dia.

8.50am beratur didepan pintu kaca bank.

9.01am pintu bank dibuka tapi kena tunggu jam 9.30am untuk duit baharu. Tiba2 cikkiah kat kaunter sudah kecoh2 kata duit bermula jam 10.30am pula. 

9.08am Wak teringat pesan orang tua2. Kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita. Jadi wak ada idea sementara tunggu. 

9.11am ambil no giliran beli SSP. Terus dipanggil ke kaunter 2. Abam kaunter kata dia cuba tolong dapatkan duit baharu. Wak berikan slip pengeluaran duit. Jadi tidak perlu tunggu. Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.

9.30am abam kaunter suruh tunggu sejam lagi.

10.30am masih tiada apa2 berita dari kaunter.

10.49am pegawai mula serahkan borang slip pengeluaran duit. Tapi kata sudah berikan kepada abam kaunter. Orangramai mula beratur.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Apr 26, 2022

DUIT RAYA SUDAH HABIS

Bamboo entrance @2022 Alamanda Putrajaya
Selasa, 26 April 2022.

Sebenarnya wak malas mahu keluar hari ini.
Tapi ada sahaja orang yg mahu pesan duit raya yg baharu.

Pergi Maybank pun mamat yg duduk depan itu berkata.
"Duit raya dah habis wak, raya pun dah nak dekat."
Yo wes lah.

Petang pula tersangkut lama melekat selepas plaza tol yg ada roundabout itu.

Aduhai.
Nasib juga sempat singgah di param beli juadah berbuka puasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MUTIARA RINI FREEHOLD APARTMENT FOR SALE 2025

  Adakah anda masih mencari rumah idaman anda Berhampir dengan Second Link telah melancarkan projek baharu Lokasi yang sangat Cantik Anda...