![]() |
| Time to break fasting @2022 |
Ahad, 3 April 2022.
Doha, Qatar (Offshore).
Hari kedua berpuasa di Qatar.
Dan kaum kerabat mula berpuasa di gagang.
Petang semalam, Mgr Pak DDI sudah berpesan.
Untuk simpankan buah2an (hidangan tea-break) dalam laci dia.
![]() |
| Sahur on the barge this morning @2022 |
Sabtu, 2 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).
Hari ini sudah bermula puasa di Qatar.
Manakalah di Msia bermula esok.
Pagi2 tadi wak sudah bangun awal jam 2am.
Bila pergi ke kantin, tingkap hidangan makanan belum dibuka.
Jam 3am wak pergi sekali lagi.
Dan memang baru dibuka dan ramai orang sudah beratur.
THE MEANING OF WATCH
Pagi tadi Mgr pak DDI sudah bertanya.
Perkataan bahasa Inggeris untuk jam tangan, yakni "watch".
JUST PLAY DUMB
Pagi tadi juga borak2 dgn master LIM yg baru habis shift malam.
Cerita pasal rakan2 lain yg habis kontrak dan sedang mencari kerja.
Wak pun bcukur dan tidak sangka boleh bertahan sehingga sekarang.
"Wak orang yg penyabar," kata master LIM.
"Atau mungkin wak buat2 bodoh sahaja," jawab wak gelak2.
HIGH COMMODITY PRODUCT
Tadi sebelum balik ke bilik kabin untuk noon nap.
Wak singgah ke bilik Campboss.
Yakni kedai jual pelbagai barang keperluan.
Wak nak tanya ubat gigi yg hampir kehabisan.
Sepuluh riyal satu.
Kalau listerin harga 20 riyal.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| On starboard @2022 |
Jumaat, 1 April 2022.
Doha, Qatar (Offshore).
Masih diari 10 hari terkebelakang ya.
Esok sudah mula berpuasa.
InsyaAllah.
MISS MY FRIDAY PRAYER
Tengahari tadi wak noon nap seperti biasa dalam bilik kabin.
Terlupa hari ini ada solat jumaat.
Terkejar2 juga ke surau walaupun tahu penuh.
Tunggu di luar surau dengan beberapa orang lain sehingga khutbah tamat.
Walaupun tidak kedengaran suara khatib.
Usai khutbah, memang tidak dapat masuk sebab sudah penuh.
Wak terus naik ke bilik kabin untutk solat zohor.
Sambil ambil beg pakaian yg sudah dicuci di bilik pingpong.
WRONG CALENDAR
Wak ingat puasa di Msia bermula esok, Sabtu 2hb.
Siap beri ucapan selamat berpuasa pada kaum kerabat.
Sebab wak pakai kalendar kuda yg lama.
Tapi Qatar (dan negara Arab) memang sudah bermula puasa esok.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Persian Gulf sunset just now @2022 |
Khamis malam Jumaat, 31 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).
DAILY ROUTINE
Pagi2 tadi usai solat subuh.
Wak terus bergegas naik ke kabin pejabat.
Perbetulkan kerja2 potong rumput yg mendesak.
Kemudian turun ke kantin untuk sarapan.
Kemudian barulah masuk ke kabin bilik dan mandi bugil.
TO HAVE MANY WIVES IS AN OPTION, NOT COMPULSORY
Petang tadi borak2 dengan mas FIR.
Mamat PTW Indon.
Wak tanya samada dia masih jomblo.
Dia kata, "aku sudah ada satu anak."
"Bininya juga satu," sambung dia.
I MISSED CHARLIE MENU
Petang kelmarin wak makan semeja dengan mamat2 Vietnam, UNG dan INH.
Mereka bertanya juga perbandingan menu makanan di pelantar sini (E) dengan di C.
Mereka pula lebih suka menu disini.
Wak dengan jujurnya lebih suka makanan di pelantar C.
Walaupun disini ada masakan Indon.
Cara hidangan juga berbeza.
Setiap pagi tiada telur dadar dalam pinggan disediakan.
HE KNOWS OUR HISTORY VERY WELL
Mamat Vietnam UNG PTW itu tahu cerita sejarah perpisahan Singapura dari negara Malaysia.
Dia ada baca buku Lee Kuan Yew.
Dia kata LKY menyesal sebab dihalau keluar dari Msia.
DIa kata LKY mahukan samarata semua kaum.
Manakala Tunku mahu Melayu dinaiktaraf dibumi sendiri.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Sunrise this morning @2022 |
Rabu, 30 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).
Pensyarah viral hari ini gara2 perlekehkan pelajar B40 tak mampu nak beli laptop.
PICK, PEEK OR PEAK
Sore tadi pak DDI CSR yg duduk disebelah kanan wak itu sudah bertanya.
Mencari2 perkataan Inggeris yg sesuai.
Sebab pak DDI sedang mengarang surat.
Dia cuba terjemahkan bahasa Indon walaupun selalu dengar perkataan "peak".
Bukan "pick", "peek" atau "peck".
Contoh ayat, sekarang jabatan sedang dalam keadaan kerja yg tinggi.
Makan malam hari ini ada seafood. Tapi ramailah pula orang beratur dalam kantin. Nasib baik dapatlah juga merasa udang galah lobster itu. Kek macam2 jenis pun ada.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
![]() |
![]() |
| Seabird @2022 |
Isnin, 28 Mac 2022. Doha, Qatar (Offshore).
Hari ini angin laut makin kencang.
Lebih 40 knots.
Ombak juga masih mengganas.
Kerja² di pelantar dihentikan sementara.
Ramai pekerja dilapangan (site) yg lepak, tidur dan goyang telor memasing dalam bilik kabin masing².
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| My lunch today at 12.27pm @2022 |
Ahad, 27 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).
PM WITH FULL SCANDAL
Borak² lagi dengan mamat Vietnam UNG PTW.
Pasal perang Vietnam dengan Kemboja.
Dan perang dengan Cina.
Dia amat tahu sejarah negaranya dgn baik.
Tidak seperti sesetengah rakyat negara Msia.
Dan dia kenal siapa mantan PM yg ada skandal 1MDB.
Dan isteri PM itu yg gila mengumpul emas dan perak utk diri sendiri.
Juga kagum dgn mantan PM yg membangunkan Malaysia.
PHU QUOC ISLAND
Borak2 lagi dgn UNG PTW.
Pasal skim persaraan di Vietnam, berbanding di Msia.
Walaupun kerajaan komunis ada menyediakan skim seperti KWSP.
Tapi byk syarat ketat yg diberikan.
Bila umur 65 tahun, hanya 70% sahaja boleh dikeluarkan oleh pekerja.
Dan jika pekerja mati sebelum itu, wang itu tidak boleh dipindahmilik kepada waris.
Juga UNG tunjukkan ada rakan sekerja beliau TON yg sedang bercuti di pulau Phu Quoc.
Pulau yg terletak di selatan berhampiran Kemboja.
Pantai yg cantik seperti Phuket dan Pulau Perhentian.
HIGH WIND STOPPING WORKS
Hari ini angin kuat dan ombak tinggi.
Kerja2 dihentikan bila angin laut melebihi 38knots.
Semua kerja2 di pelantar dihentikan buat sementara atas faktor keselamatan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| My dinner this evening at 5.30pm @2022 |
Sabtu, 26 Mac 2022. Doha, Qatar (Offshore).
RAMADHAN COMING SOON
Lagi seminggu mahu bermula puasa.
Semoga dipermudahkan.
Aminn ya robbal alamein.
NEXT TO ENGINE ROOM
Keadaan di kapal BUR ini agak tidak nyaman.
Disebabkan gegaran enjin.
Sudahlah bilik tidur pun disebelah bilik mesin.
Dan bila duduk dan buat kerja di kabin pejabat ditingkat atas.
Pun rasa gegaran atas dan bawah juga.
OUR THIRD WORLD COUNTRY
Pagi tadi mamat PTW Vietnam (UNG) itu ada bertanya.
KOPIAH yg dipakai oleh mamat Indon (xtau nama).
"Bunyi seperti coffee," wak terangkan.
Juga, kami borak2 pasal ekonomi negara.
UNG bertanya harga rumah teres 2 tingkat diluar bandaraya KL spt di Ampang.
"Harga rumah teres 3 bilik lebih kurang RM600K," wak beritahu.
"Kalau di Vietnam, rumah yg sama boleh mencecah 3 kali ganda," kata UNG.
Rata2 kadar kos kehidupan di Vietnam adalah tiga kali ganda mahal
Manakala pendapatan rakyat Vietnam adalah tiga kali lebih rendah.
Contoh, harga minyak petrol di Vietnam adalah RM6 seliter berbanding RM2 di Msia.
"Dan kita rakyat Msia masih ramai yg tidak bersyukur," keluh wak.
"Yah, " UNG ketawa.
"Dan orang yg kaya biasa ada kabel dengan orang politik," rungut UNG.
Selain daripada diatas, beberapa barangan yg murah di Vietnam.
Internet, air arak (alkohol) dan rokok adalah tersangat murah disana.
"Sebab tu ramai org Vietnam mati awal sbb mabuk, kemalangan dan sakit jantung," kata UNG.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Kalendar Kuda on my home screen @2022 |
Jumaat, 25 Mac 2022. Doha, Qatar (Offshore).
Usai solat Isyak malem tadi.
Mat Indon EDI (IT) borak2 masa keluar dari surau.
Dia gembira dengan keadaan surau disini berbanding surau pelantar C.
Sebab pak imam Afrika (Kenya) yg hafiz.
Wak mengiyakan sahaja.
Esoknya sudah hari jumaat.
Tapi wak kok sudah 2 kali solat Subuh berjemaah tidak baca doa qunut sebab terlupa.
THE FATHER OF ALL STUPIDS
Khutbah solat jumaat hari oleh imam Kenya itu lagi.
Tajuk khutbah tentang abu jahal.
Sebelum solat jumaat tadi, makan di kantin.
Walaupun menu nasi beriani tapi wak pilih nasi putih sebab ada tomyam seafood.
Aiskrim pun ada.
AN OFFER YOU CANNOT RESIST
2 minggu lepas, ejen ANN ada panggil wak.
Ejen ANN mahu offer wak kerja di syarikat lain.
Wak kata okeh sahaja dan serahkan resume seperti biasa.
Tadi semasa di kantin, ejen ANN hantar mesej lagi.
Katanya mahu wak kerja di kandang kerbau (Temasek) pula.
Tapi kontrak wak disini hanya disambung sebulan lagi.
Walaupun bos besar sudah janji mahu sambung kontrak wak sehingga bulan Jun.
Kita lihat sahajalah nanti apa yg akan berlaku.
Aminn, semoga dipermudahkan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| You're beautiful @2022 |
Khamis malam jemuah, 24 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).
KHONG CO GI
Pagi tadi adalah mamat Indon borak2 pasal kerja dgn mamat PTW YEN (Vietnam) sebelah wak.
Wak tahu nak ucap terimakasih dlm bahasa Vietnam.
Tapi hati ini wak belajar lagi satu ayat Vietnam bermaksud sama2.
Yakni Kong Co Gi, disebut kong ko zi gitu.
Boleh tanya mbah google.