Feb 15, 2020
BERUANG HILL
Pagi2 penulis sudah berlarian ke Bukit Beruang.
Kemudian petang penulis berlarian mencari topeng muka.
Ada farmasi yg hadkan sorang boleh beli 2 lai.
Ada farmasi yg benarkan 5 lai sorang sahaja.
Tapi selai tetap lapan poh sen.
Kemudian penulis berlarian mencari cendol.
Movie lalat. The Fall 2006.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
JEMUAHAN NANG SUNGEI WAY
Feb 14, 2020
POOR DASHCAM VIDEO QUALITY
Dalam kereta cikputih penulis sudah lama pasang video kamera (baca, dashcam) untuk keselamatan dan kesejahteraan.
Tapi gambarnya yg tidak berkualiti dan tidak tajam.
Nombor plat pendaftaran motor kapcai yg 2 awek sedang menunggang itu pun tidak jelas.
Tarikh yg tertera di skrin monitor itu pun tidak tepat walaupun sudah berkali2 diperbetulkan.
Penulis sedang berangan-anganan untuk tukar yg baharu.
Nantilah dahulu sebab sekarang poket pun asyik bocor sahaja.
Soru pun selalu missed. Gituu.
Cerita lalat berkaitan. Ustaz pesan kalau nak lancar menghafaz ayat2 quran dan tidak akan terlupa ayat2 yg sudah dihafaz haruslah kurangkan memandang benda2 maksiat dan yg kurang berfaedah.
Salam hari Jumaat kawan2 semua2 lah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Feb 13, 2020
SETEL
Pagi2 tadi semasa penulis mengisi minyak di stesen minyak Petronas Awan Besar.
Terperasan penulis ada ahkak Almeera isi minyak pakai apps Setel dalam henfonnya untuk buat bayaran dahulu.
Pastu ahkak pun kuar kereta Almeera hijau terus isi minyak.
Tapi dia tinggalkan sahaja hos minyak pada tangki kereta.
Dia kunci kereta Almeera hijau dan berjalan ke dalam kedai Mesra.
Canggih juga, getus hati penulis.
Tidak perlu beratur ke kaunter atau masukkan kad kredit dahulu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Unrelated image. Jajan roti 90sen dalam opis @2020 |
Feb 12, 2020
GOOD MORNING PUCHONG
Masjid as Salam taman tasik Puchong Perdana pagi tadi.
Matahari terbit (baca, sunrise) lah sangat.
Movie lalat. An Unfinished Life 2005.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Feb 11, 2020
KISAH KUIH LAPIS
Kuih lapis merupakan sejenis kuih yang terdapat di Malaysia. Kuih ini terdiri daripada beberapa lapisan bumi dan boleh didapati dalam berbagai-bagai warna, namun warna merah ialah warna tradisional dan sedap lagi menyedapkan.
Cerita lalat pagi tadi.
Di restoran melayu setelah membuat pilihan nasi lemak bungkus telur goreng dan kuih lapis. Teh o satu.
Penulis ingatkan harga dalam rm5.
Tapi awek tuan kedai yg jeliter itu cakap, "wak, semua rm9.30."
Walaupun agak terkezot tapi penulis akur dan bayar sahaja. Yo wes.
Lagipun kalau pesan di mekdi yg harga juta2 lemon tidak pernah dikomplen kannns.
Bila penulis duduk dimeja dan mulakan santapan, awek tuan kedai yg jeliter itu datang.
"Wak tadi terlebih dua hinggit.." katanya. Sambil hulurkan wang kertas biru dua keping.
Penulis senyum sahaja. Dan dia pun membalas senyuman penulis. OTL
Movie lalat. A Lonely Place to Die 2011.
2. Ned Kelly 2003.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Feb 10, 2020
FACE MASKS OUT OF STOCK IN MASAI
Topeng muka sudah kehabisan simpanan (baca, out of stock) di semua farmasi diseluruh negeri.
Begitu juga dengan pencuci tangan sanitizer.
Movie lalat. 1. Kill List 2011.
2. The Illusionist 2006.
3. Midnight Run 1988.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Feb 8, 2020
GOOD MORNING MASAI
Feb 7, 2020
MENDAKI TANGGA MASJID
Jemuahan nangdi wak?
Penulis berlarian ke masjid Tengku Kelana Jaya.
Solat jumaat dekat sahaja dengan tempat memotong rumput ini.
Tajuk khutbah: Mendaki Tangga Masjid.
Intipati: Namun persoalannya berapa ramaikah antara kita yg sanggup pergi ke masjid dibandingkan dengan kesanggupan kita mengembara dan menempuh perjalanan yg jauh untuk bercuti? Berapa ramaikah yg sanggup mendaki anak-anak tangga masjid, dibandingkan dengan bilangan yg sanggup mendaki bukit bukau dan gunung-ganang yg tinggi? - Deep khanns.
Untuk teks sembahyang Jumaat hari ini yg lengkap sila istiqomah di SINI.
Movie lalat. 1. What Happens in Vegas 2008.
2. The Hurt Locker 2008.
3. The Entitled 2011.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
SEPETANG DI KUALA LUMPUR
NIM (not his real name) looking out of the meeting room @2020 |
Petang penulis telah berlarian ke Kuala Lumpur.
Ada mesyuarat tingkap dengan klien.
Usai mesyuarat limpas dibawah lembayong jambatan Saloma yg baharu dibuka dari Kg Baru ke KLCC limpas kuburan P. Ramlee.
Buletin lalat. Kos pembinaan Saloma Link ini adalah rm31juta sahaja.
Movie lalat. Crazy Rich Asian 2018.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
On the G-Tower Jalan Bapak Najib @2020 |
Looking up @2020 |
Jambatan Saloma Link on AKLEH @2020 |
Jambatan Saloma Link on AKLEH @2020 |
Jambatan Saloma Link on AKLEH @2020 |
Feb 6, 2020
PARADIGM MALL
Subscribe to:
Posts (Atom)
AMWAY Nutrilite GUTPROtein Set PWP & GWP
Nutrilite GUTPROtein Set PWP & GWP BUY Nutrilite GUTPROtein Set GUTPROtein Set A (327419) Consists of: • 1x Nutrilite Soy Protein Dri...
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...