May 3, 2021

SELAMAT PAGI SAWAH PADI

Paddy fields at Jalan Tali Air 2, Sungai Burung, Tanjung Karang @2021


Pagi2 penulis sudah berlarian ke pusat servis kereta Toyota.

Sempat singgah berhenti ditepi longkang.
Ambil gambar sawah padi di waktu matahari terbit sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 2, 2021

ASAL USUL NAMA SABAK BERNAM

Welcome to Sabak @2021
Asal usul nama Sabak Bernam.

Mengikut apa yg telah dapat dikumpulkan daripada orang2 tua di Sabak Bernam, bahawa nama Sabak Bernam ini adalah berpunca dari perkataan 'Sahabat Berenam'. Menurut ceritanya, adalah diketahui bahawa terdapat seramai enam (6) orang yg bersaudara telah mudik ke hulu Sungai Bernam dan mereka dapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang laluan sungai. Mereka telah bertindak memotong kayu tersebut dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 1, 2021

ZERO KILOMETER KUALA SELANGOR

Dataran Malawati Kuala Selangor @2021
1 haribulan Mei adalah hari pekerja.
Tapi pada zaman pandemik wabak virus covid 19 ini janganlah bersantai sangat.

Tengahari penulis sudah berlarian ke kuala.
Mencari batu penanda kilometer kosong pada mulanya agak mencabar.
Walaupun sudah didepan mata.

Hujan atau panas.
Blog harus diteruskan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 30, 2021

CUTI HARI NUZUL QURAN KECUALI JOHOR

Still memorizing surah al Jumuah 1-6
Assalamualaikum.

Hari ini (Khamis) bersamaan 17 Ramadhan adalah hari nuzul quran.
Hari dimana ayat alquran pertama kali diturunkan kepada nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibrail.
Ayat pertama itu adalah surah al Alaq (Iqra').

Bukan negara Johor sahaja yg tidak bercuti hari ini ya.
Kerana negara Johor sudah mengambil awal Ramadhan kelmarin sebagai hari cuti.

Ooh. Gambar bulan pagi tadi masih kabur.
Lagipun langit masih berawan tebal.


Movie lalat. Godzilla vs Kong 2021.
Sebuah sekuel dari Godzilla: King of the Monsters (2019) dan Kong: Skull Island (2017).
Filem yg terbaik dari kesan khas dan urutan aksi, tapi skrip dan watak manusia yg agak menghampakan.
Kejutan di hujung satu pertiga filem kerana bukan sahaja cerita pasal Godzilla dan Kong, tapi... Ooops, perhatian spoilers.
Penulis puas hati lah juga menontonnya walaupun dalam skrin monitor kecil di rumah. 
Yg penting gratis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
The full moon this morning @2021
Malas nak buat entri baharu.
Petang tadi dalam kemalasan tahap sederhana.
Penulis berlarian ke param (pasar ramadhan) di Seksyen 3 sahaja.
Beli roti boom dan bihun bodoh satu.

Please hover your mouse to see before and after edit.


Apr 29, 2021

ALMOST FORGET 15 RAMADHAN

Cikputih under the full moon @2021
Assalamualaikum semua kawan2 penulis lah.

Tidak terasa kita sudah memasuki hari ke 15 Ramadhan.
Ada 15 hari lagi untuk kita berpuasa pada bulan yg mulia ini.
InsyaAllah.

Dan matahari penuh sedang mengambang malam tadi.
Tapi awan agak tebal.
Jadi ini sahaja gambar yg dapat penulis tangkap.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 28, 2021

BELI TETIKUS BAHARU UNTUK URUSAN KERJA & ADSENSE

A new replacement wireless mouse.
Petang penulis sudah berlarian ke kedai alatan komputer berdekatan. Jalan Diplomatik Putrajaya.
Mencari tetikus baharu.
Sebab tetikus lama penulis sudah rosak.

Cerita lalat lain.
Akhirnya iklan adsense penulis sudah berjaya tertampal di laman blog ini.
Harap2 lepas ini dapatlah berjuta2 pengikut followers. Aminn.
Dan penulis minta maaf terlebih dahulu jika terkeluar iklan terlampau mia khalifa dan ubat kuat main sahaja. Huhuhu.
Ek elehh. Blog cikkiah pun sama juga.

Kemaskini.
Pasal tetikus yg bermasalah.
Sebab tersangkut2 pula.
Jadi penulis sudah dapat gantian tetikus yg baharu.

Kenangan lalat.
Sepuluh tahun dahulu  2011.
Bersama kumpulan jurugambar amatur ke Bali dan jiwa kacau. [+ April 2011]

Movie lalat. Horse Girl 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 27, 2021

AKU TAKKAN HALALKAN SIAPA YG CURI KURMA AKU - BUYER DAKWA BARANGNYA DICURI STAF KURIER

Colouring set for 7 years old girl
Penulis mahu buat entri mencarut.
Tapi dibulan puasa lah pula.
Huhuhu.

Sebenarnya ini cerita sebelum bulan Ramadhan lagi.
Sebenarnya penulis tidak mahu hebah2kan siapa yg curi.
Sebab tiada bukti yg kukuh.
Cuma ada bekas bungkusan ditoreh sahaja.

Cerita lalat.
2 minggu sebelum berpuasa.
Isteri penulis (yg itu) sudah berguling2 mahu beli kurma yg sedap (dan tentunya mahal).
Jadi penulis pun tanya rakan2 serumpun sedulor semua.

Adalah penjual kenalan rakan sebagai pembekal kurma atas talian.
Jadi penulis sudah pesan 3 jenis balang kurma.
Jenis Mariami, Mabrooj dan Safawi.

Dipendek cerita, bungkusan kurma sudah terima.
Isteri penulis (yg itu) kata cuma 2 balang sahaja.
Aikkks.
Jadi penulis periksa semula dengan penjual mengatakan dia hantar 3 balang.
Balang kurma Safawi tiada.

Dipendek cerita, penulis pun buat aduan pada J&T.
Mereka akan siasat.
Iyelah tuh.

Dan penjual dengan baik hati telah menghantar balang ketiga tanpa kos apa2.
Tapi kali ini penjual guna khidmat poslaju lah sangat.

Pasal pencuri itu. 
Jangan khuatir. 
Penulis sudah halalkan. 

Nota lalat. Selain gambar2 bungkusan kurma yg paling bawah.
Gambar2 set mewarna ini telah tersalah alamat pula.
Tapi itu salah penulis sendiri.
Harak maklong.

Movie lalat. Stardust Memories 1980.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

Ini balang2 kurma yg diterima.

Apr 26, 2021

KELAPA SAWIT & QUEEN

On the way to my little brother @Gunung Pulai 2021

Tengahari penulis telah berlarian ke rumah adinda penulis.
Untuk memberikan pakaian2 dan barang2 lama.

Movie lalat. Queen 2014 (Bollywood).
Sinopsis. Rani, seorang gadis Punjabi yg sederhana dan pemalu dari Delhi yg memulakan bulan madu seorang diri ke Paris dan Amsterdam setelah tunangnya Vijay membatalkan perkahwinan mereka.
Komen penulis. Watak wanita yg cekal dan kental dan yg penting tidak meroyan. Teringat komen pembaca. Lelaki mula2 je beriya. K bye. Ehh. Tapi perkahwinan (percintaan) adalah projek usahasama. Kalau salah laki, perempuan juga salah. Dua2 salah.  Oke bye. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 25, 2021

A MARKETING GIMMICK

Creative marketing idea at Jalan Tasik @2021
Tadi penulis sudah berlarian ke kedai serbaneka itu.
Dalam hujan gerimis membasahi bumi.
Selalu penulis ke kedai ini untuk urusan fotostat.

Bila ditanya, "satu copy seposen," kata taukeh.
Bila penulis persoalkan tulisan fotostat 5 sen diluar kedai itu.
"Ooh, itu kalau wak copy sehibu keatas," katanya.
Yo wes.

Maksud lalat.
Gimik adalah wadah atau idea baru yang diguna pakai terutamanya untuk menarik perhatian atau meningkatkan daya tarikan, selalunya dengan nilai gaya yang sedikit. Apabila digunakan untuk pemasaran runcit, ini adalah ciri unik atau pelik yang dirancang untuk menjadikan produk atau perkhidmatan menonjol dari pesaingnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 24, 2021

BULAN PUASA TAK SAH KALAU TAK PERGI PASAR RAMADHAN

Param Taman Rinting Masai @2021
Semalam petang penulis pergi ke param berdekatan rumah hinggap ini.
Tapi banyak lalat lah pula. Huhuhu.

Jadi petang tadi penulis berlarian ke param (pasar ramadhan) sebelahan taman.
Kena keluar awal dari rumah, selepas asar.
Sebab kalau lambat sedikit akan tersekat di kesesakan jalanraya depan Tesco.

Bila tiba ditempat param tahun lepas.
Penulis lihat tiada pula.
Rupa2nya sudah bertukar lokasi.

Dipendek cerita.
Penulis beli rojak petis sahaja.
Dan ikan masak kari untuk bersahur esok pagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 23, 2021

SURAH AL JUMU'AH (DINO JEMUAH)

Al-Quran dan Terjemahnya
Salam hari Khamis malam Jumaat semua pembaca.
Malam permintaan untuk kaum ibu. ;p

Kelmarin anak wedok penulis (yg itu) sudah pindahkan katil di loteng.
Loteng tingkat atas itu sebenarnya tempat simpanan barang2 lama juga.
"Nak privasilah ayahnda," katanya.

Sementara itu, penulis ternampak buku terjemahan al-Quran lama penulis.
Rasanya sudah lebih 30 tahun.

Dan masa membelek2 buku terjemahan.
Terasa pula penulis mahu menghafaz surah al-Jumu'ah.
Cuma 11 ayat sahaja.
InsyaAllah.

Pasal surah hari Jumaat ini.
Teringat penulis pernah bersolat jumaat di masjid ditengah2 bendang sawah padi dahulu.
Bila imam tersekat2 membaca sebahagian surah ini kerana terlupa.
Tok Imam pun manusia biasa juga kann.

Kamus lalat.
Dino jemuah = hari jumaat.

Movie lalat. The Courier 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Al-Quran dan Terjemahnya
Al-Quran dan Terjemahnya
Al-Quran dan Terjemahnya

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.