Jan 31, 2020
HIMPUNAN 405
Penulis bersolat jumaat di masjid al hidayah Kelana Jaya.
Semoga dipermudahkan urusan.
Amin ya robbal alamin.
Movie lalat. The Woman 2011.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
YOUTH PARK
Salam pagi Jumaat kawan2 semua lah.
Pagi2 tadi penulis sudah singgah di taman tasik Kelana Jaya.
Dekat sahaja dengan tempat penulis memotong rumput ini.
Pejabat di Zenith Corporate Park Kelana Jaya.
Hati2 bila berjalan disini.
Takut terpeleset kerana tempat ini amat popular sebagai pelabuhan mat2 gay (baca, gembira).
Jangan cakap penulis tidak beritahu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 30, 2020
LIFE MUST GO ON
Jan 29, 2020
ANUG MOCLEC
Hari ini pelbagai musibah melanda.
Antaranya talian henpon Celcom penulis kena sekat (baca, barred).
Aduhai.
Harap masih boleh kemaskini blog.
Hidup perlu diteruskan.
Movie lalat. Texas Killing Fields 2011.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 28, 2020
MASAK AIR SEBELUM MINUM
Semalam penulis sudah berlarian ke Kuala Pilah.
Hantar anak wedok ke kolejnya.
Terus penulis berlarian ke lebuhraya Lekas.
Singgah sebentar di simpang Bukit Putus.
Ambil air matair dari gunung.
Sebelum itu terpaksa ikut laluan elak macet.
Waze dan Google Maps arah masuk kampung jalan potong yg sempit.
Tiba2 juga henpon penulis jadi kaput.
Tidak boleh disentuh skrinnya.
Terpaksa singgah di Tesco Kajang untuk diperbaiki.
Mamat cina kata tunggu 30 minit.
Ludah sana ludah sini 13 minit siap.
Upah tiga poh hinggit. Jilake.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Luckily I arrived just one minute earlier than this makcik and her husband who came with hundreds of empty big size bottles. |
Jan 27, 2020
HERBICIDES 2020
Aktiviti hari ini.
1. Perbaiki dan ganti pili air di singki dapur.
2. Sembur pam racun rumput di laman rumah sekangkang kera.
Nota lalat. Mana nak cari benih anak pokok pisang dan pokok kelapa ditengah2 bandar ni?
Movie lalat. 1. Warrior 2011.
2. The Salvation 2014.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 26, 2020
DISANA MENANTI DISINI MENUNGGU
Looking Up, Taman Tasik Tun Jeanne Abdullah @2020 |
Bila ada dua pilihan diawal pagi.
Pilihan 1.
Berlarian ke taman tasik dan daki bukit dahulu.
Tapi bila balik nanti lontong masai kegemaran penulis akan kehabisan.
Pilihan 2.
Pergi sarapan lontong masai dahulu.
Tapi bila turun mendaki mesti cuaca sudah panas terik berdeting.
Jadi penulis pilih no. 2.
Dapat makan lontong dan dapat panas yg terik.
Movie lalat. 1. Unleashed 2005.
2. Already Tomorrow in Hong Kong 2015.
3. Blackthorn 2011.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Looking Down, Taman Tasik Tun Jeanne Abdullah @2020 |
Lontong telur, Restoran Zarahman Masai @2020 |
Jan 25, 2020
NANTI SAING EK
Welcome to Johor @2020 |
Hanya orang negara J sahaja yg sebut "ekk".
Dan orang seberang tambak dilanggar todak sahaja yg suka cakap "gerek seh".
Seloka orang Johor:
kurang ajarnya tetap santun,
lembutnya cukup jantan,
dajalnya masih selamba,
nakalnya bersulam jenaka,
menikam dengan pantun,
manyanggah dengan senyuman,
marahnya dalam tertawa,
merendah bukan menyembah,
meninggi bukan melonjak.
- Usman Awang
Ini pula pato kok klate (pantun orang Kelantan), unrelated:
Jerang air dale kendi ( jerang air dalam kendi )
Nok hide ko tok tua mari ( untuk dihidang kepada bapa mertua datang )
Kalu jenih tino malah mandi ( kalau perempuan jenis yang malas mandi )
Besar seksok payoh bulih tok laki ( besar nanti payah dapat suami ).
- tok bah Google
Gitu.
Hari ini Sabtu sudah cuti hariraya cina.
Cuti panjang sehingga Isnin.
Dalam berlarian pulang ke Johor (baca, Johor Bahru) penulis baharu perasan tanda takat minyak tinggal satu bar.
Baharu sahaja limpas R&R Seremban.
Takut tersangkut dilebuhraya, penulis pun singgah ke bandar Seremban.
Boleh kan.
Movie lalat. 99 Homes 2014.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jalan Dato' Bandar Tunggal, Negeri Sembilan @2020 |
BSN main branch, Lot No. 894, Jalan Dato' Bandar Tunggal, Negeri Sembilan @2020 |
Jan 24, 2020
AMPANG PUTERI
Salam malam jumaat kawan2 penulis semua2 lah.
Petang semalam penulis telah berlarian ke Hospital Ampang Puteri.
Ziarah kawan lama yg sedang melayan bapanya (doktor pakar puan) yg sedang menjalani rawatan dialysis.
Ibunya doctor pakar sakit kulit pun ada disitu.
Usai ziarah dan solat maghrib di hospital penulis pun berlarian ke Àmpang Point.
Lapar dan makan di restoran Thai seafood.
Pesan nasi goreng ikan masin sahaja sudah.
Alone matcham biasa.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 23, 2020
SEPETANG DI KUALA LUMPUR
On Jalan Binjai, Kuala Lumpur @2020 |
Assalamualaikum kawan-kawan.
Malam ini malam jumaat.
Cerita semalam petang.
Penulis sudah berlarian ke pusat bandaraya di Jalan Binjai.
Ada mesyuarat tingkap.
Dan berjumpa dengan klien yg juga kawan bekas sekerja.
Lebih dua poh tahun yg lampau.
Sebelum jumpa, beliau tidak pasti bila melihat gambar penulis yg berjambang putih itu.
Tapi selepas berjumpa (tanpa berjambang FaceApp) barulah beliau gelak, "barulah aku kenal kau masih muda jeliter mcm 20 tahun yg sudah." Jilake.
A lift without closing buttons @2020 |
Red wall on LRT Ampang Park @2020 |
A freshly steamed and buttered corn for rm3 @2020 |
Malam pula penulis berlarian ke TBS.
Temankan anak wedok transit dari kolej matrikulasi Kuala Pilahnya.
Sebab bas ekspres dari kolej ke JB sudah kehabisan tiket.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
On Terminal Bersekutu Selatan @2020 |
KFC at TBS @2020 |
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...