Semalam kan penulis terjumpa master Lim di stesen tram Msheireb. Dia ada beritahu mahu ke National Museum of Qatar (Doha) esoknya.
Penulis pun bersetuju. Walaupun tiket masuk sebanyak 50 riyal wajib dibeli atas talian sahaja. Lima puluh riyal tu bersamaan lima puluh tujuh ringgit - mahal juga.
Maka pagi tadii, jam 9 pagi waktu tempatan, kami pun berangkat ke sana. Naik tren metro di DECC ke stesen National Museum via Msheireb.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
================
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
Nota lalat. Dalam muzium tadi, Lim adalah komplen. Sebab mungkin dia selalu juga melawat muzium2 tempat lain. Dia kata, "kat sini takde headphone, kurang information pada objek2 yg dipamerkan." Wak pun setuju jugak.
Selepas selesai urusan melawat muzium negara Qatar. Lim kata dia mahu ke Villaggio Mall. Mula2 wak tak ingin nak ke mall itu. Tapi memandangkan hari masih terang, wak pun ikut Lim. Ini adalah kali kedua wak ke sini. Dan kali ini wak baru tahu ada bahagian mall di sebelah belakang yg bentuk bangunannya lagi menarik. "Besar juga mall ni ya, dan saya amat suka dengan design dan ukirannya," kata Lim dengan kagum. "Tapi," katanya lagi, "mungkin saya tak akan dtg lagi sini, takde yg menarik sangat selain gedung2 kedai jualan branded."
Sudah beberapa hari penulis layan drama Squid Games yg sedang viral sekarang ini di Netflix. Tanpa perlu melanggan saluran Netflix.
Semua ada 9 episod. Satu episod dlm 1 jam. Ada beberapa episod yg penulis langkaukan.
Secara peribadi, memang drama yg menarik. Asli dan sadis. Permainan kanak2 Korea yg dibuat oleh orang dewasa secara kejam.
Pengajaran dari Squid Game: bila kita miskin dgn hutang keliling pinggang, kita sanggup buat apa sahaja hatta untuk membunuh orang lain. Dan bila kita kaya raya sehingga bosan dan berbuat apa sahaja untuk hiburan semata-mata. Inilah kehidupan. Rating 9/10.
Amaran: tidak sesuai untuk tontonan kanak2 bawah umur.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Screenshot of Squid Game @2021
Nota lalat. Petang tadi wak pun berlarian lagi ke tefian fantai Corniche. Kali ini nampak agak ramai orangramai. Mungkin disebabkan esok adalah cuti hujung minggu disini. Sebenarnya wak nak jalan sampai ke tugu sculpture 7 segi yg boleh dilihat dari sini. Tapi nampaknya agak jauh dan kena lalu lingkaran ditefian jalanraya pula. Wak lepak2 sehingga sunset sebelum menapak pulang ke apartment. |
Satu hari penulis agak sibuk dengan urusan potong rumput ya.
Petang tadi, penulis berlarian ke mesjid berdekatan. Penulis pernah datang bersolat jemuah minggu lepas. Walaupun tadi sampai awal tapi pintu masjid belum dibuka lagi. Sepuluh minit sebelum azan maghrib baru mamat bangla tiba dan buka pintu.
Begitulah juga usai solat berjemaah. Sepuluh minit mamat bangla tutup lampu dalam dewan.
Walaupun waktu isyak bukanlah lama lagi. Mungkin disebabkan pandemik sekarang ini.
Dari mesjid tadi, penulis berlarian ke pusat belibelah didepan itu. Masuk Carrefoure mencari bekalan roti pita dan madu asli.
Petang usai solat asar, penulis terus berlarian ke Katara Twin Towers. Dari stesen metro DECC terus ke Legtaifiya. Penulis berjalan kaki sahaja limpas pusat belibelah Lagoona.