Jul 21, 2020
NO MASK NO ENTRY
Semalam penulis hendak ke menara BSN.
Tapi pemandu grab tidak benarkan naik kereta.
Sebab penulis tidak pakai pelitup mulut dan hidung.
Yo wes.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 20, 2020
PANTAI SIRING & BATU TENGGEK
Pagi sarapan di Pantai Siring.
Nasi lemak telur mata.
Dan seafood celop tepung.
Petang ber"
Eh silap. Petang bersanrais pulak. Patutnya ber"sunset". Hahaha. Ampunkan penulis ya. ;p
Fantun lalat. Kalo takut dilambong ombak, jgn berumahtanga byk2 ditefian fantaiii. Ammvoiii.
Pantun lalat. Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan; Buang emak buang saudara, Kerana kasih hamba turutkan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 19, 2020
BUKIT ST PAUL
Jul 18, 2020
THIS IS SUPER RING
Jul 17, 2020
MERDEKA 118 TOWER
Assalamualaikum.
Salam jumaat.
Malam tadi malam jumaat.
Kemaskini lalat.
Selepas berbulan2 tidak bersolat jumaat berjemaah.
Akhirnya berjaya juga menunaikan fardhu kifayah hari ini.
Alhamdulillah.
Tapi kena halang di masjid India.
Sebab tidak bawa mykad. Aiyah.
Terpaksa berlarian ke masjid Jamek.
Alhamdulillah urusan dipermudahkan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 16, 2020
MALAM JUMAAT - YASIN ATAU AL-KAHFI
Malam ini malam jumaat.
Kebiasaan membaca surah Yasin.
Tapi ramai ustaz bersependapat kata lebih afdhal baca surah al-Kahfi.
Link. FB Ustaz Azhar Idrus | Maulana Fakhrurrazi | Ustaz Kazim Elias
Nota lalat. Sekarang tgh dok hafaz surah at Takwir.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jul 15, 2020
TAJUL MULUK 2020
Jul 14, 2020
IXORA JUNGLE FLAME
Jul 13, 2020
ROTI ARAB DAGING KAMBING
Jul 12, 2020
JANGAN BELI HENFON HUAWEI
Jangan beli henfon Huawei.
Sebab tiada google bagai.
Sebab tiada gmail.
Sebab tiada youtube asli.
Demm.
Penulis terbeli juga.
Sebab utama kerana kecanggihan kamera Leicanya.
Kemaskini lalat. Selepas 2 minggu memakai henfon Huawei P40 Pro (RM3550).
Cuba pasang sendiri Playstore guna ajaran youtube. Tidak berjaya.
Akhirnya temujanji dengan budak motor LC godam dan pasang Playstore. (RM50).
Whatsapp pula bermasalah.
Hubungi khidmat pelanggan. 3 hari baru selesai.
Sekarang kembali kepada norma Android yg biasa.
Kemaskini Lalat.
2 Februari 2022.
Selepas pakai selama setahun 6 bulan.
Henfon Huawei P40 Pro masih gagah.
Gambar2 pun masih tidak mengecewakan.
Jatuh banyak kali atas batu gravel pun tidak retak, cuma calar.
- ditulis diatas Seafox Frontier Barge, al-Shaheen Complex offshore, Doha, Qatar.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
2 Februari 2022.
Selepas pakai selama setahun 6 bulan.
Henfon Huawei P40 Pro masih gagah.
Gambar2 pun masih tidak mengecewakan.
Jatuh banyak kali atas batu gravel pun tidak retak, cuma calar.
- ditulis diatas Seafox Frontier Barge, al-Shaheen Complex offshore, Doha, Qatar.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
MISUNDERSTOOD
Cerita pasal nenas potong.
Ditengahari yg panas berdeting.
Bila ditanya harga kepada cewek indon yg jual ditepian longkang itu.
"Satu duah," katanya.
Jadi penulis berikan sahaja dua hinggit.
"Eh, bukan dua hinggitlah wak. Cuman satu hinggit dua pohsyen saja," katanya lagi.
"Masa satu dijual dua hinggit. Nanti orang lari ngga ada mau datang beli!" beritahu cewek.
Maksudnya, sepotong itu harganya ialah RM1.20.
Ooh, penulis senyum sahaja.
Dan cewek indon itu pun membalas senyuman penulis.
Cerita lain lalat.
Petang tadi sudah berlarian ke Midvalley JB, bukan Midvalley KL.
Sebab isteri penulis (yg itu) berguling2 beberapa pekan mahu makan nasi ayam penyet.
Makan petang dahulu di LC Catering Jalan Tebrau.
Weh, saperla tak sayang bini. Tapi ada kan. Khannnns.
Ooh. Pagi tadi penulis sudah hantar cikputih servis.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...