Petronas twin towers this morning @2021 |
Gambar pun banyak2.
Pagi2 subuh sepi-e.
Penulis sudah berlarian ke bandaraya.
Ada beberapa urusan seri paduka baginda yg harus diselesaikan.
NASI LEMAK MOTOR
Penulis mula2 mahu makan nasi goreng damai.
Tapi gerai arwah makcik itu tidak dibuka pula.
Jadi penulis ke Kampung Baru.
Teringin makan nasi lemak pula.
Penulis pesan nasi lemak daging dengan telor goreng.
AMANAH RAYA
Usai sarapan, penulis berlarian ke bangunan Amanah Raya pula.
Untuk kemaskini surat wasiat.
Usia makin sedikit.
Harta makin surut.
Kaum kerabat makin bertambah.
LORONG HAJI TAIB
Bukan mahu cuci screwdriver ya.
Ammvoiii.
KWSP JALAN RAJA LAUT
Mula2 mahu keluarkan duit di akaun 2.
Tapi pegawai gadis itu kata tidak boleh kalau sudah keluarkan sebelum ini.
Jadi penulis mahu keluarkan pula isinar.
"Kalau wak nak kuar isinar, boleh buat online je," kata gadis itu.
"Tapi kena install dulu apps i-akaun," katanya lagi.
Yo wes.
Penulis pun berangkatlah pulang.
MESYUARAT TINGKAP
Tengahari penulis kena cari pelabuhan (port) terbaik.
Untuk hadiri mesyuarat tingkap.
Di pusat beli belah itu, penulis tanya pelayan Kluang Station.
Yg penting mesti ada punca elektrik untuk laptop penulis.
Jadi, berlabuhlah penulis di kafe itu beberapa jam.
SOLAT JUMAAT
Penulis cuba nasib masuk ke surau di balai polis Dang Wangi.
Parkir kereta di Sogo dahulu.
Dulu pernah tidak kesampaian disini. [+ mission accomplished]
Hari ini berjaya juga.
Tapi penulis bersolat di parkir bertingkat.
Alhamdulillah.
Penulis terpaksa batalkan.
Atas sebab2 yg tak boleh disebut disini.
BALAI SENI JALAN TUN RAZAK
"Ya wak, ditutup..." kata pakguard, "sampai bulan November nanti."
Yo wes.
Penulis pun cari muzium lain.
MUZIUM KESENIAN ISLAM LAKE GARDEN
Alhamdulillah. Muzium dibuka.
Tiket masuk rm14 untuk dewasa.
Banyak gambar2 penulis tangkap dibawah ya.
MUZIUM KESENIAN ISLAM LAKE GARDEN
Alhamdulillah. Muzium dibuka.
Tiket masuk rm14 untuk dewasa.
Banyak gambar2 penulis tangkap dibawah ya.
Walaupun banyak lagi dewan pameran yg penulis tak sempat terjah.
TEH TARIK BERSAMA TUN MAHATHIR
Sungguh penulis tidak sangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Belum habis penulis melawat keseluruhan pameran di muzium kesenian Islam itu.
Tiba2 penulis perasan ada kumpulan kecil di kafe muzium.
Dan terkezut juga penulis bila mantan PM iaitu Tun M ada disitu.
Teh tarik bersama Tun Mahathir - tertulis bunting ditepi pintu kafe.
Penulis pun apa lagi.
Secepat kilat pun tangkap gambiran tun.
Mula2 tiada yg halang.
Tapi beberapa detik kemudian.
Adalah ahkak lampir ini sudah teriak pada penulis.
"Wak tak boleh amek gambar!" kata ahkak lampir, "sila padam sekarang!" jerkahnya lagi.
Fuyoh.
Bila penulis mencari maklumat dalam socmed.
Pun tiadalah informasi.
Yo wes lah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
TEH TARIK BERSAMA TUN MAHATHIR
Sungguh penulis tidak sangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Belum habis penulis melawat keseluruhan pameran di muzium kesenian Islam itu.
Tiba2 penulis perasan ada kumpulan kecil di kafe muzium.
Dan terkezut juga penulis bila mantan PM iaitu Tun M ada disitu.
Teh tarik bersama Tun Mahathir - tertulis bunting ditepi pintu kafe.
Penulis pun apa lagi.
Secepat kilat pun tangkap gambiran tun.
Mula2 tiada yg halang.
Tapi beberapa detik kemudian.
Adalah ahkak lampir ini sudah teriak pada penulis.
"Wak tak boleh amek gambar!" kata ahkak lampir, "sila padam sekarang!" jerkahnya lagi.
Fuyoh.
Bila penulis mencari maklumat dalam socmed.
Pun tiadalah informasi.
Yo wes lah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.