![]() |
| On Jalan Tun Razak @2022 |
Jumaat, 29 April 2022.
Wak ambil anak wedok di rumah sewa di Gurney Height.
Dan terus balik ke gagang.
Movie lalat.
1. Black and Blue 2019.
2. Silverton Siege 2022
3. The Liberator 2020
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Telur kampung at Speemart 99 @2022 |
![]() |
| Kat negeri Arab pun takde jual fresh kurma @2022 Lotus's IOI City Mall |
Rabu, 27 April 2022.
Kelmarin ada orang beritahu.
Duit raya baharu akan diedarkan di BSN itu.
Kaunter dibuka pada hari ini (Rabu).
8.10am sudah tercegat di pintu bank. Pintu masih tutup. Masuk ke mesin ATM. Keluarkan duit tapi kad ditendang.
8.20am lepak2 diluar laman bank. Layan makcik cleaner Indonn membebel pasal kerja dan kerenah mandor dia.
8.50am beratur didepan pintu kaca bank.
9.01am pintu bank dibuka tapi kena tunggu jam 9.30am untuk duit baharu. Tiba2 cikkiah kat kaunter sudah kecoh2 kata duit bermula jam 10.30am pula.
9.08am Wak teringat pesan orang tua2. Kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita. Jadi wak ada idea sementara tunggu.
9.11am ambil no giliran beli SSP. Terus dipanggil ke kaunter 2. Abam kaunter kata dia cuba tolong dapatkan duit baharu. Wak berikan slip pengeluaran duit. Jadi tidak perlu tunggu. Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.
9.30am abam kaunter suruh tunggu sejam lagi.
10.30am masih tiada apa2 berita dari kaunter.
10.49am pegawai mula serahkan borang slip pengeluaran duit. Tapi kata sudah berikan kepada abam kaunter. Orangramai mula beratur.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Bamboo entrance @2022 Alamanda Putrajaya |
![]() |
| Nikon Tumbler @2022 |
Isnin, 25 April 2022.
Terima tumbler (termos) Nikon yg wak pesan dari shopee.
Memang teringin mahu pakai tumbler masa kerja di offshore.
Walaupun mahal (RM99), tapi nostalgia dulu2 masa hobi fotografi menggamit kenangan.
[+ Nescafe in a Nikon Lens Tumbler - 2015]
[+ Untung sabut timbul - 2013]
Movie lalat.
Keluarga 69 (1967).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Driving Saga without insurance nor roadtax @2022 |
Ahad, 24 April 2022.
Pagi tadi (eh, sebenarnya sudah jam 11am).
Wak temankan bini wak (yg itu) ke Kipmart.
Bila sampai, ramainya orang ramai.
Kereta nak parking ke dalam pun sesak.
Sampai bini wak suruh patah balik dan datang esok.
Ghisau ghisau pasal parking, pasal troli.
Wak suruh bersabar sahaja sebab sudah sampai kann.
Sementara bini wak (yg itu) sibuk membeli ayam, daging dan sayuran basah.
Wak pun bergegas dan kena beratur pula untuk keluarkan wang di mesin ATM.
Petang wak berlarian lagi ke bandar koboi itu.
Bersama anak lanang mencari kedai spare-parts dan hardware.
Kedai spare-part mencari lampu kereta cikbibah pepel.
Kedai hardware untuk mencari pili air bilik mandi.
Ondway balik, singgah di Lotus's untuk beli air botol.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| A Grabfood rider @2022 |
Sabtu, 23 April 2022.
Olehkerana cikputih sudah boleh berlarian.
Maka wak pun terus pulang ke gagang pagi ini.
Nota lalat.
Wak perasan bila balik ke Malaysia ini.
Agak lambat buka blog wak bila guna henfon.
Kena tunggu iklan dulu seminit dua.
Sehingga ada rakan blogger yg komplen.
Wak minta maaf ya.
Harap kawan2 dapat bersabar juga.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Alan Adlan Dentist @2022 |
![]() |
![]() |
| KL Tower view @2022 |
Khamis, 21 April 2022.
Cadang mahu pulang ke Masai.
Tapi cikputih bermasalah pula.
Masalahnya ialah problem.
Petang berlarian ke PJ untuk iftar.
BERGADANG JANGAN
Malam tadi jam 10pm waktu tempatan.
Tiba2 Mgr pak DDI dari offshore buat panggilan.
Minta tolong siapkan 2 kerja.
"Urgent wak, " rayunya.
Wak pun tanya boleh claim waktu kerja ataupun tidak.
Sekarang kan secara kontraknya wak sedang beristiharat lebih 30 hari.
"Boleh, " balasnya lagi.
GIGI BERLUBANG
Sudah lama gusi wak berasa kesakitan.
Disebabkan sudah lama tidak dicuci dan ditampal.
Tapi malam tadi memang paling parah.
Sehingga wak sapu ubat gigi Pepsodyne.
Nasib baik juga boleh terlelap ketiduran sebab jet lag tahap akhir.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Kampung Sungai Haji Dorani @2022 |
Selasa, 19 April 2022.
Hari Nuzul Quran dan cuti umum.
Pagi tadi kepala wak tingtong lah pula.
Tidur dari pagi selepas solat subuh sehingga tengahari.
Jet lag lah kata kan.
Hari ini tiada kemasukan emel dari boss atau sesiapa berkenaan kerja.
Jadi wak releks biasa2 sahaja.
Mahu sambung tidur disebelah petang.
Tapi tidak mengantuk pula.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Kampung Sungai Limau @2022 |
![]() |
| Kampung Sungai Limau @2022 |