|
Please hover your mouse to see before and after edit. |
Isnin, 14 Jun 2021.
Kelmarin penulis dikejutkan dengan bil air yg tiba2 melonjak tinggi.
Jadi penulis sudah panggil tukang paip (baca, plumber).
Tukang paip datang pagi tadi jam 10.
Rupanya paip diluar pagar telah bocor.
Tukang paip korek pakai tangan sahaja.
Bila diperiksa, cuma sesiku (elbow) yg bocor.
Upah tukang paip untuk kerja yg tidak sampai sejam ialah rm150.
Aduhai.
Bila tukang paip pulang.
Penulis lihat tangki atas siling sudah kotor sangat.
Jadi penulis buangkan air dahulu.
Untuk cuci cincai sahaja.
Tapi bila penulis isi kembali tangki sehingga penuh.
Pili air tidak keluar air pula didalam bilik air.
Mula2 ingat mahu panggil semula tukang paip yg tadi.
Tapi dengan upah yg mahal, penulis pun buat sendiri.
Penulis buka youtube. Baca tajuk, "AirLock. Cara Mengatasi Air Perlahan Disebabkan Angin Dalam Paip. Cara Kuatkan / Lajukan Tekanan Air".
Terimakasih atas panduan.
Cara mudah disebabkan kunci-udara dalam paip dengan melepaskan air di tahap yg paling rendah.
Untuk lebih pemahaman, bolehlah masuk ke portal tersebut.
Movie lalat. Rise of the Planet of Apes 2011.
Blog bukanlah hakmilik kekal.