Aug 27, 2021

RUMAH BIRU KAMPUNG BARU

Jalan Salleh Kampung Baru KLCC @2021
Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah. 
Ini entri terkebelakang 10 hari ya. 

Tengahari tadi penulis sekali lagi berlarian ke KLCC.
Untuk mengambil kembali mesin pemotong rumput (baca, laptop)  yg baru dipulang minggu lepas.
Sebab bossku jadi hantar penulis ke seberang parit.
Dan kontrak disambung 6 bulan lagi.
Alhamdulillah - Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Dan hikmah dari kejadian itu.
Penulis boleh merentas negeri sewenang2 tanpa ke balai polis berdekatan.

Ooh.
Pasal rumah biru kampung baru itu.
Penulis singgah dahulu.
Sudah ada bangunan tinggi hampir menghalang pemandangan dari sini.
Berbanding tahun 2013 - belakang rumah ada KLCC.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 26, 2021

GREENER PASTURE IS STILL HERE

Greens today @2021
Tiada aktiviti yg menarik hari ini.
Petang tadi masih berjalanan dibelakang kampung sahaja.

Movie lalat. Kami 1982, lakonan Sudirman Hj Arshad.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 25, 2021

NGIDAM NASI KRAPOW

IOI City Mall @2021

Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah. 
Ini entri terkebelakang 10 hari ya. 

Tengahari penulis sudah berlarian ke pusat belibelah itu.
Tujuan nak makan nasi krapow siam.

Untuk kawan2 yg nak tengok nasi krapow yg lepas2 - sila KLIK.
Jgn ckp penulis tak payung. ;p

Movie lalat. Act 1978 (2020).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 24, 2021

LOOKING FOR GREENER PASTURES

New greens @2021


Tengahari ada temuduga tingkap.
Haruslah penulis mencari padang hijau yg baharu.
Semoga dipermudahkan urusan.
Amin ya robbal alamein.

Petang pula penulis berjalanan di belakang kampung seperti biasa.

Hafazan lalat. Surah al-thalaq 65:1-11. One more ayat to go.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 23, 2021

MERENTAS NEGERI DENGAN SURAT MITI

Petronas and Maxis towers @2021
Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah.
Ini entri terkebelakang 10 hari ya.

Tengahari tadi (Isnin) penulis sudah berlarian ke KLCC.
Tujuan untuk pulangkan mesin potong rumput (baca, laptop) milik ejen.

Sudah setahun setengah penulis bertugas memotong rumput dengan ejen yg ini.
Sejak bermula wabak penyakit virus covid-19 tahun lepas. 
Link: Amalan zikir sebelum temuduga.

Harap2 juga penulis tidak terus menanam anggur.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 22, 2021

REMPEYEK KACANG TANAH

Rempeyek kacang tanah @2021
Petang tadi sempat juga penulis berjalanan dibelakang kampung.

Ooh.
Pasal rempeyek kacang tanah.
Penulis beli di pasaraya Giant yg berlogo baharu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 21, 2021

PM TEPI SELAMANYA

Today sunset @2021
Petang tadi cuaca cerah.
Jadi bolehlah penulis berjalanan dibelakang kampung seperti biasa.

Pasal politik.
Semalam kita mendapat PM yg baharu.
Semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.
Aminn ya robbal alamein.

Movie lalat maraton.
Untuk yg nk tgk movie Afghan war.
Semalam penulis sudah marathon 4 movies pasal Afghanistan war.
Tak pandai nk review panjang2.
Ringkasannya begini, dgn rating peribadi.

Movie 1: 12 Strong (2018)
Perang antara 12 askar Amerika dgn ratusan taliban. Hebat kan tgk xde sorang pun mati. Tapi taliban bukan chaleng2. Action 7/10

Movie 2: The Outposts (2020)
Perang satu pos kawalan tentera amerika dgn ratusan taliban. Action 7/10

Movie 3: The Kill Team (2019)
Tiada sangat perang antara tentera amerika dgn taliban. Cuma drama pembunuhan yg tidak bermoral oleh tentera amerika terhadap orang kampung. Drama 7/10

Movie 4: Kajaki (2014)
Bukan perang antara tentera British dgn Taliban. Tapi bagaimana keadaan tentera British itu melawan musuh yg tidak disangka dan sangat kejam, iaitu periuk api. Drama 8/10



Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 20, 2021

KFC AND TORTILLO CHIPS

KFC Bangi @2021
Sekarang hujan turun tidak menentu.
Kadang pagi, kadang petang.
Kadang tengahari.
Kadang gerimis turun 13 minit sahaja.

Tengahari tadi penulis pun teringin mahu makan ayam kepci.
Dan beli jajan di Giant sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 19, 2021

START WALKING AT DAWN

Rainy morning day @2021
Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah.
Ini entri terkebelakang 10 hari ya.

Sudah beberapa hari hujan turun diwaktu petang.
Tidak boleh berlarian di belakang kampung.

Jadi tadi penulis pun cuba keluar rumah lebih awal.
Lepas subuh sepi-e.

Tapi hujan gerimis juga.
Jadi penulis bawa payung.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 18, 2021

AL QURAN AL KARIM AL FATIH PERKATA KOD TAJWID ARAB

al-Quran al-Fatih perkata @2021
Sudah dua hari berturut2 hujan lebat diwaktu petang.
Jadi penulis tidak keluar rumah juga.

Ooh.
Pasal mushaf al-Quran al-Karim perkata al-Fatih.
Penulis terima sebagai hadiah wakaf.
Berbulan2 masih tidak digunakan.
Jadi tadi penulis buka dan cuba menggunakannya.
Penulis suka mushaf ini kerana agak besar, iaitu bersaiz A4.
Ada terjemahan bahasa Melayu yg jelas untuk setiap perkataan.
Cuma tiada tulisan rumi.

Dan gambar2 mushaf al-quran ini penulis guna kamera DSLR lama.
Dengan lensa 35mm.

Hafazan lalat. Surah al-Thalaaq 65:1-4.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 17, 2021

RACE TO BE PM IS ON

Carwash after 3 months @2021.
Ini entri 10 hari lepas ya. 

Petang tadi hujan pula.
Jadi penulis tidak dapat berlarian di belakang kampung seperti biasa.
Yo wes.

Krisis politik negara makin meruncing.
Agar negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.
Amin ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SO SHE INVITED ME TO JOIN THE GROUP AND START HIKING

  Sabtu, 14 September 2024. Pagi tadi sudah berlarian mendaki bukit belakang rumah hinggap sahaja. Dengan kenalan di FB. Hujan lebat pula da...