Jan 30, 2021

BULAN DIPAGAR BINTANG


Assalamualaikum dan selamat pagi semua2 lah kawan2 penulis.

美若天仙的美丽女子
Kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya.

例句/Contoh Ayat:
Kecantikan Noni bagai bulan dipagar bintang kerana tiada seorang pun yang dapat menandingi kecantikannya.

Link: peribahasa bagai bulan empat belas.


Ooh. Gambar bulan mengambang penuh pagi tadi. Warung Nasilemak Bunian.
Penulis tangkap guna henfon cap aiyam sahaja.
Tak tajam sangat tapi bolehlah nampak dekat kan.
Dan gambar dibawah ini penulis tangkap semedang untuk tunjuk bulan di ufuk barat itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 29, 2021

SURAH AL-MUTOFFIFIN DALAM HATI


Assalamualaikum.
Salam hari jumaat.

Alhamdulillah.
Selepas 3 bulan, iaitu bermula di SINI.
Hafazan surah al-mutoffifin (atau al-Mutaffifin?) berjaya juga.
Walaupun masih merangkak2.

Sekarang penulis sedang berusaha melancarkan hafazan surah al-mutoffifin ini.
Juga surah2 lain yg sudah dihafaz harus diulang2.
Semoga dipermudahkan.
Amin ya robbal alamin.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mutoffifin (83) ayat terakhir :

هَلْ ثُوِّبَ الْكُفَّارُ مَا كَانُوْا يَفْعَلُوْنَ

Maksudnya :"36. Apakah orang-orang kafir itu diberi balasan (hukuman) terhadap apa yang telah mereka perbuat?"

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 27, 2021

ANTARA DUA RANTING

Queue for nothing at BSN 1 BB Bangi

Tengahari usai mesyuarat tingkap penulis pun berlarian ke ranting bank itu yg berdekatan.

Tiba di depan pintu pun ramai orang ramai sudah beratur panjang.
Siap ada kerusi lagi.
Penulis tunggu dekat 13 minit pun masih tidak bergerak.

Putus asa, penulis pun berlarian ke ranting bank yg lagi satu.
Kena berlarian sejauh 24 minit.
Barisan panjang yg sama.
Kali ini penulis cekalkan hati untuk masuk kedalam juga.
Sebab duit simpanan pun sudah tinggal kerak.
Dan abam polis bantuan berikan nombor giliran.

Movie lalat. Loving 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Finish the business at BSN 2 Putrajaya January 2021

Jan 26, 2021

REASONS WHY NOBODY CARES ABOUT YOU


Sepatutnya hari ini hari terakhir pkp.
Tapi dilanjutkan hingga minggu hadapan pula.
Dan penulis bercadang mahu merentas negeri juga.
Kebetulan, kerajaan membenar pasangan suami isteri jarak jauh rentas negeri mulai esok - Sinar Harian. Untunglah abg jamil yg ada dua tiga rumah dan tangga kann. Khannns.

Ooh. Gambar telefon bayar guna duit syiling yg dulunya amat diperlukan.
Sekarang adakaah orang yg kisah?

Ooh. Sila abaikan tajuk.
Penulis cuma terfikir sesuatu untuk kaitkan gambar telefon terbiar itu.

Movie lalat. The Hours 2002.
2. Capernaum 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

Jan 25, 2021

MAKIN BERISI MAKIN TUNDUK

Please hover your mouse to see color anad monochrome image.


Tengahari tadi usai mesyuarat tingkap.
Penulis pun berlarian ketepian sawah padi. Bukit Rambai Melaka
Ditengahari yg panas berdeting ting ting.

Kebetulan ada mesin penuai padi sedang bekerja.
Kenalah ambil gambiran sebelum padi habis dituai.

Penulis risau juga kalau2 ada pacat.
Kalau pacat masuk dalam spender bini siapa yg susah.
Tapi rasanya tidak ada pacat atau lintah disebabkan tanah batasan kering.
Tapi dalam hati siapa yg tahu.

Ambil satu dua gambiran sudah.

Peribahasa tanam padi tumbuh lalang memanglah logik.
Tapi kalau tanam lalang tidak mungkin padi pula yg tumbuh kann.

Tapi janganlah tanam tebu ditepi bibir sahaja. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Updated. Ada kawan2 yg tidak puas hati sebab penulis tidak tunjuk gambar warna pula.
Maka terimalah - warna padi masak kekuningan emas.

Jan 24, 2021

77.7


Sila isi tempat kosong.

Sejak PKP ini maka timbang pun bertambah-tambahlah _________.
________ pun makin berkembang maju ke hadapan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 23, 2021

KHASIAT LIMAU MANDARIN


Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Terdapat banyak khasiat buah limau mandarin yang boleh kita dapati.
Jom amalkan gaya hidup sihat!

  • Kaya antioksidan (Vitamin C, beta karotin, luteinn, zeaxanthin)
  • Mengurangkan tahap kolesterol.
  • Meningkatkan sistem imuniti badan.
  • Membantu pengurusan berat badan.

Makan 2 sajian buah sehari.

Tapi itu lah.
Sekarang kan sedang boikot limau mandarin.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 22, 2021

DESERTED AND EERILY QUIET WORLD'S TOURIST HOTSPOT


Hari ini penulis ada dua mesyuarat tingkap.
Jam 11.45pagi setiap hari waktu bekerja.
Jam 3.00 petang setiap hari Jumaat.

Usai mesyuarat tingkap ditengahari, penulis cuba berlarian ke masjid berdekatan.
Untuk solat jumaat.
Tapi tok siak beritahu cuma yg mendapat surat sahaja.
Yo wes.

Petang pula penulis berlarian ke pusat bandar bersejarah.
Seperti dijangka memanglah lengang.
Pusat pelancong pun senyap guliter.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 21, 2021

CALCULATE WEIGHT OF EMPTY PIPE

Tulisan tangan seorang pemotong rumput yg marhein. ;p
Semalam mister Boss R meminta penulis kirakan berat sebiji barang (baca, exhaust expansion joint).
Untuk membantu rakan sekerja, superintendent L itu.
Disebabkan tiada lagi lukisan (baca, drawing) sebenar barang tersebut dari vendor.

Terkial2 jugalah penulis.
Sebenarnya sudah lebih 3 dekad penulis tidak membuat kira2 begitu.
Tapi sekarang kan sudah ada bantuan uncle Google.

Dua tiga jam jugalah penulis buat pengiraan berat paip tersebut.
Penulis pun hantarlah keputusan kepada mister Bos R di negeri pasir berdengung itu.
Juga salinan kepada superintendent L itu juga.

Tapi seperti yg dijangka, superintendent L beritahu balik.
Bukan dia tidak boleh buat kira2.
Tapi sebenarnya yg dia mahukan adalah lukisan sebenar dari vendor.
Yo wes.

Definisi tahun, dekad, abad, alaf.
Tahun (Year) = 12 bulan.
Dekad (Decade) = 10 tahun.
Abad (Century) = 100 tahun.
Alaf (Millenium) = seribu tahun.

Movie lalat. Operation Mekong 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 20, 2021

MAKAN BUANYAAAAAK


Tengahari usai mesyuarat tingkap.
Terasa hendak makan piza lah pula.

Tapi foodpanda tiada dalam naungan. 
Dan grabfood pula dengan menu yg kurang pilihan. 
Jadi terpaksalah penulis berlarian ke ranting piza yg berdekatan. 
Paling  dekat pun jaraknya 10.5 kilometer.
Itu pun tidak boleh makan didalam restoran. 
Kena BBB (beli bawak balik) sahaja. 

Penulis pesan piza pencinta sayuran (baca, Veggie Lover) sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 19, 2021

A BRIEF HISTORY OF THE SMARTPHONE


Amaran. Ada banyak link disini.
IPhone terakhir penulis pakai ialah iPhone 6.
Itu tahun lepas.

Banyak sangat masalah bila guna iphone dari zaman iPhone 2009.
Samalah masalah seperti penulis guna laptop Apple Powerbook dulu-dulu.
Selepas itu iPhone 4, dan iPhone 5c.

Ooh. Baru teringat.
Dulu penulis pernah menang hadiah peraduan beli aiskrim dapatlah 4 ketul iPhone 5C.

Sekarang penulis pun rasa gembira guna phone cap aiyam sahaja.

Ooh. Pasal iphone 11 yg mahal diatas itu bukan penulis yg punya.

Movie lalat. Blue Valentine 2004.
2. King Lear 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.