Pagi2 pas suboh gelap guliter penulis sudah berlarian ke Kota Damansara.
Pendakian yg biasa2 tapi agak jauh.
Denai Tiga Puteri PJ, Selangor, Malaysia Oct 20, 2019 7:02 AM Walking Distance 6.7 km Duration (Total) 3h 32m 19s Duration (Active) 3h 9m 32s Duration (Paused) 22m 47s Avg Speed 2.1 km/h Highest Point 191 m Total Ascent 106 m Difficulty Easy
Semalam petang sudah berlarian ke Balai Seni Negara. Hari pun sudah lewat sore. Sempat lagi ambil gambiran rumah tradisional atau rumah degil Chow Kit ini.
Penulis sudah bungkus buahan untuk dikirim ke Masai pada hari kelmarin, Selasa 15hb. Esoknya penulis periksa masih belum sampai ke destinasi. Lusa, laman web tidak dikemaskini. Bila ditelefon, pegawai poslaju kata 'hilang' di KLIA. Aiyah.
Hari ini sudah masuk hari ke empat. Status masih sama.
Updated status. Buah dah smpi Jumaat ptg ye... sibaik buah maseh elok ;p
Setelah menunggu beberapa pekan (baca, minggu). Buah kurma segar dari ladang baharu tiba di kedai buahan berdekatan padang tempat penulis memotong rumput ini.
Kulit keras isinya manis. Haruslah dikirim ke Masai dengan seberapa segera.
Semalam petang Ahad, penulis sudah berlarian ke puncak Bukit Broga. Hari pun sudah lewat sore. Tidak berapa ramai pendaki seperti yg dijangkakan. Penulis capai puncak bukit kedua saja sudah. Alone matcham biasa.
Tidak seperti dua minggu sudah, petang tadi isteri penulis (yg itu) tidak mahu berlarian keliling kebun kelapa sawit dan pokok pisang. Jadi penulis temankan saja hingga kehujung jalan tar dan pulang ke pangkal jalan. Peluh jantan pun tidak sempat keluar.
Sekarang kalau petang saja hujan. Kalau hujan saja mesti petang. Gitu.
Hujan petir sambar menyambar sejak beberapa hari. Syukur saja sebab jerebu pun sudah berkurangan.
Gambiran penulis ambil semalam petang sebab kelihatan matahari betul2 diatas puncak menara berkembar. Ambil guna henpon cap ayam sudah. #samsungpastiuntung