Jan 18, 2021
BLUE SCREEN OF DEATH :(
Petang semalam sebelum berlarian ke pantai.
Sedang buat kerja memotong rumput dari rumah.
Sambil menyelam minum air susu kultur perisa biasa.
Tiba-tiba skrin laptop meletop menjadi biru.
Aduhai.
Harap-harap tidak dipotong gaji.
Movie lalat. Belle de Jour 1967.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 17, 2021
RETAIL APOCALYPSE - GIANT CHENG TUTUP
Sebenarnya penulis ingin mencari paket nasi goreng Sharifah.
Banyak pasaraya penulis sudah berlarian, ie Family Store dan Tesco.
Tapi tidak berjumpa.
Dan banyak ranting Giant di seluruh negeri pun sudah ditutup sebelum wabak Covid 19 lagi.
Sungguh teruk ekonomi sekarang kan.
Link: Gambar lama (2018) Giant Cheng Melaka dari Google maps.
Cerita lalat lain.
Petang penulis sudah berlarian ke pantai Klebang Melaka.
Tangkap gambiran matahari tenggelam dua tiga keping sudah.
Movie lalat. The Gods Must Be Crazy 1980.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 16, 2021
STAY HOME - DON'T PLAY PLAY
Untuk 2 minggu ini kenalah duduk rumah diam diam.
Nanti dapat baby kang baru tahu.
Semoga rantaian wabak Covid 19 ini dapat diputuskan dengan segera.
Amin ya robbal alamin.
Tapi ada orang politik kisah?
Movie lalat. The Bourne Legacy 2012.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Cerita lain lalat. Dalam usia macam ni kawin adalah untuk peneman hari tua saja Kawan ajak berbual....makan sama2....kadang2 umur macam ni ada juga yang tinggal sendirian kann.. khannns
Alhamdulillah dan tahniah utk kakanda siti kalsom semoga berbahagia., amin ya robbal alaminn
Jan 15, 2021
GOOD MORNING RAMBAI HILL
Please hover your mouse to see before and after edit. |
Assalamualaikum dan selamat pagi semua2 kawan2 penulis lah.
Movie lalat. Serpico 1973.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 14, 2021
LONTONG GEDUNG LALANG
Hari ini sudah bermula PKP di beberapa negeri.
Pagi2 terasa lapar pula.
Penulis pun berlarian mencari lontong.
Bila ditanya, "boleh makan sini tapi wak kene duduk tepi longkang sana," kata pakcik warung itu.
Yo wes.
Movie lalat. Doctor Strange 2016.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 13, 2021
PANTUN COVID
Esok sudah mula PKP di beberapa negeri.
Selama 2 minggu.
Tengahari pas mesyuarat tingkap.
Penulis pun berlarian lagi.
Banyaknya roadblock merata-rata jalan-jalan utama.
Singgah di stesen minyak Petron. Simpang Ampat
Cuba guna kad Smile yg lama tidak ditebus nilai.
"Wak ada sepoh hibu point," kata awek kaunter yg kecil molek.
Bila ditanya, "ada empat poh lima hinggit."
"Boleh je wak nak isi minyak," kata awek yg kecil molek itu lagi.
Ooh. Pasal pantun.
Penulis jumpa di dalam kedai makan ahkak tepian longkang. Cheng Melaka
Pantun anak melaka;
Anak Melaka Duduk Merata;
Kalau boleh duduklah jarak 1 meter;
Supaya Covid jauh dari kita.
Movie lalat. The Piano Teacher 2001 (18SX).
Jan 12, 2021
MEE KOLOK DAYANG SARAWAK
Tengahari pas mesyuarat tingkap.
Penulis pun berlarian kelaparan.
Mula2 penulis mahu makan nasi ayam cincang krapow di restoran Boat Noodles.
Tetapi terasa jauhlah sangat.
Jadi penulis singgah sahaja di restoran Dayang Sarawak berdekatan.
Penulis pesan mee kolok daging.
Air teh o ais limau sudah.
Oops. Update. Penulis kemaskini gambar kasi kaler sikit sebab ada pembaca blog yg komplen. ;p
Previously: Mee Kolok 2 bulan lepas.
Movie lalat. Kramer vs Kramer 1979.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 11, 2021
TOOLBOX MEETING WITH FREE WIFI
Hari ini penulis cuba mencari talian wifi percuma.
Terfikir untuk mencuba wifi percuma di Starbucks itu.
Tapi, nothing is free kann - kata orang kampung penulis itu.
Kena beli air dulu untuk dapatkan kod rahsia.
Beli air green tea latte (rm16.90).
Potong kaki punya manis.
Aduhai.
Mula cuba sambungkan wifi, ada masalah pula.
Sehingga minta bantuan pekerja kaunter.
Akhirnya boleh juga.
Bila dalam mesyuarat tingkap.
Bos yg jauh dimata pun komplen juga.
Sebab bunyi latarbelakang yg riuh rendah.
Memang tidak sesuai.
Yo wes.
Esok cuba di tempat lain.
Movie lalat. Coming to America 1988.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 10, 2021
A METRONOME
Sekarang anak2 penulis sudah meningkat remaja.
Tiada lagi pembelajaran piano dirumah.
Maafkan penulis kerana gegaran gambar.
Previously: 2012 Project 50mm Day 3 (A Metronome).
Movie lalat. Trading Places 1983.
2. Danger Close 2019.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 9, 2021
SUARA AZAN BERKUMANDANG
Salam berhujung minggu kawan2 penulis semua2 lah.
Movie lalat. Annie Hall 1977.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 7, 2021
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...