Nov 17, 2020
OPTIMAL BLOOD PRESSURE
Alhamdulillah. Setakat ini bacaan masih dibawah normal.
Tapi tiba2 penulis terasa mahu makan ayam cincang (baca, chicken chop) pula.
Village Grill Chicken Chop, Bukit Serindit.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 16, 2020
HARUM MANIS KEMBOJA
Isteri penulis (yg itu) teringin hendak makan mangga harum manis.
Tahun lepas (May 2019) penulis pernah beli harum manis perlis.
Harga rm31 sekilo, pesanan atas talian tapi stokis menghantar ke stadium Shah Alam.
Tapi harum manis perlis belum bermusim sekarang.
Beberapa bulan lepas (Jun 2020) penulis jumpa mangga harum manis kemboja di Jalan Sungai Merab.
Harga rm9 sekilo.
Tapi sekejap saja pun.
Sudah lebih 5 bulan penjual tidak menjualnya lagi ditepian longkang.
Semalam penulis sudah beli harum manis kemboja di Jalan Klebang Besar.
Harga rm10 sekilo, tapi kalau 3 kilo ialah rm25.
Tapi ahkak penjual itu lebihkan timbangan sedikit untuk cukupkan 10 biji.
Movie lalat. The Dawn Wall 2017.
2. The Pool (Siam) 2018.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 15, 2020
KALAU ROBOH KOTA MELAKA
Dan juga meninjau pintu gerbang kubu portugis - A Famosa, Porta De Santiago.
Tiada satu kelibat orang pun disana.
Movie lalat. The Conversation 1974.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 14, 2020
TRUE WIRELESS EARBUDS
TWS earbuds |
Penulis pernah beli alat pendengaran lekap telinga tiga bulan yg lepas.
Tetapi isteri penulis (yg itu) mengambilnya.
Kerana masalah henfonnya tidak dapat menggunakan alat pendengaran yg guna tali wayar kabel.
Yo wes.
Jadi, kelmarin penulis sudah beli yg baharu di Shopee (RM29.00).
Movie lalat. Samsara 2011.
2. Swades (Shah Rukh Khan) 2004.
Setelah 3 tahun, earbuds untuk isteri wak itu sudah tak berfungsi. Tapi earbuds hitam ini yg wak beli hampir sama waktunya masih berfungsi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 13, 2020
LAICIKANG SEJUK
Salaam Jumaat.
Sekarang kan semua masjid ditutup.
Penulis minum laicikang sejuk di medan selera Tesco Cheng sudah.
Movie lalat. Enemy 2013.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 12, 2020
BAS / ESP / ABS WARNING LIGHTS STAY ON
Tengahari tadi penulis pun diberitahu cikputih telah diperbaiki talipinggangnya.
Dan juga diganti dengan aircond compressor yg direcond.
Tapi dalam berlarian di lebuhraya Plus, tiba2 ada masalah lain pula.
Penulis pun berhenti berlarian di hentian sebelah.
Penulis matikan enjin cikputih.
Bila penulis hidupkan enjin kembali, nampak tiada masalah.
Diharapkan berlarian cikputih tidak meragam lagi.
Error lalat.
ESP - Electronic Stability Program
BAS - Brake Assist System
ABS - Anti-Lock Braking System
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 11, 2020
MELANTAK
Pantai Kundor @2020 |
Tapi apakan daya, matahari sudah berada dipenghujung ufuk barat.
Dan dilindungi awan tebal.
Yo wes.
Dari pantai penulis terus berlarian untuk meratah daging pula.
Stik daging angus ribeye sudah.
Di restoran bernama melantak steak hub.
Stail masakan serupa restoran Me'nate.
MAKSUD MELANTAK.
Kasar kan bahasa orang Melaka.
[lan.ta/] | لنتق
Definisi : ; melantak 1 memukul kuat-kuat; menghentam: Pak Ahmad ~ batang besi itu ke dlm tanah. 2 bk membuat sesuatu (makan, minum, berbelanja dsb) sesuka hati atau sepuas hati. pelantak besi penghentak peluru (pd senapang, meriam dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Melantak Steak House @2020 |
Melantak Steak House @2020 |
Melantak Steak House @2020 |
Melantak Steak House @2020 |
Melantak Steak House @2020 |
Melantak Steak House @2020 |
Nov 10, 2020
I SLEEP HERE TONIGHT
Tetiba tersadai ditengah-tengah lebuhraya pula.
Talipinggang cikputih putus.
Cikputih masih boleh berlarian dengan berhati-hati.
Walau tanpa penghawa dingin dan tanpa power steering.
Semoga cikputih dapat diperbaiki talipinggangnya esok.
Amin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Hari kedua di bengkel kereta.
Talipinggang cikputih yg baharu sudah dipasang.
Tapi masalah pulley compressor untuk penghawa dingin pula.
Pulley dan compressor sudah diganti dengan yg recond.
Tapi masih tidak berfungsi walaupun hari sudah senja.
Tengoklah esok macamana.
Ooh. Mesyuarat tingkap harus juga dijalankan seperti biasa.
Tiada alasan untuk tidak berlarian atas talian kan.
Blog bukanlah hakmllik kekal.
Nov 9, 2020
50 YEARS AND 1 MONTH AGO
Ini adalah satu-satunya gambar paling lama yg penulis ada dalam simpanan.
Alfatihah untuk keluarga yg sudah tiada.
Nota. Itu tulisan arwah ayahanda.
Memang cantik dan kemas tulisannya.
Movie lalat. The Ballad of Buster Scruggs 2018.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 8, 2020
KUALA MASAI & SENIBONG SUNSET
Pantai Senibong view of Singapore @2020 |
Sebab Mister Boss R sudah terbang ke negeri pasir berdengung.
Sepatutnya penulis bertugas memotong rumput diseberang tambak itu.
Tapi sekarang kan musim PKP.
Mungkin tahun depan boleh terbang juga ke negeri pasir berdengung.
Amin.
Usai mesyuarat tingkap tadi, penulis terus berlarian ke pantai kuala itu.
Tapi tidak sempat mengejar dan menangkap matahari terbenam tadi.
Lagipun awan tebal di ufuk barat.
Yo wes.
Nota. Penulis perasan warna tembok jeti itu sudah dicat biru.
Gambar lama - 2017 & 2013.
Movie lalat. Hachiko: A Dog's Tale 2009.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nov 7, 2020
OBSOLETE HOME PHONE
Telefon yg penulis sudah guna sejak berpuluh tahun akhirnya telah dipotong dengan selamat.
Ehh. Apa2 pun sarapan dahulu yg ringan2.
Bismillah.
Movie lalat. The Gift 2015.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Solat jumaat di masjid berdekatan.
Tajuk: Kasih Sayang Rasulullah Kepada Umatnya.
Dapat percuma sebotol air Drive.
AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON
PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...