sumber: internet |
Kecoh sehari dua ini pasal cincau sehingga dibuat pantun oleh netizen. Sebenarnya inilah asal usul fenomena cincau ini bermula dan atas sebab apa.
Ketika sesi soal jawab bersama Menteri Keselamatan, seorang wartawan (gambar dari internet diatas) telah menarik perhatian orang ramai apabila membangkitkan isu rentas negeri oleh golongan tertentu. Jelasnya kerajaan harus lebih tegas mengenai isu ini.
"Kita tak mahu lagi rentas negeri melibatkan orang kenamaan, orang terkenal bagi alasan tidak munasabah. Contohnya ke Melaka membeli cincau misalnya. Nak ke Pulau Pinang membeli pasembur misalnya. Mungkin Datuk Seri boleh bagi jaminan dan penjelasan yang tegas kepada semua rakyat Malaysia supaya patuh pada SOP dan tiada sesiapa diberi kebenaran untuk rentas negeri."
Ini videonya:
Kenapa cincau? Betul kah ada orang jual cincau di Melaka? Orang Melaka sendiri pun tidak pasti. Macamlah tiada cincau terbaik di bukit belacan kann.
Sebab itulah alasan membeli cincau di Melaka tidak masuk akal. Lainlah kalau meLangkawi batas atau meNilai karpet kann. Makcikkiah khannns.