Jun 25, 2020
MAYBANK TOWER
Sebelum adanya Menara berkembar Petronas (KLCC), bangunan tertinggi di Malaysia adalah Menara Maybank.
Sekarang, kita ada projek pembaziran menara Ros Mahal dan menara Merdeka 118 Tower yg tak siap2.
Menara Merdeka (PNB) 118 ada di belakang menara Maybank itu yg akan menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara.
Kelihatan dari surau tempat penulis memotong rumput ini.
Nota lalat.
Mula2 pun penulis ingatkan Menara Dayabumi adalah bangunan tertinggi sebelum menara berkembar KLCC., tetapi sangkaan penulis adalah salah selepas periksa di dalam wikipedia.
Kompleks Dayabumi = 157 m (515 ft)
Menara Maybank = 243.54 m (799.0 ft) - jauh lebih tinggi ya.
Menara KLCC Petronas = 378.6 m (1,242 ft) - sebagai perbandingan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 24, 2020
RAYUAN GKP DILULUSKAN
Berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, ia memberikan kesan kepada ekonomi dunia dan negara kita tidak terkecuali.
Mana tidaknya, semua golongan terkesan seperti peniaga kecil, syarikat besar, industri pelancongan dan banyak lagi pasti perlukan bantuan terutama sekali selepas Perintah Kawalan Pergerakan yg menjejaskan punca pendapatan.
Oleh itu, kerajaan telah memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk semua rakyat tidak berkecuali. Juga kerajaan meluluskan 76 peratus permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yg diterima setakat tarikh tutupnya 15 Mei lalu.
Alhamdulillah. Bulan lepas BPN penulis diluluskan. [+ Peka B40]
Golongan B40 adalah golongan sasaran yang wajib dibantu dalam sesebuah negara.
Pemotong rumput yg kais pagi kais petang ini adalah rakyat marhein yg termasuk dalam golongan B40.
Dan kontrak kecil-kecilan potong rumput yg penulis lakukan ini termasuk dlm PKS.
Bercukur saje khanns.
Dan hari ini rayuan GKP (Geran Khas Prihatin) penulis juga telah diluluskan oleh kerajaan yg memerintah.
Terimakasih abahDin.
Alhamdulillah.
Walaupun sebelum ini penulis tidak pernah menerima bantuan BR1M.
Tapi permohonan untuk BSH (Bantuan Sara Hidup) telah ditutup pula.
Yo wes.
Tiba-tiba penulis hendak makan ketam cili bertelur pula.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 23, 2020
JANGAN MENZALIMI DIRI SENDIRI
SETELAH bertungkus lumus kais pagi kais petang potong rumput, haruslah penulis menghadiahkan diri sendiri dua pasang kasut baharu.
Beli harga potongan diskaun pasca PKP di SOGO yg sepelaung jauhnya itu sudah.
Kata orang, beli kasut baharu harus digigit kasut itu dahulu sebelum kasut itu menggigit tumit kita.
Betul kah?
Ah, bidaah semua tu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 22, 2020
MAKAM ANAK DARA
"SUDAH-SUDAHLAH DI PENGHUJUNG USIA REBUT NAMA"
Jun 21, 2020
Jun 20, 2020
Jun 19, 2020
TANDAS CANGGIH
Disclaimer. Ini mungkin entri remeh.
Walaupun penulis orang kampung asli yg guna tandas cangkung.
Tapi bila guna tandas duduk tidaklah sampai penulis pijak tempat duduk dengan kasut.
Sekarang ini di tempat memotong rumput ini, penulis kena belajar cara guna tandas air semburan bidet itu pula.
Ada orang kata jamban di Jepun itu sudah lama guna semburan air seperti ini.
Tapi seingat penulislah, jamban cangkung di Jepun dorang guna terbalik.
Sila bayangkan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 17, 2020
KL TOWER 2020
Jun 16, 2020
DK ILLUSTRATED FACTFINDER
Jun 15, 2020
KUNDOR BEACH
Subscribe to:
Posts (Atom)
TIME TO GO HOME
Rabu, 13 November 2024. Hari2 terakhir di limbungan kapal ini.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...