Hari ini (Ahad) hari pendaftaran sekolah menengah anak lanang bocah cilik.
Terimakasih pada kakaknya yg bekerja keras dan bertungkus lumus mengendalikan urusan aktiviti pendaftaran. Penulis cuma tukang bayar sahaja. Dan tukang bawa dan pikul buku-buku.
Sampai awal balik pun awal.
Nota lalat. Sekolah di negara J akan bermula pada hati Rabu 1hb Januari 2020 ya kawan2.
Sudah beberapa hari isteri penulis itu tidak buang air besar. Jadi siang tadi penulis sudah belikan buah prune. Juga penulis sedang mencari tempat duduk toilet untuk mencuci punggung yg baharu dibedah.
Hari ini 26 Disember sepatutnya ada gerhana matahari tengahari tadi. Tapi di Masai seperti tidak kelihatan gerhana tersebut. Tapi anak lanang penulis yg sedang bertugas di Sibu Sarawak ada menghantar gambar cincin gerhana dari sana.
Nota lalat. Gambar penghantar makanan 'Hungry' diatas tiada kaitan. Cuma selepas penulis tangkap gambar diatas ada sebuah motor tiba2 berhenti tertera dgn sticker 'Kulaifornia'.