Nov 25, 2019

TAMAN TASEK TUN JEANNE ABDULLAH: THE LOST ONE



Baru saja pagi Sabtu lepas penulis dan isteri penulis (yg itu) berlarian di taman tasek Tun Jeanne Abdullah itu.
Isnin pagi tadi pun kami berlarian juga di taman yg sama.

Tapi kemudian penulis berseorangan mencuba mendaki bukit batu yg besar mencanak itu.

Adalah 3 orang bebudak kolej berlarian memasuki trek ke dalam hutan untuk kepuncak.
Penulis cubalah ikut, tapi mereka kemudian hilang dimana.

Putus asa, penulis pun berpatah balik.
Akan diusahakan untuk pendakian ke puncak di masa akan datang.
InsyaAllah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 24, 2019

WHEN ONE BOWL IS NOT ENOUGH



Kelmarin penulis sudah berlarian ke pusat beli belah Mid Valley Southkey JB.

Penulis hendak makan nasi ayam krapow siam di restoran Noodle Boat itu.

Makanan diatas adalah untuk anak wedok penulis yg sedang berkembang tubuh badannya.
"Satu mangkuk hayun mana cukup bah," katanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 22, 2019

UPSR 2019



Alhamdulillah.
Semalam keputusan peperiksaan UPSR 2019 anak lanang bocah cilik telah keluar dengan selamatnya.
Yg penting lulus bahasa melayu dan tidak perlu menduduki kelas peralihan tahun hadapan.

Anak lanang adalah anak kelima penulis dan terakhir yg bersekolah di sekolah cina.
Bila ditanya anak lanang mahu makan sushi katanya.
Walaupun baru minggu lepas makan sushi yg sama.
Dan sempat mengepau headset yg ada mikrofon yg baharu.

Wehh, saperlar tak sayang anak. Tapi ada kan. Khannnns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 21, 2019

PROTON: "JERKING" ADALAH SIFAT KERETA MEREKA





Penulis sudah hantar kereta anak lanang di pusat servis.
Proton Saga FLX tahun 2014, sudah 5 tahun usia kereta itu.
Selain servis biasa, penulis juga mengarahkan bengkel untuk perbaiki masalah sentakan (baca, jerking) semasa di persimpangan lampu trafik.

Sementara tunggu, penulis singgah dan beriktikaf di masjid bersebelahan.
Praktis hafalan surah2 yasin, arrahman dan alwaqiah sudah.
Alhamdulillah.

Nota lalat. Langit itu biru.
Link lalat. His new car (2014).

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Nov 19, 2019

NASI LEMAK ROYALE KEDAH : VERSI TIPAH TERTIPU



Kelmarin penulis teringin hendak mencuba makan di restoran viral nasi lemak Royale Kedah Putrajaya.
Viral sebab Agong pernah singgah mencemar duli disini bulan lepas kan. [+ link]

Tapi jangan hukum buku dengan pandangan kulitnya. Haha.
Bila ditanya mami jarum di kaunter, "hehe kami guna jenama untuk rebranding jeer," sambil mengilai ketawa.

Rupanya kedai mamak nasi kandar yg biasa-biasa.
Telur dua biji setengah masak pun tidak sampai-sampai.

Sebelum pulang, singgah solat di masjid besi.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Nov 18, 2019

WHERE IN THE WORLD IS GUNUNG TAMPIN



Kelmarin penulis pun berhajat mahu meripit pendakian ke Bukit Baginda yg ada Batu Berombak itu.
Itu hari kan sekerat jalan sahaja. [+ Link]
Tapi bila tiba di pekan Tampin, penulis tertariklah pula dengan Gunung Tampin.
Tidaklah tinggi sangat, sebut Bukit Tampin pun boleh.

Jalan yg bertar sehingga menara TM, katanya.
Tapi penulis tidaklah sampai ke puncak.
Penulis sampai ke airterjun dipertengahan jalan sahaja.
Setelah berehat beberapa minit, penulis pun turun kebawah kepangkal jalan.

Blog bukanlah hak milik kekal.



Nov 16, 2019

WHERE IN THE WORLD IS CAPE RACHADO



Petang tadi penulis sudah berlarian ke Tanjung Tuan Melaka. Limpas Negeri Sembilan ya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









Nov 12, 2019

ROS MAHAL

A view from Jalan Perwira, Kampung Pandan @2019

Umpama Taj Mahal, suami itu guna duit rakyat bina bangunan tertinggi untuk isteri tercinta.
Untunglarr.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 11, 2019

Nov 10, 2019

AWEK KASTAM TERLAMPAU




Pagi2 tadi penulis sudah berenang-renang ke tepian tambak.
Tujuan untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.

Alone matcham biasa.

Nota lalat. Sila abaikan tajuk.

Blog bukanlah hakmilik kekal.








DUE TO HEAVY TRAFFIC IN PASIR GUDANG HIGHWAY

  Masai town sunset just now @2024 Khamis malam Jumaat, 12 September 2024. Puasa hari Khamis. Pagi2 keluar rumah agak awal. Biasa kereta di ...