Oct 3, 2020

ANJUNG WARISAN DAN KESENIAN ISLAM

Pic from website @2020

Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah. 

Kelmarin penulis sudah berlarian hingga ke Gelang Patah.
Masuk pameran Anjung Warisan dan Kesenian Islam. 

"Kat dalam tak boleh amek gambar ye wak!" mamat kaunter beri amaran.
Yo wes.

Ulasan penulis. Harga tiket rm30 agak mahal. Lagipun hanya ada satu sahaja dewan pameran. Tak sampai 13 minit dah habis. Khalass. Tammat. 

Ooh, gambar hajar aswad diatas ini penulis pinjam dari pakcik google.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NASI TIDO

Mersing sunrise @2020

Kebosanan mencipta kelainan. 

Berakit-rakit ke hulu;
Berenang-renang ketepian;
Lama-lama penulis penat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THE ABANDONED JETTY

Sungai Rengit @2020

Kebosanan mencipta kelainan. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 2, 2020

KISAH BENAR CIK SITI AMINAH JOHOR 2020 YANG JALANG

Kampung Tembioh Kota Tinggi Johor @2020

Untuk baca kisah benar cik Siti Aminah Johor 2015 Yg Jalang, sila selak di SINI.

Kelmarin penulis sudah berlarian ke kampung Tembioh.
Sudah 5 tahun penulis tidak kemari.

Tapi misi tidak terjangkau.
Kawasan makam yg menjadi semak samun hutan belukar.
Tidak terjaga dan jalan tar menuju makam pun tidak kelihatan.
Yo wes.
Penulis pun pulang dgn kuchiva.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 30, 2020

CLASSIC RIBEYE

Chilis at KLCC @2020

Esok sudah gaji dihujung bulan.
Teringin hendak meratah daging lembu.
Asyik kais pagi kais petang motong rumput sahaja.
Jangan sampai menzalimi diri sendiri. 

Makan steak classic ribeye di restoran Chilis KLCC sudah.
Pesan masakan tahap medium.

"10 auns stik ribeye lembut dan nyaman dimulut yang dibentuk dalam perasa istimewa kami sendiri, dihiasi dengan mentega berpengalaman. Dihidangkan dengan kentang tumbuk dan sayuran bermusim." - Google translate. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 29, 2020

NGROKOK MATENI

This is not mine @020

Sekretari N sudah selongkar laci-laci pekerja lama.
Dan berikan laci kepada pekerja baharu. 

Tadi Sekretari N sudah temui sekotak rokok.
Rokok bukan untuk pasaran tempatan.
Sebab kotak rokok Malaysia dipenuhi gambar2 pesakit akibat kanser rokok.
Tapi tiada diantara kami yg menghisap rokok. 

Penulis lagilah tidak hisap rokok.
Hisap benda lain yg lagi enak. Nyot nyot.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

BARBIE MESSY HAIR

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 28, 2020

MEE KOLOK DAGING

Dapur Sarawak Jalan Sarikei KL @2020

Pagi penulis sudah berlarian ke Balai Seni Lukis Negara, tapi tutup. 

Penulis cuba berlarian ke Muzium Negara.
Cuma sempat ziarah 3 dewan sahaja. 

Selepas itu ziarah ke sebelah muzium etmologi.
Muzium orang asli dan tradisi Melayu. 

Selepas itu singgah Jalan Sarikei.
Makan mee kolok daging di Dapur Sarawak.

Politik lalat. Penulis ikuti perkembangan pilihanraya negeri Sabah (PRN) sehingga tadi malam. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang. Warisan Plus kalah. Tapi Tun M mahukan juga Safie jadi PM.  Anwar pula kata sudah ada cukup nombor (?). Walaupun begitu, semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Malam pula berlarian ke Lookout Point Bukit Belacan Ampang.

Sep 27, 2020

IS TOYOTA RUSH A GOOD BUY

Toyota Rush in Chow Kit KL @2020


Penulis dapat memandu kereta baharu hari ini.
Tapi bukan kereta yg penulis beli ya. 

Kereta Toyota memang terbaik dari segi penyelenggaraan.
Kualiti pun lebih baik dari Proton Preve kann. Khannns?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Toyota Rush @2020

Sep 26, 2020

KAWAN JANGAN LUPA DIRI

 

Pagi tadi sudah uruskan pembukaan akaun bank baharu anak wedok.
Untuk pihak Mara permudahkan pemindahan duit pinjaman nanti. 

Ooh. Tulisan grafiti diatas penulis jumpa dalam tandas lelaki di Medan Mara.

"Peringatan untuk kawan jangan lupa diri.
Kamu dulu menangis minta tolong.
Ingat. Jangan jadi
kawan macam ini. Jangan
sampai di sumpah oleh kawan2.
Binasa nanti... Ingat..."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 25, 2020

LIVE GREAT

Semalam baru terima kad insuran perubatan dari ejen.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

STRUGGLING TO ATTEND PROPERTY SEMINAR IN JB FOR THE FIRST TIME

  Site walk this morning @2025 Biocon Nusajaya Selasa, 7 Januari 2025. Jam 10am sudah berlarian ke dalam tapak pembinaan. Bersama2 pasukan p...