|
Ampang Lookout Point @2019 |
Bonne nuit dan selamat malam.
Beberapa minggu ini penulis melayan dan berjaya menonton beberapa filem wayang Perancis atas talian.
Alone matcham biasa.
1. Two Days, One Night (French: Deux jours, une nuit) wayang tahun 2014. Filem ini mengisahkan Sandra, seorang wanita muda yang dibantu oleh suaminya, yang hanya mempunyai satu hujung minggu untuk meyakinkan rakan sekerjanya untuk melepaskan bonus mereka supaya dia dapat meneruskan tugasnya.
2. Blue Is the Warmest Colour (French: La Vie d'Adèle) wayang tahun 2013. Seorang remaja Perancis (Adèle Exarchopoulos) membentuk hubungan emosi dan seksual yang mendalam dengan pelajar seni yang lebih tua (Léa Seydoux) yang bertemu di bar lesbian. Amaran: LGBT 18SX
3. A Prophet (French: Un prophète) wayang tahun 2009. Drama jenayah yang diiktiraf ini mengisahkan Malik El Djebena (Tahar Rahim), seorang lelaki muslim muda yang nakal, yang berjuang untuk mendapatkan kebebasan diri di penjara Perancis. Apabila dia diambil di bawah sayap bos mafia Corsica yang kuat, Cesar Luciani (Niels Arestrup), dia mula melaksanakan tugasan biasa yg diberi untuknya, membuktikan dirinya amat berharga kepada penjenayah yang memaksanya. Ketika Malik bangkit dlm komplot mafia, dia memperoleh lebih banyak kekuatan dan kuasa, tetapi juga lebih banyak musuh, situasi yang akhirnya membawa konflik dengan mentornya.
4. Ratatouille (2007). Remy, si tikus, bercita-cita untuk menjadi seorang chef Perancis yang terkenal. Dia tidak menyedari bahawa manusia membenci tikus dan tidak akan menikmati hidangan yang dimasak olehnya.
Au revoir.
Blog bukanlah hakmilik kekal.