Oct 8, 2019
WHERE IN THE WORLD IS BUKIT SAGA
Pagi Ahad semalam penulis sudah berlarian ke Bukit Saga Ampang.
Tujuan utama adalah untuk mencapai air terjun Bukit Ahpek.
Tidak seperti beberapa tahun yg lampau ikut trek A, tapi kali ini penulis daki ikut trek C pula.
Bila tiba dipuncak Saga Hilltop penulis kesesatan pula untuk mencari trek ke airterjun.
Padahal ada trek D untuk jalan pintas ke air terjun.
Alhamdulillah dipendekkan cerita, penulis selamat tiba di air terjun Saga yg kecil saja.
Selamat mendaki semula dan kembali ke pangkal Jalan Saga.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Oct 6, 2019
SAYA SERING BACA SURAH INI KETIKA SUSAH HATI
Oct 5, 2019
CAR KEY COVER REPLACEMENT
Next to Mekdi Desa Pandan Kuala Lumpur @2019 |
Sudah lama sarung kunci kereta (baca, carkey cover) cikputih penulis itu rosak.
Pernah penulis banyak kali ke kedai kunci.
Kesemua mereka memberikan harga dua hatus lapan poh hinggit utk sarung kunci itu. Mahal sungguh.
Jadi bulan lepas penulis sudah beli di Lazada.
Cuma dua poh sembilan hinggit saja satu.
Diulangi, dua poh sembilan hinggit.
Tengahari tadi, selepas hantar kereta anak lanang kekedai accessories untuk pasang dashcam dan sebelum solat jumat, penulis pun berlarian ke kedai kunci Desa Pandan.
Calvin bukan nama sebenar tiada dikedai.
Bila dihubungi, Calvin bukan nama sebenar tiba dalamasa 5 minit.
Calvin bukan nama sebenar gelakkan penulis kerana tidak pernah pelanggan beliau datang hanya untuk menukar sarung kunci kereta sahaja.
Dipendekkan cerita, Calvin bukan nama sebenar buka dan koyakkan sarung yg lama. Ludah sana ludah sini. 7 minit siap sambil tersengih saja.
Bila ditanya upah, Calvin bukan nama sebenar geleng2 kepala. "Sukati wak lah," katanya. Bila belek dalam dompet penulis tenok ada wang kertas rm1 dengan rm20 sahaja. Yg lain duit kertas rm50 ada
Baik sungguh hati Calvin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Just because of the logo... |
Oct 3, 2019
IS IT NORMAL TO FORGET WHERE YOU PARKED YOUR CAR?
Minggu ini penulis memandu kereta anak lanang ke ladang memotong rumput ini.
Tiga hari tiga malam penulis tinggalkan diparkir.
Penulis pun datang semula usai memotong rumput petang tadi.
Tapi penulis lupa dimana letaknya kereta anak lanang itu.
Ada empat lantai parkir bertingkat ini.
Selalunya penulis akan ambil gambar tiang berdekatan kereta, tapi...
Tapi penulis masih ingat berdekatan 'ramp' turun naik.
Jadi penulis pun periksa keempat-empat lantai.
Nasib baik betul tekaan penulis yg sudah berumur ini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Oct 1, 2019
RETAIL APOCALYPSE
Sep 29, 2019
TAMAN TASEK TUN JEANNE ABDULLAH 2
After jogging on the long distance track, we should reward ourselves with luxury Frappucino. |
Dua minggu lepas, penulis kan sudah berlarian di sini.
Tapi sesat ditengah jalan.
[+ 15/9/19 Taman Tasek Tun Jeanne Abdullah]
Semalam petang penulis sekali lagi ripit berlarian masuk hutan di Taman Tasek isteri Mantan PM yg dulu.
Sebenarnya berjogging sahaja.
Peluh jantan pun tidak keluar.
Taman Tasek Tun Jeanne Abdullah
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Sep 28, 2019 5:05 PM
Hiking/Backpacking
Distance 6.3 km
Duration (Total) 1h 37m
Duration (Paused) 1h 37m
Avg Speed 3.6 km/h
Highest Point 94 m
Total Ascent 49m
Difficulty Family
Blog bukanlah hakmilik kekal.
This time with 2 malim gunung... |
Oops .. perot |
The rock hill ... |
Closeup the rock hill ... |
Going to the canopy trees... |
A big boulder on the palm oil plantations... |
On the banana plantations on your right... |
A banana plantations ... |
So, relatively you've walked over 6 kilometer, and burning about 7800 calories ... |
Sep 28, 2019
BAD FRIDAY
Semalam sebelum penulis berlarian ke masjid untuk solat jumaat, bila penulis mahu menghidupkan enjin skuter penulis itu, memang keadaannya seperti merajuk.
Setelah hampir beberapa kali mencuba, akhirnya berjaya dihidupkan dan dibawa ke masjid.
Usai solat jumaat, skuter penulis itu tidak berjaya dihidupkan.
Ada seorang mamat ini yg sanggup tunggu penulis dan tolak guna kaki ke bengkel motor Keramat.
Kena cuci servis karburetor dan ganti plug motor.
Akhirnya tukar bateri motor sekali.
Mungkin kena tukar juga starter set yg sudah rosak itu juga.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 27, 2019
POSLAJU
Sep 26, 2019
FRESH KURMA
Sep 23, 2019
SETELAH TURUN BUKIT HARUS MAKAN SALAD
Setelah dua hari mendaki 2 bukits berturut-turut, haruslah penulis membelanjakan diri sendiri dengan makanan sayuran kann.
Cerita lalat semalam.
Semalam bos sudah membelanja makan tengahari nasi arab sahaja.
Projek memotong rumput di Kerteh pun sudah hampir dipenghujungnya.
Gambiran dibawah satu pasukan tiada kena mengena dengan gambar salad diatas ya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sep 22, 2019
WHERE IN THE WORLD IS BUKIT DINDING
Pagi-pagi gelap guliter tadi penulis sudah berlarian ke Bukit Telekom, aka Bukit Dinding aka Bukit Setiawangsa.
Pendakian kategori amat mudah. Kacang.
Bukit Dinding 2019
Kuala Lumpur, Malaysia
Sep 22, 2019 6:39 AM
Hiking/Backpacking
Distance 4.6 km
Duration (Total) 1h 42m 25s
Duration (Active) 1h 42m 25s
Duration (Paused) 0
Avg Speed 2.7 km/h
Highest Point 289 m
Total Ascent 223 m
Difficulty Easy
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...