Aug 8, 2020

MERDEKA 118 TOWER



Pantun klasik.

Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Apakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat "Burung Terbang Dipipiskan Lada" bermaksud sudah bersedia untuk mengharapkan hasil yang belum diperolehi atau dengan erti kata lain seseorang yang mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

Gambar lalat diatas sekadar hiasan semata-mata. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 7, 2020

BULAN KEMERDEKAAN 2020



Sudah lama bebienor penulis hendak meratah daging panggang.
Jangan menzalimi diri sendiri ya.

Haruslah pesan stik masakan separa matang sudah.
Me'nate steak hub bangi sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Earlier that evening...











A NEW LAPTOP



Setelah lebih 4 bulan bertugas memotong rumput dipadang yg baharu.
Komputer riba yg baharu sudah tiba.
Skrin kecil pula.
"Monitor tambahan lu beli sendiri," kata boss.
Kapasiti memori pun kecil juga.

Harus terus guna komputer riba peribadi sendiri yg sedia ada.

Oh gambar roti bakar diatas.
Singgah sebentar di RnR Serdang arah selatan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Aug 6, 2020

SALAM KHAMIS MALAM JUMAAT



Cikputih sikuda tua sudah masuk ke tahun lima belas bersama penulis.

Masih berjalan seperti biasa.
Walaupun kadang-kadang masalah brek.

Pahit manis bersama.
Kadang-kadang terkurung berbulan2 tanpa ditunggang.
Bermadu itu biasa.
Tendang terajang tengking maki hamun itu luarbiasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 5, 2020

DONT LOOK DOWN



Jangan memandang rendah kepada orang lain.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 4, 2020

EARBUDS UNTUK ISTERI



Semalam sudah tiba alat pendengaran lekap telinga earbuds yg penulis pesan di Lazada (rm22.80).

Updated lalat. Selepas beberapa hari guna earbuds ini, timbul masalah lain pula. Sebab guna gigibiru, penulis cuba pakai earbuds sehingga ke bilik air dan tinggal henfon diatas padang sahaja. Bila gigibiru tidak kecapaian, maka henfon secara otomatis berbunyi sendiri guna speaker. Aiyah. Sudah timbul kemaluan pula bila rakan sekerja membebel kerana bunyi henfon yg keterlaluan. Juga, masa mesyuarat tingkap guna skype, mikrofon tidak berkuasa sangat. Maka penulis abaikan dahulu penggunaan earbuds ini. Kembali kepangkal jalan.

Updated lalat lagi.
Minggu lepas (5/9) henfon isteri penulis (yg itu) sudah rosak sebab bila dimasukkan kedalam henfon redmi note 9 pro nya tiada suara. Jadi bila penulis berikan earbuds ini, isteri penulis (yg itu) amat berasa gembira.

Updated tahun 2023.
21/4/23 - ngam2 tiga tahun, earbuds ini sudah tidak berfungsi. Wak pun sudah order di shopee.  Walaupun begitu, earbuds hitam milik wak yg dibeli pd waktu yg hampir sama masih berfungsi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 3, 2020

PLAZA MASALAM



Sembang lalat.

"Aku kalo kawen mesti nak jumpa bini tua yg skunk ni dulu," katanya.
"Taknak pening kepala ada orang serang2 dikendian hari," katanya.
"Aku tak kisah madu dengan bini tua, tapi aku taknak ada madu lainns," katanya.

Baguslah begitu.
Bukan seperti ada perempuan yg sebelum kahwin pijak semut pon tak mati.
Semua cakap tak kisah.
Tapi bila sudah kahwin, laki silap sikit pon kena maki hamun depan2 orangramai.
Hipokrit sungguh.

Tapi kan.
Ramai je perempuan yg cakap begitu pun akhirnya dapat madu juga.
Madu yg lebih muda lebih jeliter dan anggun lagi.
Karma berlaku tanpa harus menyakiti.

Cerita lalat lain.
Hari ini tidak hujan.
Haruslah cuci kereta.
Harap panas hingga ke petang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 2, 2020

KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK



Kebosanan mencipta kelainan.

Kali terakhir jumpa kawan sekolah lama, Ajar, pada 2013.



Blog bukanlah hakmilik kekal.







Jul 31, 2020

SALAM AIDILADHA 2020



Selamat hariraya aidiladha.
Maaf zahir batin dari penulis.

Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali2 akan sampai kepada Allah, tetapi yg sampai kepadaNya ialah amal yg ikhlas yg berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang2 itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuknya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yg sebaik2nya) kapda orang2 yg berusaha supaya baik amalnya. (Surah alhajj ayat 37)


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 30, 2020

GOOD MORNING KLCC



Selamat pagi Khamis malam Jumaat.

Menara berkembar tertinggi didunia 2020.
Diulangi 'berkembar' ya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NAJIB DIHUKUM PENJARA 12 TAHUN DENDA RM210 JUTA SAHAHA



Kepalagaris lalat. Najib dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta sahaja.
Itu baharu satu kes. Ada 7 kes lagi menyusul.

Ehh, kakros mana kakros?

Semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.
Aminn ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.