Jul 10, 2020

GOOD MORNING KAMPONG BHARU



Assalamualaikum.
Dan selamat pagi lah kawan2 penulis2 semua.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Jul 8, 2020

RM2 TIPS



Tengahari penulis sudah berlarian ke Pekeliling.
Naik grab sudah.

Pakai Grabpay, tidak perlu bayar tunai. Tapi.

Pépé (indon: Pergi dan pulang) penulis beri tip dua hinggit sahaja.
Walaupun tidak seberapa.
Namun bersungguh2 pemandu2 grab warga emas itu mengucapkan terimakasih.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 7, 2020

Jul 5, 2020

KAIS PAGI



Kerja potong rumput di hujung minggu tidak berbayar.
Tanpa pengesahan majikan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 4, 2020

DUIT RAYUAN BANTUAN GKP



Setelah mengharungi pelbagai cobaan dan rintangan.
Dan menunggu dengan penuh debaran dan tawaduk.
Akhirnya rayuan diLULUS juga.
Duit bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) oleh kerajaan yg memerintah.

Duit bantuan BPN yg dahulu sudah lama habis. [+Peka B40]

Dan duit GKP sudah dideposit dengan selamat.
Dan bakal melangsaikan beberapa hutang bisnes kecil.
Dan untuk membeli mesin rumput yg baharu.
Termasuk bayar bil api TNB dan membeli sebongkah berlian. Boleh khanns?

#tqabahDin #covidisbad

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 3, 2020

STUCK ON JALAN ISTANA



Unrelated lalat.
Sebelum ataupun selepas tohmahan dan kritikan pengurusan Jakel.
Penulis belum pernah masuk kedalam kedai lagi.
Walaupun sepelaung sahaja dari padang tempat penulis memotong rumput ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 2, 2020

THE AHMAD MASLAN: TERKEJUT BERUK



Ahmad Maslan: Saya 'terkejut beruk' Shafie Apdal calon PM [+ kiniTV] [+youtube]

Setahu penulis "terkejut beruk" bukanlah peribahasa Melayu.

bagai beruk kena ipuh prb menggeliat-geliat kerana kesakitan;
berhakim kpd beruk prb meminta hukum kpd orang yg tamak;
bertukar beruk dgn cigak prb menukar yg lama dgn yg baru padahal sama juga buruknya;
mabuk kerana beruk berayun prb asyik memerhatikan sesuatu yg tidak berguna dgn menghabiskan masa.

Itu belum lagi peribahasa berkenaan kera, monyet, babun, mawas, ungka, lotong, dll.

Nota lalat. prb = peribahasa

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 1, 2020

SELAMAT PAGI DANG WANGI



Assalamualaikum dan selamat pagi warga blogger.

Cerita lain.
Alhamdulillah.
Solat Isyak berjemaah disurau berdekatan.
Pak imam orang Arab.
Baca sebahagian surah an-Naba dan an-Nazi'at.
Antara surah-surah yg penulis sedang hafaz.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Jun 30, 2020

BERHARAP AIR, PANCURAN YANG TERBIT



Maksud peribahasa "berharap air, pancuran yg terbit."
Untuk mendapatkan sesuatu yg lebih besar dan istimewa daripada yg diharapkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 29, 2020

SOON NURSERY



Assalamualaikum.
Salam pagi senin ya kawan2 penulis semua2 lah.

Petang semalam temankan isteri penulis (yg itu) mencari anak pokok pisang atau kelapa.
Untuk ditanam di tanah sekangkang kera itu.
Tapi manalah ada jual ditengah pekan.
Lainlah kalau tinggal di kampung.

Walaupun begitu.
Terbelilah juga anak pokok rambutan, dan limau nipis.
Bonsai tidak dibeli, tapi.
Harap2 hidup subur.
Aminn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.