Apr 2, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 71

Sahur on the barge this morning @2022

 Sabtu, 2 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Hari ini sudah bermula puasa di Qatar.
Manakalah di Msia bermula esok.

Pagi2 tadi wak sudah bangun awal jam 2am.
Bila pergi ke kantin, tingkap hidangan makanan belum dibuka.
Jam 3am wak pergi sekali lagi.
Dan memang baru dibuka dan ramai orang sudah beratur.

THE MEANING OF WATCH
Pagi tadi Mgr pak DDI sudah bertanya.
Perkataan bahasa Inggeris untuk jam tangan, yakni "watch".

JUST PLAY DUMB
Pagi tadi juga borak2 dgn master LIM yg baru habis shift malam.
Cerita pasal rakan2 lain yg habis kontrak dan sedang mencari kerja.
Wak pun bcukur dan tidak sangka boleh bertahan sehingga sekarang.
"Wak orang yg penyabar," kata master LIM.
"Atau mungkin wak buat2 bodoh sahaja," jawab wak gelak2.

HIGH COMMODITY PRODUCT
Tadi sebelum balik ke bilik kabin untuk noon nap.
Wak singgah ke bilik Campboss.
Yakni kedai jual pelbagai barang keperluan.
Wak nak tanya ubat gigi yg hampir  kehabisan.
Sepuluh riyal satu.
Kalau listerin harga 20 riyal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 1, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 70

On starboard @2022

 Jumaat, 1 April 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Masih diari  10 hari terkebelakang ya.
Esok sudah  mula berpuasa. 
InsyaAllah.

MISS MY FRIDAY PRAYER
Tengahari tadi wak noon nap seperti biasa dalam bilik kabin.
Terlupa hari ini ada solat jumaat.
Terkejar2 juga ke surau walaupun tahu penuh.
Tunggu di luar surau dengan beberapa orang lain sehingga khutbah tamat.
Walaupun tidak kedengaran suara khatib.
Usai khutbah, memang tidak dapat masuk sebab sudah penuh.
Wak terus naik ke bilik kabin untutk solat zohor.
Sambil ambil beg pakaian yg sudah dicuci di bilik pingpong.

WRONG CALENDAR
Wak ingat puasa di Msia bermula esok, Sabtu 2hb.
Siap beri ucapan selamat berpuasa pada kaum kerabat.
Sebab wak pakai kalendar kuda yg lama.
Tapi Qatar (dan negara Arab) memang sudah bermula puasa esok.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 69

Persian Gulf sunset just now @2022

Khamis malam Jumaat, 31 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

DAILY ROUTINE
Pagi2 tadi usai solat subuh.
Wak terus bergegas naik ke kabin pejabat.
Perbetulkan kerja2 potong rumput yg mendesak.

Kemudian turun ke kantin untuk sarapan.
Kemudian barulah masuk ke kabin bilik dan mandi bugil.

TO HAVE  MANY WIVES IS AN OPTION, NOT  COMPULSORY
Petang tadi borak2 dengan mas FIR.
Mamat PTW Indon.
Wak tanya samada dia  masih jomblo.
Dia kata, "aku sudah ada satu anak."
"Bininya  juga satu," sambung dia.

I MISSED CHARLIE MENU

Petang kelmarin wak makan semeja dengan mamat2 Vietnam, UNG dan INH.
Mereka bertanya juga perbandingan menu makanan di pelantar sini (E) dengan di C.
Mereka pula lebih suka menu disini.
Wak dengan jujurnya lebih suka makanan di pelantar C.
Walaupun disini ada masakan Indon.
Cara hidangan juga berbeza.
Setiap pagi tiada telur dadar dalam pinggan disediakan. 

HE KNOWS OUR HISTORY VERY WELL

Mamat Vietnam UNG PTW itu tahu cerita sejarah perpisahan Singapura dari negara Malaysia.
Dia ada baca  buku Lee Kuan Yew.
Dia kata LKY menyesal sebab dihalau keluar dari Msia.
DIa kata LKY mahukan samarata semua kaum.
Manakala Tunku mahu Melayu dinaiktaraf dibumi sendiri.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Mar 31, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 68

Sunrise this morning @2022

 Rabu, 30 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Pensyarah viral hari ini gara2 perlekehkan pelajar B40 tak mampu nak beli laptop.

PICK, PEEK OR PEAK
Sore tadi pak DDI CSR yg duduk disebelah kanan wak itu sudah bertanya.
Mencari2 perkataan Inggeris yg sesuai.
Sebab pak DDI sedang mengarang surat.
Dia cuba terjemahkan bahasa Indon walaupun selalu dengar perkataan "peak".
Bukan "pick", "peek" atau "peck".
Contoh ayat, sekarang jabatan sedang dalam keadaan kerja yg tinggi.

Makan malam hari ini ada seafood. Tapi ramailah pula orang beratur dalam kantin. Nasib baik dapatlah juga merasa udang galah lobster itu. Kek macam2 jenis pun ada. 

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Mar 30, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 67

Sunrise Sunset this evening @2022


Selasa, 29 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Tiada yg menarik hari ini.
Jam 11am, pak DDI suruh wak hadiri mesyuarat.
Waktu makan tengahari itu.
Jadi wak lambatlah nak noon nap.

Banyak urusan kerja potong rumput hari ini.

Ralat lalat. Foto diatas ialah gambar sunset ya, bukan sunrise. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Mar 28, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 66

Seabird @2022

 Isnin, 28 Mac 2022. Doha, Qatar (Offshore).

Hari ini angin laut makin kencang.
Lebih 40 knots.
Ombak juga masih mengganas.
Kerja² di pelantar dihentikan sementara.
Ramai pekerja dilapangan (site) yg lepak, tidur dan goyang telor memasing dalam bilik kabin masing².


Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Mar 27, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 65

My lunch today at 12.27pm @2022

 Ahad, 27 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

PM WITH FULL SCANDAL
Borak² lagi dengan mamat Vietnam UNG PTW.
Pasal perang Vietnam dengan Kemboja.
Dan perang dengan Cina.
Dia amat tahu sejarah negaranya dgn baik.
Tidak seperti sesetengah rakyat negara Msia.
Dan dia kenal siapa mantan PM yg ada skandal 1MDB.
Dan isteri PM itu yg gila mengumpul emas dan perak utk diri sendiri.
Juga kagum dgn mantan PM yg membangunkan Malaysia.

PHU QUOC ISLAND
Borak2 lagi dgn UNG PTW.
Pasal skim persaraan di Vietnam, berbanding di Msia.
Walaupun kerajaan komunis ada menyediakan skim seperti KWSP.
Tapi byk syarat ketat yg diberikan.
Bila umur 65 tahun, hanya 70% sahaja boleh dikeluarkan oleh pekerja.
Dan jika pekerja mati sebelum itu, wang itu tidak boleh dipindahmilik kepada waris. 

Juga UNG tunjukkan ada rakan sekerja beliau TON yg sedang bercuti di pulau Phu Quoc.
Pulau yg terletak di selatan berhampiran Kemboja.
Pantai yg cantik seperti Phuket dan Pulau Perhentian.

HIGH WIND STOPPING WORKS
Hari ini angin kuat dan ombak tinggi.
Kerja2 dihentikan bila angin laut melebihi 38knots.
Semua kerja2 di pelantar dihentikan buat sementara atas faktor keselamatan.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 64

My dinner this evening at 5.30pm @2022

 Sabtu, 26 Mac 2022. Doha, Qatar (Offshore).

RAMADHAN COMING SOON
Lagi seminggu mahu bermula puasa. 
Semoga dipermudahkan. 
Aminn ya robbal alamein.

NEXT TO ENGINE ROOM
Keadaan di kapal BUR ini agak tidak nyaman.
Disebabkan gegaran enjin.
Sudahlah bilik tidur pun disebelah bilik mesin.
Dan bila duduk dan buat kerja di kabin pejabat ditingkat atas.
Pun rasa gegaran atas dan bawah juga.

OUR THIRD WORLD COUNTRY
Pagi tadi mamat PTW Vietnam (UNG) itu ada bertanya.
KOPIAH yg dipakai oleh mamat Indon (xtau nama).
"Bunyi seperti coffee," wak terangkan.

Juga, kami borak2 pasal ekonomi negara.
UNG bertanya harga rumah teres 2 tingkat diluar bandaraya KL spt di Ampang.
"Harga rumah teres 3 bilik lebih kurang  RM600K," wak beritahu.
"Kalau di Vietnam, rumah yg sama boleh mencecah 3 kali ganda," kata UNG.
Rata2 kadar kos kehidupan di Vietnam adalah tiga kali ganda mahal
Manakala pendapatan rakyat Vietnam adalah tiga kali lebih rendah.
Contoh, harga minyak petrol di Vietnam adalah RM6 seliter berbanding RM2 di Msia.
"Dan kita rakyat Msia masih ramai yg tidak bersyukur," keluh wak.
"Yah, " UNG ketawa.
"Dan orang yg kaya biasa ada kabel dengan orang politik," rungut UNG.

Selain daripada diatas, beberapa barangan yg murah di Vietnam.
Internet, air arak (alkohol) dan rokok  adalah tersangat murah disana.
"Sebab tu ramai org Vietnam mati awal sbb mabuk, kemalangan dan sakit jantung," kata UNG.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Mar 25, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 63

Kalendar Kuda on my home screen @2022

 Jumaat, 25 Mac 2022. Doha, Qatar (Offshore).

Usai solat Isyak malem tadi.
Mat Indon EDI (IT) borak2 masa keluar dari surau.
Dia gembira dengan keadaan surau disini berbanding surau pelantar C.
Sebab pak imam Afrika (Kenya) yg hafiz.
Wak mengiyakan sahaja. 
Esoknya sudah hari jumaat.
Tapi wak kok sudah 2 kali solat Subuh berjemaah tidak baca doa qunut sebab terlupa.

THE FATHER OF ALL STUPIDS

Khutbah solat jumaat hari oleh imam Kenya itu lagi.
Tajuk khutbah tentang abu jahal.
Sebelum solat jumaat tadi, makan di kantin.
Walaupun menu nasi beriani tapi wak pilih nasi putih sebab ada tomyam seafood.
Aiskrim pun ada.

AN OFFER YOU CANNOT RESIST

2 minggu lepas, ejen ANN ada panggil wak.
Ejen ANN mahu offer wak kerja di syarikat lain.
Wak kata okeh sahaja dan serahkan resume seperti biasa.
Tadi semasa di kantin, ejen ANN hantar mesej lagi.
Katanya mahu wak kerja di kandang kerbau (Temasek) pula.
Tapi kontrak wak disini hanya disambung sebulan lagi.
Walaupun bos besar sudah janji mahu sambung kontrak wak sehingga bulan Jun.
Kita lihat sahajalah nanti apa yg akan berlaku.
Aminn, semoga dipermudahkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 62

You're  beautiful @2022

 Khamis malam jemuah, 24 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

KHONG CO GI

Pagi tadi adalah mamat Indon borak2 pasal kerja dgn mamat PTW YEN (Vietnam) sebelah wak.
Wak tahu nak ucap terimakasih dlm bahasa Vietnam.
Tapi hati ini wak belajar lagi satu ayat Vietnam bermaksud sama2.
Yakni Kong Co Gi, disebut kong ko zi gitu. 
Boleh tanya mbah google.

Pagi tadi juga wak pergi ke pelantar pasal kerja.
Memang cadang mahu ke pelantar C (disini).
Tapi ditengah jambatan tidak dibenarkan masuk pula.
Sebab ada aktiviti tarik kabel di pelantar G itu.
Mungkin wak akan pergi selepas makan siang. 

Sebelum pergi tadi, wak tak jumpa pula helm, cermin mata, penyumbat telinga dan sarung tangan.
Wak letak semua itu dlm kotak.
Nasib baik terjumpa yg sama, orglain punya tapi. 

HE CHANGES HIS MIND AGAIN

Semalam wak sudah siapkan satu emel untuk Supp KAR di pelantar C.
Sebab kelmarin (bukan semalam) Mgr pak DDI  sudah beritahu.
Akan lepaskan wak ke pelantar C sebab kerja pengangkatan berkurang disini.
Bila wak tunjukkan draf emel tadi.
Dia jadi kalut pula.
Dia boleh lepaskan wak balik kalau kerja2 pengangkatan akan selesai.
Rasanya lepas lebaran kot.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Mar 23, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 61

This morning view from the barge @2022

 Rabu, 23 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

WIFI FOR FREE

Kalau di kabin pejabat di tingkat 4 kami guna wifi GUEST - laju dan mulus.
Tapi masalahnya ialah problem bila mahu guna wifi dalam kabin bilik.
Kelmarin NUS (mamat Indon) sudah berikan password wifi WIFI5G.
Tapi tidak lancar dan selalu putus2.
Mahu layari web terlampau pun berjanggut tunggu - huhuhu.
Kemudian kebetulan mamat Indon IT (EDI) ada masuk ke kabin bilik.
Disambungkan ke wifi OFFICE5G tapi tidak tahan lama.
Semasa langsung tidak boleh sebab ditukar passwordnya.
Tadi nasib baik wak boleh lagi guna wifi WIFI5G.
Dan wak sambungkan untuk iphone roommate TAN.
Suka bebienor dia.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.