Nov 19, 2019

NASI LEMAK ROYALE KEDAH : VERSI TIPAH TERTIPU



Kelmarin penulis teringin hendak mencuba makan di restoran viral nasi lemak Royale Kedah Putrajaya.
Viral sebab Agong pernah singgah mencemar duli disini bulan lepas kan. [+ link]

Tapi jangan hukum buku dengan pandangan kulitnya. Haha.
Bila ditanya mami jarum di kaunter, "hehe kami guna jenama untuk rebranding jeer," sambil mengilai ketawa.

Rupanya kedai mamak nasi kandar yg biasa-biasa.
Telur dua biji setengah masak pun tidak sampai-sampai.

Sebelum pulang, singgah solat di masjid besi.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Nov 18, 2019

WHERE IN THE WORLD IS GUNUNG TAMPIN



Kelmarin penulis pun berhajat mahu meripit pendakian ke Bukit Baginda yg ada Batu Berombak itu.
Itu hari kan sekerat jalan sahaja. [+ Link]
Tapi bila tiba di pekan Tampin, penulis tertariklah pula dengan Gunung Tampin.
Tidaklah tinggi sangat, sebut Bukit Tampin pun boleh.

Jalan yg bertar sehingga menara TM, katanya.
Tapi penulis tidaklah sampai ke puncak.
Penulis sampai ke airterjun dipertengahan jalan sahaja.
Setelah berehat beberapa minit, penulis pun turun kebawah kepangkal jalan.

Blog bukanlah hak milik kekal.



Nov 16, 2019

WHERE IN THE WORLD IS CAPE RACHADO



Petang tadi penulis sudah berlarian ke Tanjung Tuan Melaka. Limpas Negeri Sembilan ya.

Nov 12, 2019

ROS MAHAL

A view from Jalan Perwira, Kampung Pandan @2019

Umpama Taj Mahal, suami itu guna duit rakyat bina bangunan tertinggi untuk isteri tercinta.
Untunglarr.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 11, 2019

Nov 10, 2019

AWEK KASTAM TERLAMPAU




Pagi2 tadi penulis sudah berenang-renang ke tepian tambak.
Tujuan untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.

Alone matcham biasa.

Nota lalat. Sila abaikan tajuk.

Blog bukanlah hakmilik kekal.








Nov 9, 2019

PARADIGM MALL JB



Tengahari tadi penulis sudah berlarian ke pusat beli belah Paradigm Mall Skudai.

Sempatlah penulis dipau membeli bagpack dan seluar track.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 8, 2019

POPIAH BASAH KAK RAJA



Pagi tadi isteri penulis (yg itu) sudah wasap, "nak popiah basah ni," sambil tunjuk gambar viral "The bestselling popiah in town."

Jadi tengahari tadi penulis pun sudah berlarian ke Kampung Medan.
Mencari lokasi popiah Kak Raja amatlah mudah.
Ikut saja arahan dari Waze.

Penulis beli 10 ketul popiah basah.
Dan beli 2 ketul popiah goreng.

Wehh, saperlar tak sayang bini, tapi ada kan? Kannns

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NEW DELL LAPTOP



Baru sahaja 2 tahun belajar di menara gading, anak lanang penulis sudah meminta komputer riba yg baharu. [+link]
"Nak lagi laju lah bah," katanya, "yg ada usb-c cable dgn thunderbolt."

Kelmarin penulis sudah buat pesanan atas talian.
Tapi sistem bank tidak memberi kata laluan (OTP one time password) untuk penggunaan kad kredit.
Pihak bank ada telefon penulis untuk kepastian.
Dan maklumat yg penulis berikan atas talian ada silap sedikit.
Permohonan pun ditolak.

"Bole percaya ke pesan komputer mahal atas talian?" tanya isteri penulis (yg itu).
"Laptop lama tuh nnti bagi kat dinda," pesannya lagi.

Semalam, penulis ulangi pesanan semula.
Kali ini berjaya.
Pihak penjual komputer pun ada menghubungi penulis untuk kepastian.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 6, 2019

CLOSING ACCOUNTS

At Syabas Bangsar @2019

Sudah lebih 2 bulan rumah merpati Bukit Belacan penulis itu selesai urusan jual beli.
Pagi tadi penulis tidak memotong rumput.
Penulis berlarian ke kaunter syarikat air Selangor.
Tujuan untuk tutup akaun dan ambil wang deposit.

Usai potong air, penulis berlarian pula ke UTC Pudu Sentral.
Mencari kaunter Tenaga Nasional di tingkat 3.
Tujuan untuk tutup akaun dan ambil wang deposit juga.

Semalam pagi pula penulis sudah berlarian ke Public Bank Taman Maluri.
Tujuan untuk langsai pinjaman kereta cikBibah pepel penulis.
Walaupun ada setahun lebih lagi kontrak perjanjian pinjaman.
Lega.

Sebelum itu, penulis sempat lagi berlarian ke lebuhraya Elite.
Tujuan untuk mencari air buah tunjuk langit yg ohsem itu.
"Tak semua kedai jual air tin kuat main nih wak!" sengih mamat gendut penjual di kaunter itu.
Jilake.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TM Telekom at Bangsar @2019

Add caption

Nov 5, 2019

KESANG MUAR

Sungai Muar river sunset @2019

Kelmarin penulis sudah berlarian ke sempadan negeri sahaja.

Mula2 singgah di Taman Rekreasi Kesang yg sudah terbengkalai.

Kemudian berlarian ke Tanjung Emas melihat matahari terbenam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tanjung Emas waterfront @2019

Kubu Bentayan, Pertahanan Terakhir Kerajaan Melayu Melaka 1511 (Bentayan Fort, the last defense of the Malacca Malay Sultanate 1511)

Beca Gergasi (A Giant Trishaw), Kesang Muar @2019

Spider lily, Kesang Muar @2019

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.