Hari ini penulis ingin cerita sedikit berkenaan rempeyek.
1970AN & 1980AN
Masa zaman kecil2 lah sangat.
Bila nak raya, bonda akan buat kuih muih termasuk tempeyek.
Tempeyek kacang tanah yg bentuknya bukan bulat dan tidak cantik.
Bonda pakai tebar sahaja.
Tiada rupa orang kata.
Tapi sedap.
Penulis juga akan disuruh memukul telur dalam pasu belanga.
Ooh. Itu untuk buat kuih bauhulu. ;p
SEJARAH
Mula2 penulis tahu pasal rempeyek wak Tunot ini ketika bertugas memotong rumput di Pasir Gudang.
Ada ahkak Eton (bukan nama sebenar) yg punya sedara yg buat bisnes rempeyek.
Ahkak Eton (bukan nama sebenar) selalu jual rempeyek di pejabat.
Ahkak Eton (bukan nama sebenar) punya sedara pengusaha kilang kecil di Kampung Tengah, Kluang.
Itu cerita lebih 20 tahun yg lampau.
2000AN
Bila penulis bertugas memotong rumput di bandaraya, penulis pun ada juga bisnes kecilan.
Jual rempeyek Wak Tunot.
Biasa sebelum musim raya.
Sambutan yg agak hebat.
Penulis akan kutip bekalan dari Kluang.
Berkotak-kotak penuh dalam van Unser.
Agak jauh.
Kadang2 bila raya semakin hampir, bekalan habis di kilang wak tunot.
Terpaksa pesan dari orang tengah.
Kadang ada bekalan, kadang2 tiada bekalan.
MASA KINI
Tidak sangka juga penulis bahawa pasaraya Mydin ada jual rempeyek.
Rempeyek Wak Tunot yg pernah penulis kejar2 dahulu.
Harga mampu milik - RM13.90 sahaja.
Sepelaung sahaja dari rumah hinggap penulis yg ini.
Tidak perlu berlarian ke Kluang.
Atau memanggil orang tengah atau ejen.
Tapi sekarang penulis tidak berniaga lagi.
Cukuplah untuk makan sendiri.
REMPEYEK VS TEMPEYEK?
Dulu masa kecil2 lah sangat, penulis panggil tempeyek.
Tapi kemudian bila penulis periksa, tiada dalam kamus dewan pula.
Yg rasmi sebutannya ialah rempeyek (رمڤيييق ).
Mahu senang, panggil peyek sahaja pun boleh.
Yg penting bukan tumpi (تومڤي ), ehh itu adik beradik lain
bapa kacang.
Nota lalat. Ehh. Penulis masih simpan keratan akhbar kejayaan bisnes rempeyek wak tunot ini.
Jual rempeyek dapat rm1 juta setahun.
Blog bukanlah hakmilik kekal.