Nov 25, 2021

MESJID AGONG IMAM MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB MOSQUE

Mesjid Imam Muhammad bin Abdul Wahab Mosque @2021

Rabu petang.
Doha, Qatar.

Bulan lepas kan wak tak kesampaian untuk masuk ke mesjid agong ini. 
Mesjid Imam Muhammad bin Abdul Wahab Mosque.
[+ 21/10/21 Mission Unaccomplished]

Petang tadi wak sudah nekad.
Sebab wak percaya mesjid dibuka pada waktu solat sahaja.

Jadi tadi pukul 4.03pm wak pesan Uber dari apartment.
Tiba di gate masuk baru pukul 4.13pm.

Seperti dijangka, pakguard afrika itu sudah halau wak keluar.
Wak kata nak solat maghrib.
Pakguard afrika suruh datang  pukul 5pm.
Padahal waktu maghrib masuk pukul 4.46pm.
Jadi wak keluar dari kereta Uber dan berjalan keluar.
Jauh nun dihujung parkir.
Sebab pak guard sudah pekik2 dari tadi.

Kebetulan ada orang sedang belajar pandu drone.

Bila azan berkumandang, wak pun jalan masuk ke mesjid.
Ambil wuduk dibawah.
Tidak sempat nak join imam berjemaah.

Usai solat, wak ingat nak lepak2 sementara tunggu Isyak.
Tapi pakguard afrika yg satu lagi sudah halau wak keluar juga.
"Wak datang balik waktu Isyak nanti," katanya.

Terpaksalah wak terus keluar dari perkarangan mesjid.
Dan berjalan kaki balik ke apartment.
Nak pesan Uber pun wak kan tiada data.

Total damage: 11 riyal  (Uber) dan berjalan kaki balik sejauh 3km.

Nota lalat. Duit GKP untuk rakyat marhein dah masuk. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Nov 24, 2021

SKIP THE SUNRISE THIS MORNING

Good morning Doha @2021

 Rabu.
Doha, Qatar.

Hari ini wak agak sibuk.
Ada 2 mesyuarat tingkap.

Cuma mahu beritahu.
Pagi2 tadi wak sudah berlarian ketengah kota.
Tidak sampai ke tefian fantai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NO REASON NOT TO SOLAT

Sunset on Jalan Lusail @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Petang tadi wak  berlarian  terus ke stesen metro al-Qassar.
Berdekatan hotel mewah St Regis.
Limpas taman berdekatan jambatan al-Wahda itu.

Nov 23, 2021

THE FIRST MORNING DEW

City Center Mall, Doha, Qatar @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Pagi2 tadi wak perasan.
Ternampak seperti tanah dibasahi hujan.
Diluar tingkap apartment pun berkabus.

Jadi, wak pun bercadang berjalan ke tefian fantai.
Alone matcham biasa.

Tapi bila sampai di luar, tidaklah nampak air hujan.
Tanah pun kering.
Cuma cuaca  agak sejuk, yakni 23°C.

Sampai di fantai pun suasana agak lengang.

Bila berjalan balik dari fantai.
Nampaklah air menitis dari atap parkir kereta.
Mungkin embun sudah mula turun.
Lagipun sekarang kan mahu masuk musim winter.

Nota lalat. Pagi tadi (23/11) wak perasan roommate wak itu sudah keluar bawa beg roda.
Jadi, wak confirm kat REM utk masuk master bedroom yg agak besar.
Yg penting ada bilik air sekali - siap bathtub.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.