Hari pertama bertugas memotong rumput di pejabat yg baharu. WFO.
Setelah dua bulan lebih penulis memotong rumput dari rumah. WFH.
Dan bersama-sama dengan superintendent dari luar pantai.
Yg selama ini dikenali suara masing2 dari mesyuarat tingkap Skype sahaja.
DRIVE LIKE A LADY
Pagi-pagi sudah tiba seperti dijangkakan.
Penulis parkir di depan balai polis, di kawasan terbuka. RM6 sekali masuk.
Superitendent Lim (bukan nama sebenar) parkir dibawah bangunan. RM3.50 sejam.
Jadi tadi Superitendent Lim hendak keluarkan keretanya dan parkir didepan balai polis juga.
"Kete mewah baru pon nak jimat parking," getus hati penulis.
Penulis ikut juga sebab kena ambil tetikus yg tertinggal dalam cikputih.
Kalau tiada tetikus bagaimana hendak memotong rumput kan?
Punyalah lemah lembut Superintendent Lim memandu kereta itu.
"Wak jangan marah naa, ni keleta bahalu waiff saya punyah," beritahunya.
"Saya tak suka reverse," katanya lagi.
"Wak mesti pakai seatbelt," sambil menjeling dan tunggu penulis pasangkan belt sendiri.
"Saya kelije offshore 20 tawon, ni keleta bahalu waiff bawak pon dekat2 saja," Superintendent Lim borak2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.