Jul 12, 2020

MISUNDERSTOOD



Cerita pasal nenas potong.
Ditengahari yg panas berdeting.
Bila ditanya harga kepada cewek indon yg jual ditepian longkang itu.
"Satu duah," katanya.
Jadi penulis berikan sahaja dua hinggit.
"Eh, bukan dua hinggitlah wak. Cuman satu hinggit dua pohsyen saja," katanya lagi.
"Masa satu dijual dua hinggit. Nanti orang lari ngga ada mau datang beli!" beritahu cewek.
Maksudnya, sepotong itu harganya ialah RM1.20.
Ooh, penulis senyum sahaja.
Dan cewek indon itu pun membalas senyuman penulis.

Cerita lain lalat.
Petang tadi sudah berlarian ke Midvalley JB, bukan Midvalley KL.
Sebab isteri penulis (yg itu) berguling2 beberapa pekan mahu makan nasi ayam penyet.
Makan petang dahulu di LC Catering Jalan Tebrau.
Weh, saperla tak sayang bini. Tapi ada kan. Khannnns.

Ooh. Pagi tadi penulis sudah hantar cikputih servis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Jul 11, 2020

MISSION UNACCOMPLISHED



Walaupun sudah beratur panjang selama 33 minit.
Masih tidak berjaya solat jumaat.
Di Balai Polis Dang Wangi.
Tiada rezeki.

Tidak dapat bersolat jumaat berjemaah didalam.
Dapat tengok bumbung surau pun cukup kan.

Jadi bersidai sahaja di kedai mamak.
Pekena maggie goreng mamak dengan teh o ais limau.

Sebelum masuk kepadang potong rumput, sempat lagi jenguk2 henfon baharu.
Tengok sahaja tau.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







Jul 10, 2020

QILBAC



Penulis tidak patuh cuci tangan mengguna cecair pembasmi kuman.
Juga tidak ikut arahan pakai topeng penutup hidung dan mulut.
Apps Mysejahtera pun kadang2 pakai sahaja.
Tulis nama dan no henfon dibuku pelawat pun penulis buat cincai sahaja.
Tapi selalu kena tembak dikepala sebelum masuk kepadang tempat penulis potong rumput ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

GOOD MORNING KAMPONG BHARU



Assalamualaikum.
Dan selamat pagi lah kawan2 penulis2 semua.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Jul 8, 2020

RM2 TIPS



Tengahari penulis sudah berlarian ke Pekeliling.
Naik grab sudah.

Pakai Grabpay, tidak perlu bayar tunai. Tapi.

PΓ©pΓ© (indon: Pergi dan pulang) penulis beri tip dua hinggit sahaja.
Walaupun tidak seberapa.
Namun bersungguh2 pemandu2 grab warga emas itu mengucapkan terimakasih.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 7, 2020

Jul 5, 2020

KAIS PAGI



Kerja potong rumput di hujung minggu tidak berbayar.
Tanpa pengesahan majikan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 4, 2020

DUIT RAYUAN BANTUAN GKP



Setelah mengharungi pelbagai cobaan dan rintangan.
Dan menunggu dengan penuh debaran dan tawaduk.
Akhirnya rayuan diLULUS juga.
Duit bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) oleh kerajaan yg memerintah.

Duit bantuan BPN yg dahulu sudah lama habis. [+Peka B40]

Dan duit GKP sudah dideposit dengan selamat.
Dan bakal melangsaikan beberapa hutang bisnes kecil.
Dan untuk membeli mesin rumput yg baharu.
Termasuk bayar bil api TNB dan membeli sebongkah berlian. Boleh khanns?

#tqabahDin #covidisbad

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 3, 2020

STUCK ON JALAN ISTANA



Unrelated lalat.
Sebelum ataupun selepas tohmahan dan kritikan pengurusan Jakel.
Penulis belum pernah masuk kedalam kedai lagi.
Walaupun sepelaung sahaja dari padang tempat penulis memotong rumput ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 2, 2020

THE AHMAD MASLAN: TERKEJUT BERUK



Ahmad Maslan: Saya 'terkejut beruk' Shafie Apdal calon PM [+ kiniTV] [+youtube]

Setahu penulis "terkejut beruk" bukanlah peribahasa Melayu.

bagai beruk kena ipuh prb menggeliat-geliat kerana kesakitan;
berhakim kpd beruk prb meminta hukum kpd orang yg tamak;
bertukar beruk dgn cigak prb menukar yg lama dgn yg baru padahal sama juga buruknya;
mabuk kerana beruk berayun prb asyik memerhatikan sesuatu yg tidak berguna dgn menghabiskan masa.

Itu belum lagi peribahasa berkenaan kera, monyet, babun, mawas, ungka, lotong, dll.

Nota lalat. prb = peribahasa

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.