An abandoned shopping mall, Winnie Place, Jalan Sungai Chuah, Kajang @2021
Hari ini sepatut penulis merentas negeri lagi. Tapi kerja memotong rumput harus didahulukan.
Pasal gambar pusat beli-belah Winnie Place tinggalan diatas. Ekonomi negara sedang teruk sekarang. Bersyukurlah pada sesiapa yg masih punya rumput untuk dipotong.
Dan kes baharu wabak covid-19 mencecah angka tertinggi (4498) hari ini.
Penulis pun terjebak dengan pantun cincau ini. Kecoh sehari dua ini pasal cincau sehingga dibuat pantun oleh netizen. Sebenarnya inilah asal usul fenomena cincau ini bermula dan atas sebab apa.
Sila baca hingga habis.
Ketika sesi soal jawab bersama Menteri Keselamatan, seorang wartawan (gambar dari internet diatas) telah menarik perhatian orang ramai apabila membangkitkan isu rentas negeri oleh golongan tertentu. Jelasnya kerajaan harus lebih tegas mengenai isu ini.
"Kita tak mahu lagi rentas negeri melibatkan orang kenamaan, orang terkenal bagi alasan tidak munasabah. Contohnya ke Melaka membeli cincau misalnya. Nak ke Pulau Pinang membeli pasembur misalnya. Mungkin Datuk Seri boleh bagi jaminan dan penjelasan yang tegas kepada semua rakyat Malaysia supaya patuh pada SOP dan tiada sesiapa diberi kebenaran untuk rentas negeri."
Ini videonya:
Kenapa cincau? Betul kah ada orang jual cincau di Melaka? Orang Melaka sendiri pun tidak pasti. Macamlah tiada cincau terbaik di bukit belacan kann. Sebab itulah alasan membeli cincau di Melaka tidak masuk akal. Lainlah kalau meLangkawi batas atau meNilai karpet kann. Makcikkiah khannns.
Pergi ke cincau membeli kedai,
Membeli cincau pergi ke kedai,
Kedai membeli cincau ke pergi,
Pergi ke membeli cincau kedai,
Ke pergi kedai cincau membeli,
Cincau membeli pergi ke kedai.
Ehh. Dah jadi entri merapu lah pula. ;p
VIRAL LAIN: USTAD SOMAD KAHWIN LAGI
Ramai sudah tahu ustad somad sudah bernikah baharu.
Isteri muda gadis jeliter umur 19 tahun.
Kalau ustad pun nak pilih gadis muda, habis yg umur 40an tu saper pula yg nak uools.
Tetapi tidak ramai yg tahu pasal mantan isteri ustad somad.
Mereka sudah bercerai pada 3 Disember 2019.
Itu sahaja penulis melaporkan.
Harak maklong.
ps. Tapi ada je orang tak kenal siapa Ustad Somad. Hawauuu.
Familiar numbers to me plated on Toyota, Sungai Besar @2021
Tahukah pembaca? Nama Toyota (トヨタ) datang daripada nama keluarga pengasas Toyota, iaitu Sakichi Toyoda. Nama lama Toyoda ditukar kepada Toyota kerana perkataan Toyoda dalam tulisan katakana Jepun perlu 10 strok untuk menulisnya. Toyota pula hanya perlu 8 strok, dipercayai membawa tuah.
Selain itu Toyoda sendiri membawa maksud sawah padi yg subur dan keluarga Toyoda berpendapat lebih baik mereka tukar nama jenama perniagaan kereta mereka kepada Toyota, takut nanti ada orang tersilap ingat perniagaan mereka berasas sumber tani. - sumber Wikipedia.
Mengikut apa yg telah dapat dikumpulkan daripada orang2 tua di Sabak Bernam, bahawa nama Sabak Bernam ini adalah berpunca dari perkataan 'Sahabat Berenam'. Menurut ceritanya, adalah diketahui bahawa terdapat seramai enam (6) orang yg bersaudara telah mudik ke hulu Sungai Bernam dan mereka dapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang laluan sungai. Mereka telah bertindak memotong kayu tersebut dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai.
Hari ini (Khamis) bersamaan 17 Ramadhan adalah hari nuzul quran. Hari dimana ayat alquran pertama kali diturunkan kepada nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibrail. Ayat pertama itu adalah surah al Alaq (Iqra').