Sungai Rengit @2020 |
Kebosanan mencipta kelainan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Kampung Tembioh Kota Tinggi Johor @2020 |
Chilis at KLCC @2020 |
Esok sudah gaji dihujung bulan.
Teringin hendak meratah daging lembu.
Asyik kais pagi kais petang motong rumput sahaja.
Jangan sampai menzalimi diri sendiri.
Makan steak classic ribeye di restoran Chilis KLCC sudah.
Pesan masakan tahap medium.
"10 auns stik ribeye lembut dan nyaman dimulut yang dibentuk dalam perasa istimewa kami sendiri, dihiasi dengan mentega berpengalaman. Dihidangkan dengan kentang tumbuk dan sayuran bermusim." - Google translate.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
This is not mine @020 |
Sekretari N sudah selongkar laci-laci pekerja lama.
Dan berikan laci kepada pekerja baharu.
Tadi Sekretari N sudah temui sekotak rokok.
Rokok bukan untuk pasaran tempatan.
Sebab kotak rokok Malaysia dipenuhi gambar2 pesakit akibat kanser rokok.
Tapi tiada diantara kami yg menghisap rokok.
Penulis lagilah tidak hisap rokok.
Hisap benda lain yg lagi enak. Nyot nyot.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dapur Sarawak Jalan Sarikei KL @2020 |
Pagi penulis sudah berlarian ke Balai Seni Lukis Negara, tapi tutup.
Penulis cuba berlarian ke Muzium Negara.
Cuma sempat ziarah 3 dewan sahaja.
Selepas itu ziarah ke sebelah muzium etmologi.
Muzium orang asli dan tradisi Melayu.
Selepas itu singgah Jalan Sarikei.
Makan mee kolok daging di Dapur Sarawak.
Politik lalat. Penulis ikuti perkembangan pilihanraya negeri Sabah (PRN) sehingga tadi malam. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang. Warisan Plus kalah. Tapi Tun M mahukan juga Safie jadi PM. Anwar pula kata sudah ada cukup nombor (?). Walaupun begitu, semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Pagi tadi sudah uruskan pembukaan akaun bank baharu anak wedok.
Untuk pihak Mara permudahkan pemindahan duit pinjaman nanti.
Ooh. Tulisan grafiti diatas penulis jumpa dalam tandas lelaki di Medan Mara.
"Peringatan untuk kawan jangan lupa diri.
Kamu dulu menangis minta tolong.
Ingat. Jangan jadi
kawan macam ini. Jangan
sampai di sumpah oleh kawan2.
Binasa nanti... Ingat..."
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Semalam baru terima kad insuran perubatan dari ejen.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Setiap pagi sebelum bertugas memotong rumput.
Penulis selalu beli susu Goodday.
Baru penulis perasan tadi kalau beli 2 kotak dapat diskaun.
Ooh. Gambar Genting Highlands dari padang tempat penulis memotong rumput ini ketika langit cerah siang tadi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.