![]() |
| aQi, yaasir, & aNas @2022 |
Khamis, 5 Mei 2022.
Semalam petang, adinda wak dari kampung sampai.
Bersama2 4 orang anak2nya.
![]() |
| A midnight call from USA @2022 |
Selasa, 3 Mei 2022.
Sebenarnya minggu lepas wak terima emel.
Dari pemburu kepala (head hunters) dari Amerika.
Agak pelik - 2 ejen (India) dari syarikat yg sama.
Untuk jawatan kerja yg berbeza.
Di lokasi yg berbeza.
Satu di Houston, Texas.
Satu lagi di Phoenix, Arizona - dekat dengan sekolah wak dulu2.
Walaupun seperti scammer.
Tapi wak sudah pun balas emel masing2.
Tengah malam tadi, ejen no 2 sudah panggil.
Nombor tertera datang dari New Mexico.
Tanya beberapa soalan.
Dan wak beritahu wak tiada visa US lagi.
Movie lalat.
The Sum of All Fears 2002.
I Am Mother 2019.
Beckett 2021.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| A minbar is a pulpit in a mosque where the imam stands to deliver sermons. @2022 |
Isnin, 2 Mei 2022.
Masih entri 10 hari terkebelakang ya.
Selamat hariraya maaf zahir batin.
Sepatutnya hariraya bermula Selasa (lusa).
Tapi malam tadi sudah huru hara satu negara.
Bila penyimpan mohor besar diraja umum raya hari ini (Isnin).
Pagi tadi bersolat sunat aidilfitri di mesjid besar BSA.
Dengan anak2 lanang yg itu.
Movie lalat.
In the Line of Fire 1993. Clint Eastwood
The Informer 2019. Joel Kinnaman
Argo 2012. Ben Affleck
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Welcome home @2022 |
Sabtu, 30 April 2022.
Pagi tadi jam 10.30am sudah ke poliklinik penawar.
Untuk dicucuk boaster.
2 dos Sinovac + AZ (Astra Zeneca) = 94 peratus keberkesanan vaksin.
Gratis.
Selepas itu ke Mydin membeli barangan dapur.
Sambung tidur.
Petang pula ke Permas Jaya membeli apam balik dan sebongkah berlian.
Dan pulang singgah di param (pasar ramadan) berdekatan.
Beli juadah berbuka puasa.
Movie lalat.
The Lost Daughter 2021.
Croupier 1998.
Donnie Brasco 1997.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Telur kampung at Speemart 99 @2022 |
![]() |
| Kat negeri Arab pun takde jual fresh kurma @2022 Lotus's IOI City Mall |
Rabu, 27 April 2022.
Kelmarin ada orang beritahu.
Duit raya baharu akan diedarkan di BSN itu.
Kaunter dibuka pada hari ini (Rabu).
8.10am sudah tercegat di pintu bank. Pintu masih tutup. Masuk ke mesin ATM. Keluarkan duit tapi kad ditendang.
8.20am lepak2 diluar laman bank. Layan makcik cleaner Indonn membebel pasal kerja dan kerenah mandor dia.
8.50am beratur didepan pintu kaca bank.
9.01am pintu bank dibuka tapi kena tunggu jam 9.30am untuk duit baharu. Tiba2 cikkiah kat kaunter sudah kecoh2 kata duit bermula jam 10.30am pula.
9.08am Wak teringat pesan orang tua2. Kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita. Jadi wak ada idea sementara tunggu.
9.11am ambil no giliran beli SSP. Terus dipanggil ke kaunter 2. Abam kaunter kata dia cuba tolong dapatkan duit baharu. Wak berikan slip pengeluaran duit. Jadi tidak perlu tunggu. Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.
9.30am abam kaunter suruh tunggu sejam lagi.
10.30am masih tiada apa2 berita dari kaunter.
10.49am pegawai mula serahkan borang slip pengeluaran duit. Tapi kata sudah berikan kepada abam kaunter. Orangramai mula beratur.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Bamboo entrance @2022 Alamanda Putrajaya |
![]() |
| Nikon Tumbler @2022 |
Isnin, 25 April 2022.
Terima tumbler (termos) Nikon yg wak pesan dari shopee.
Memang teringin mahu pakai tumbler masa kerja di offshore.
Walaupun mahal (RM99), tapi nostalgia dulu2 masa hobi fotografi menggamit kenangan.
[+ Nescafe in a Nikon Lens Tumbler - 2015]
[+ Untung sabut timbul - 2013]
Movie lalat.
Keluarga 69 (1967).
Blog bukanlah hakmilik kekal.