Jun 1, 2020

MOLES ON NECK

Please hover your mouse.

Cara menghilangkan beberapa tahi lalat dan kutil di leher dengan murah, cepat, dan mudah.
Tanpa keluar wang juta2 lemon.

1. Sembur dengan sanitizer.
2. Ketip dengan pengetip kuku.
3. Tampal pelekat luka.

Nota lalat. Hanya tahi lalat (kutil) yg bersaiz besar sahaja yg penulis hapuskan dengan kaedah penggunaan ketip kuku ini. Yg kecil2 itu penulis biarkan sahaja hingga akhir nanti.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 30, 2020

PEKA B40



Alhamdulillah. BPN diluluskan.

Golongan B40 adalah golongan sasaran yang wajib dibantu dalam sesebuah negara.
Pemotong rumput yg kais pagi makan petang ini adalah rakyat marhein yg termasuk dalam golongan B40.

Bercukur saje khanns.

Penulis harap GKP juga diluluskan pada bulan hadapan. Amin ya robbal alamin.
Updated. Alhamdulillah. GKP diluluskan walaupun terpaksa berguling2 buat rayuan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 8, 2020

LOT LIDI



1 ekar = 43,560 kaki persegi
1 kaki persegi = rm68

Jadi kalau ada tanah dikampung, 1 ekar = rm 2,962,084 (Ringgit Malaysia Satu Juta Sembilan Ratus Enam Puluh Dua Ribu Lapan Puluh Empat sahaja)

Nota lalat.
RISIKO BELI TANAH LOT TIADA GERAN INDIVIDU

Lot Lidi adalah sebidang tanah yang mempunyai geran yang sah, tetapi kemudiannya dipecah-pecahkan lot kecil untuk dijual semula dengan tujuan untuk membina rumah.

Kegiatan menjual lot lidi yang semakin berleluasa berpunca daripada masalah harga rumah yang semakin mahal, tiada ilmu berkaitan urusan jual-beli hartanah dan keinginan untuk membina rumah di atas tanah sendiri.

Tinjauan mendapati kegiatan ini sering tertumpu di kawasan pinggir bandar, yang mana sasaran pembelinya terdiri dari penduduk-penduduk kampung, pesara atau keluarga muda.
Akan tetapi, terdapat banyak risiko yang akan dihadapi kepada pembeli-pembeli lot lidi atau geran kongsi.

Antara RISIKO membeli Lot Lidi adalah :

1. Tidak Boleh Dipindah Milik Kepada Pembeli

Sekiranya salah seorang pembeli lot lidi ingin menjual semula lotnya kepada orang lain, tiada prosedur undang-undang yang sah boleh dilaksanakan untuk urusan jual beli berkenaan melainkan mereka terpaksa membuat Surat Pemegang Amanah baru yang memerlukan Pemegang Amanah sendiri untuk melaksanakannya.

Sekiranya Pemegang Amanah itu enggan untuk menukar nama atas apa-apa sebab (perbalahan, tiada masa, malas, nyanyuk, sudah meninggal dunia atau sebagainya) maka proses pertukaran nama itu tidak boleh berlaku.

2. Nama Pembeli Tiada Dalam Geran

Dokumen yang menunjukkan anda ialah seorang pemilik di dalam lot lidi hanyalah dengan melalui Surat Pemegang Amanah sahaja. Hanya seorang yang akan menjadi Pemegang Amanah bagi kesemua pemilik-pemilik lot lidi dan nama Pemegang Amanah itu sahaja yang akan didaftarkan di dalam geran.

Sebagai contoh jika ada 12 orang pembeli lot lidi di dalam satu kawasan, nama Pemegang Amanah akan tertera di dalam geran sebagai mewakili 11 pembeli yang lain.
Pemegang Amanah ini boleh jadi terdiri daripada salah seorang pembeli lot lidi atau boleh jadi juga pemilik asal tanah berkenaan. Hakmilik adalah punca kuasa yang sangat penting di dalam apa-apa urusan tanah.

Jika nama tiada di dalam hakmilik, mereka tidak layak untuk berurusan apa-apa mengenai tanah berkenaan walaupun diikat dengan Surat Pemegang Amanah.

3. Tidak Tahu Kedudukan Sebenar Tanah

Pembeli akan mempunyai masalah dalam menentukan persempadanan rumah sesama pembeli yang lain. Dalam kebanyakan kes, persempadanan ini membawa kepada pertelingkahan dan salah faham sesama pembeli.

4. Tidak Boleh Bina Rumah Secara Sah Di Atasnya

Lot lidi lazimnya ialah lot yang bersyarat pertanian. Membina rumah di atas lot bersyarat pertanian adalah kesalahan serius seperti yang termaktub di dalam Seksyen 125 Kanun Tanah Negara. Anda akan dikenakan denda atau tanah anda boleh dirampas.

5. Tidak Boleh Digadaikan Kepada Bank Untuk Mendapatkan Pinjaman

Ramai pembeli rata-ratanya memang bertujuan nak bina rumah sendiri atas tanah yang dibeli. Tapi bagi kes seperti ini, awal-awal lagi loan akan ditolak. Sebab utamanya nama tiada dalam geran dan kalau nama dimasukkan ramai-ramai pun, ianya masih lagi dibawah geran yang dikongsi beramai-ramai (bank tak suka perkara-perkaraseperti n).

6. Tidak Boleh Diwariskan Kepada Waris Apabila Pembeli Meninggal Dunia

Ini adalah risiko terbesar yang perlu dihadapi oleh pemilik-pemilik lot lidi. Jika Pemegang Amanah meninggal dunia, pembeli-pembeli lot lidi bolehlah diibaratkan seperti layang-layang terputus tali.

Memang benar mereka boleh melantik Pemegang Amanah yang baru, tetapi prosedurnya bukanlah semudah seperti yang disangka. Anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan, prosedur pesaka yang rumit, masa yang lama, kos yang tinggi dan kemungkinan berlaku perbalahan yang berpanjangan.

7. Tanah Masih Menjadi Hak Pemilik Asal

8. Tidak Layak Dapat Pampasan Jika Tanah Diambil Oleh Kerajaan

Jika Kerajaan berhasrat untuk membuat pengambilan di atas tanah berkenaan kerana sebab-sebab tertentu, pembeli lot tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan.

Hanya Pemegang Amanah yang akan dipanggil untuk sesi pendengaran malah wang pampasan akan diberikan kepada Pemegang Amanah sahaja. Pembeli-pembeli lot perlu berurusan dengan Pemegang Amanah untuk membahagi-bahagikan wang pampasan.

9. Tidak Boleh Dipindah-milik Kepada Waris

Oleh kerana nama pemilik-pemilik lot lidi tidak didaftarkan di dalam geran, waris-waris si mati tidak boleh memulakan prosedur pesaka kerana secara teorinya tanah berkenaan adalah milik Pemegang Amanah.

10. Terdedah Kepada Unsur-Unsur Penipuan Dan Perbalahan

Elakkan diri anda daripada diperdaya dengan janji-janji manis penjual lot lidi seperti :

- Akan membuat tukar syarat atas tanah itu selepas semua lot habis dijual.
- Akan mengemukakan pelan pembangunan kepada pihak berkuasa.
- Akan pecahkan lot secara betul menggunakan juruukur berlesen pada masa akan datang.
- Sempadan lot lidi akan ditanam dengan batu sempadan.
- Nama akan ditukar secara automatik jika Pemegang Amanah meninggal dunia.
- Tidak akan ada masalah kerana ada Surat Pemegang Amanah.
- Lot lidi adalah sah dari segi undang-undang.

Glosari :

PEMEGANG AMANAH : Salah seorang yang melantik diri sendiri atau dilantik oleh pembeli-pembeli lot lidi untuk memegang amanah bagi semua pembeli dan hanya namanya seorang yang didaftarkan di dalam geran.

SURAT PEMEGANG AMANAH : Surat berupa perjanjian di antara pembeli-pembeli dengan Pemegang Amanah yang menyatakan bahawa Pemegang Amanah akan memegang hak di atas tanah berkenaan. Ia juga dipanggil Surat Ikatan Amanah.

PUSAKA : Prosedur pembahagian tanah kepada waris selepas berlakunya kematian pemilik tanah.

*kredit kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kerian atas perkongsian ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 5, 2020

DURING THE LOCKDOWN



Perintah kawalan pergerakan fasa 1, 2, 3 dan 4.
Tidak banyak peristiwa yg berlaku di rumah no 1.
Selain menonton movie banyak2.

  • Renovasi dapur jadi tergendala.
  • Pili air bilik mandi patah.
  • Mesin basuh masukkan air secara manual.
  • Pesanan foodpanda tidak diambil oleh penunggang motorsikal.
  • Penghantaran huruhara McD sebanyak 3 kali dalam satu pesanan.
  • Install Autocad 2020.
  • Install Naviswork Manage 2020.
  • Install Nuance Power PDF Advanced.
  • Pertama kali dengar perkataan 'gangway', 'isolation plan'.
  • Kerap menggunakan kaedah mesyuarat jarak jauh dengan skype dari Masai, KL dan Doha.
  • Pembaik paip datang rumah dan perbaiki pili air dan pam tandas yg rosak.
  • Perbaiki sendiri pili air untuk mesin basuh.
  • Pesan atas talian: dakwat printer.
  • Gerak Malaysia apps yg mengecewakan.
  • Baru tahu yg duit BPN sudah dimasukkan dlm akaun pd awal bulan lepas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.